Proses Penstrukturan Semula….

Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog saya,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah di blog saya.Tidak dapat saya nafikan kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas rutin menguruskan bisnes di lelong.com.my dan pada waktu yang sama juga saya dalam proses untuk menaik taraf blog ini memandangkan sekarang nie dah bulan November…tidak berapa lama lagi akan menjelang tahun 2010.Pastinya,tahun tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai kerja dan saya mesti menyiapkan segala kerja yang sepatutnya disiapkan pada tahun ini.Jadi,mudahlah sikit saya untuk merancang aktiviti pada tahun depan.
Kepada para peserta projek “underground seller”,saya ada rancangan untuk anda semua.Jadi,saya harap anda tunggu dan saya akan maklumkan kepada anda rancangan saya pada bila-bila masa sebelum penghujung bulan ini.Jadi,rajin-rajinlah semak e-mail anda.
Dalam kesibukkan yang saya dan anda lalui pada waktu ini,saya ingin menegaskan bahawa anda tidak boleh lupa untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan anda.Tambahan lagi jika anda ingin maju di dalam bidang ini.Anda dan saya sudah sedia maklum bahawa perkembangan internet ini adalah sangat pantas sehinggakan ia benar-benar tidak memberikan anda ruang untuk berehat.Setiap hari ada sahaja informasi yang perlu anda “telan” dan nasihat saya..jangan paksa diri anda.Cuba susunkan jadual anda supaya anda tidak terlebih “hadam” informasi tersebut dan pada masa yang sama anda mengambil terlalu banyak masa untuk tujuan “pembelajaran” sehingga anda lupa untuk melakukan kerja-kerja anda yang lain.
Saya juga pernah terjebak dengan situasi “ghairah” itu sehinggakan tidak sedar sudah beberapa jam masa berlalu.Jadi,cuba disiplinkan diri anda dan uruskan masa dengan bijak.Apabila sudah cukup waktu,berehat dahulu dan buat kerja-kerja anda yang lain.Elakkan diri dari masalah “menangguhkan kerja”.Semasa di sekolah,cikgu saya ada beritahu bahawa “bertangguh itu pencuri masa”.Jadi,cuba kita fikirkan bersama apa maksud yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut.


