Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Tips untuk menghadapi 2010

Tahun 2009 sudah berada di penghujung jalannya…Tahun 2010 pula yang akan menanti kita pada esok hari.

Di sini saya ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menghadapi tahun 2010 yang belum kita tahu apa pula cabarannya.

  • Tuliskan matlamat atau cita-cita anda-Ya,kaedah lama ini semakin kita tinggalkan.Dapatkan sehelai kertas dan senaraikan apa matlamat yang anda sasarkan pada tahun 2010.Mungkin anda boleh siapkan satu “checklist” dan senaraikan satu persatu.Jika,salah satu matlamat atau obejektif anda tercapai,anda boleh tandakan √  dan fokus kepada sasaran seterusnya.
  • Tampalkan kertas matlamat anda-lekatkan ia di hadapan meja atau di mana-mana tempat yang anda senang untuk lihat.Anda mungkin boleh print atau gunakan kreativiti anda untuk hasilkan “kertas matlamat” itu supaya nampak cantik.Tetapi,harus diingat-cantik saja pun tidak mendatangkan apa-apa kesan jika anda tidak mengambil tindakan.

Itu sahaja tips kali ini.Walaupun ia nampak “simple” dan begitu mudah untuk dilakukan.Tetapi,ia tidak senang untuk   dipraktikkan.Sebenarnya,tips ini telah berjaya menjadikan ramai orang sukses dalam bidang masing-masing.Kesan daripada melihat “matlamat” anda setiap hari akan membuatkan anda fokus dan bekerja mengikut perancangan dan bukannya membiarkan hidup anda berlalu dengan begitu sahaja.

Anda juga boleh hasilkan 2 “kertas matlamat” iaitu satu untuk matlamat peribadi atau keluarga dan satu lagi untuk matlamat kerjaya atau perniagaan anda.

Jumpa anda semua di tahun 2010.

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com


Share/Save/Bookmark

Awas pembeli dari Nigeria 7 hari sudah berlalu

6 Responses to “Tips untuk menghadapi 2010”

  1. terima kasih saudara..tips ini amat berguna..insyaallah usaha saudara ini dpt membantu ramai sahabat2 yg lain..

  2. Nizam says:

    Salam,

    untuk 2010, saya rasa kita patut kerap menyimpan duit. Dijangkakan ekonomi dunia akan bertambah baik selepas 2007, 2008 dan 2009. Walaupun perniagaan akan bertambah baik, namun membuat simpanan adalah penting untuk persediaan masa susah nanti.

    Control perbelanjaan dan jangan tamak ketika berbelanja. =)

    Nizam,
    http://nizammalek.blogspot.com/

  3. UstazCahaya says:

    Salam Yuz.

    Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun baru 2010 lebih baik daripada tahun 2009;-)

    PS: Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah Yuz berikan kepada saya. Ia banyak membantu permulaan karier saya sebagai usahawan lelongan online. Semoga Allah akan membalas anda dengan seadil-NYA;-)

    PS2: Semoga kita sama2 lebih sukses pada 2010 ini, lebih2 lagi tahun ini adalah tahun world cup. Amin’

    • admin says:

      Salam,

      Terima kasih atas doa ustaz.Saya masih ingat janji kita,jangan risau.Apabila,semua telah berada dalam keadaan siap,saya akan maklumkan ustaz.Yup,tahun nie adalah tahun “world cup” tak sangka pulak saya,ustaz pun minat bola sepak.Saya juga ingin mendoakan ustaz dan rakan-rakan yang lain semoga akan beroleh kejayaan pada tahun ini.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.