Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin
Saya dapat tahu ada rakan-rakan saya yang sudah mula bercuti pada hari ini dan akan memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing…Hanya pesan dan ingatan kepada mereka supaya berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi.Sudah tentu kepulangan anda semua dinanti-nantikan oleh orang tersayang.
Kepada anda yang masih bertugas dan mungkin akan pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat dan Sabtu…teruskan tugas anda seperti biasa.Saya faham,pada waktu-waktu begini tentu “mood” nak bekerja tu dah mula berkurang sikit.Maklumlah,suasana menyambut hari raya sudah mula terasa benar.
Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini kerana bertugas atau atas sebab-sebab lain.Selamat menyambut hari raya juga buat anda..mungkin di tahun hadapan anda berpeluang untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama sanak saudara.
Saya pula…akan bertolak pulang ke kampung halaman di Batu Pahat,Johor pada hari Sabtu selepas bersahur.Mungkin pada waktu itu kenderaan tidak banyak di lebuh raya.Jadi,mudahlah sikit perjalanan dan tidak tersekat-sekat akibat “traffic jammed”.
Jadi,walau bagaimana pun persiapan anda dalam menyambut hari lebaran saya harapkan anda dapat menyambutnya dengan cara yang terbaik dan bergembira bersama keluarga tersayang.Maka,dengan ini saya tidak akan menulis di blog ini buat sementara waktu sempena bercuti raya
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog,protege underground seller,citruscoaching dan semua pelanggan saya yang dihargai.Harap dimaafkan jika ada terkasar atau tersilap bahasa selama saya berkomunikasi bersama anda.


