Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Ujian padang walkie talkie Kenwood TK3107

Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya,

Hari nie saya agak sibuk sikit di mana tadi petang saya telah “turun padang” untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan yang membeli walkie talkie sambil mengadakan “ujian” ke atas set tersebut.Rasa nak demam nie pasal tadi dah kena hujan :)

Sememangnya ini adalah pengalaman yang agak baru juga buat saya kerana sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan pelanggan hanya melalui email dan kadangkala menggunakan telefon atau sms.Tetapi,sejak saya bina website khas untuk walkie talkie dan mula “memasuki” pasaran di Mudah.my,senario dan jadual waktu kerja saya mula berubah.Konsep yang diamalkan di Mudah.my nampaknya lebih memerlukan komitmen yang tinggi dalam berurusan dengan pelanggan.

Tapi,saya rasa seronok dan gembira bila melihat mereka berpuas hati apabila membeli sesuatu barang.Ini tidak dapat digambarkan oleh saya selama ini.Kebiasaannya,saya tidak tahu apa perasaan yang dilalui oleh para pelanggan saya sebelum ini.Bayangkanlah jika saya perlu uruskan hampir 50 bungkusan setiap kali sesi penghantaran barang ke Pos Laju dan itu adalah mustahil bagi saya untuk membayangkan perasaan setiap seorang dari mereka.Apa yang saya wajib pastikan ialah,setiap bungkusan atau parcel perlu selamat sampai ke tangan pelanggan pada waktu yang ditetapkan.Selepas itu pelanggan akan menghantar e-mail dan dari situ saya akan mengukur tahap kepuasan pelanggan.Tetapi,berbeza dengan urusniaga secara “live”,kepuasan pelanggan akan dapat kita lihat di depan mata dan keseronokkan itu sememangnya sukar digambarkan.

Walau bagaimanapun,tidak semua urusniaga dapat dilakukan secara “live”.Teknik ini hanya praktikal bagi pelanggan-pelanggan yang berada di kawasan “liputan” saya.Bagi pelanggan atau bakal pelanggan saya yang berada jauh seperti di Sabah dan Sarawak atau di mana-mana sahaja..anda jangan risau,kita masih lagi boleh berurusniaga seperti biasa.

Oklah,di bahagian bawah ini saya sertakan video yang saya rakam tadi bersama En.Helmi dari Klang dan jika anda nak tengok lain-lain video,anda klik sahaja pada logo youtube di bawah.

youtube1

Sampai jumpa lagi dan jika anda ada pendapat atau cadangan,sila “reply” sahaja artikel ini dan anda juga dibenarkan untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda.Saya sangat berterima kasih untuk itu.

Share

25 Responses to “Ujian padang walkie talkie Kenwood TK3107”

  1. Lena says:

    Would like to know the difference between Kenwood TK1118 and TK3107.

    Please advise.

  2. hamdan says:

    Baru beli TK1118
    Ramai orang cakap set ini kurang baik
    jadi nak tanya sikit Apa masalah TK118
    Kalau tukar Antena 440-480mhz kat TK118 ada masalah tak, cos antena asal kecil bila pakai kat bulding tak clear..

    Apa beza UHF dengan VHF dan mana lagi bagus

    • admin says:

      Salam,

      Saya tak pernah pula cuba tukar antenna kepada julat yg anda katakan..tapi, rasanya tiada kesan yg besar. Utk pengetahuan anda, set yg saya jual semuanya dibekalkan antenna panjang.
      TK3107 memang popular digunakan bagi tujuan yg lasak dan biasa digunakan utk aktiviti outdoor. Saya telah banyak membekalkan set ini ke serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Responnya sangat bagus dan boleh dikatakan hampir tiada masalah. Kebanyakkan pelanggan saya yg membeli set ini biasanya dari golongan yang menggunakan untuk tujuan industri samada perhotelan, perladangan dan juga sektor pelancongan eco-tourism.
      set tk1118 bukan tidak baik, ia sebenarnya berkemampuan untuk membuat radio scanning dan ada masanya kita boleh mendengar perbualan di talian tetap(telefon rumah) cuma, bagi pengguna yg kurang biasa atau masih baru lagi..ia perlukan kesabaran utk mempelajari fungsi2nya dan adakalanya memang jaraknya tidak sebaik TK3107…saya tegaskan di sini set TK1118 bukan dibina untuk jarak..ia sgt berkesan utk radio scanning.
      VHF set tidak dibenarkan dijual kepada orang awam, set ini selalu disalah gunakan oleh orang awam untuk mengganggu siaran atau radio trunk amatur dan juga pihak berkuasa..saya pernah menjualnya dahulu tetapi telah menarik balik semua set dari pasaran..selalu digunakan di sempadan bagi tujuan penyeludupan dan mendengar siaran PGA(pasukan gerak am)

  3. Mad Rusni Hassan says:

    Salam,

    Saya nak btanya mengenai Walkie Talkie KENWOOD TK 3107 boleh tak Encik hantar spekfisikasi sbb saya punya sedang mencari untuk jarak 10km redius….

    • admin says:

      Salam En. Mad Rusni,

      Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Mengenai walkie talkie 10km radius tu, saya rasa encik perlu dapatkan walkie talkie yang berlesen. Biasanya, ia digunakan oleh “towing company”. TK3107 hanya mencapai 5km radius.

      Terima kasih

  4. Faiz says:

    Salam, en Yuzafi,

    Saya berminat utk menjadi reseller atau agent jualan walkie-talkie kenwood ni, boleh ke en yuzafi?

    Utk makluman, saya pernah membeli TK1118 melalui en yuzafi sebelum ini, hingga sekarang tiada masalah.

    Utk makluman en yuzafi juga, saya adalah radio amatur dan mempunyai lesen 9W2 dan lesen komersial SC9 iaitu lesen AA.

    Terima kasih.

  5. rahimi says:

    sy nk tna wokie tokie g xbrlesen ada x?bpa kilo mter ley gna?tlgggg jwp..

  6. alimi says:

    sy dah mempunyai 1 pasang motorola t5720..so boleh tak model ni join dengan model kenwood t3107?

  7. kerol says:

    salam…
    sy nk bertnya,berapa ramai bleh bhubung jika sy mggunakan kenwood TK3107?

  8. mohd norman says:

    nak tanye harga kenwood tk-3107

  9. mohd norman says:

    kenwood tk-3107, berapa jarak ruang terbuka dan dalam bangunan, berapa lapisan dinding mampu ditembusi.

  10. admin says:

    kalau jarak terbuka, ia boleh mencecah hingga 5km. Di dalam bangunan pula, ia boleh sampai dari ground floor ke tingkat 13 apartment atau hotel..dan saya jangka kalau tingkat 15 pun takder masalah.

  11. mat sajja says:

    salam admin. nak tanya skit. ada tak talkie walkie ni jual 12 skaligus.( coz kita org nak pakai just suka2. borak dgn membe2. (hanya membe2 je boleh dngar, org lain tak boleh) kalau ada harga brapa?

    • admin says:

      Salam,

      Walkie talkie ni dijual secara berpasangan..so, maknanya anda perlukan 6 pasang = 12 set walkie talkie.
      Saya cadangkan anda dapatkan walkie talkie model Kenwood TK3107, dijual pada harga RM370 sepasang termasuk
      kos penghantaran ke seluruh Malaysia.. Model TK3107 nie memang model yang terbaik dari segi ketahanan, battery yang long lasting..
      Saya sangat rekomen model ini kepada anda dan kawan2 anda :)
      Pasti puas hati…

  12. Albert says:

    Hi there, I bought 1set TK3107 tapi tak dapat communicate dgn user lain yang pakai same model walaupun dalam channel yang sama. I baca manual and the reason could be QT or DQT tone, tapi manual tidak ajar bagaimana nak buat setting. Can u help? Many thanks in advance

  13. admin says:

    Hi,

    Kebiasaanya ada 2 sebab utama yang menyebabkan 2 set TK3107 tak dapat berhubung. Sebab yang pertama ialah, walaupun ianya model TK-3107 tetapi, cuba perhatikan bahagian belakang walkie talkie tersebut, ada tertera “TK3107(1)” dan ada juga yang TK3107(4) kalau ia berlainan “type” maka ianya tidak boleh berhubung kerana berbeza frequency. Sebab yang kedua ialah, walaupun dari model yang sama, tetapi, pre-set dari manufacturer adalah berlainan. Anda boleh dapatkan cable utk sync ke komputer dan dengan menggunakan software, chanel dan frequency boleh dilaras semula. Saya tidak berkemahiran dalam membuat setting semula channel. Anda boleh merujuk kepada kedai walkie talkie yang berhampiran. Jika anda berada di area KL, anda boleh ke lowyatt plaza dan cuba cari kedai walkie talkie di tingkat 3, mereka ada menyediakan servis untuk tuning. Ada lagi satu kedai di UOA Tower Berhadapan dengan Aquaria, Jalan Pinang dan kedainya berada di menara 2 ground floor. Harap info ini dapat membantu. Tq

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.