Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Produk baru peneraju pasaran?

Saya terpanggil untuk berkongsikan pendapat saya bersama anda semua mengenai “adakah sesuatu produk baru itu akan menerajui pasaran?”Pastinya ada pelbagai pendapat yang akan menyokong atau menidakkan kenyataan di atas.Baiklah,mari kita cuba huraikan persoalan tersebut.

Adalah menjadi satu cabaran kepada usahawan untuk tampil memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan baru di pasaran.Ini kerana,sebelum sesuatu produk itu direka dan dipasarkan,usahawan tersebut perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu sebelum boleh meneruskan cita-citanya.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Menjalankan kajian permintaan produk tersebut di pasaran.
  • Mencipta satu sistem atau kaedah yang paling efektif untuk menghasilkan produk tersebut.
  • Bersedia dari segi emosi dan kewangan jika produk tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kebiasaannya,produk yang telah berjaya lulus ujian “kadar permintaan” dan sememangnya pasaran memang sedia “dahagakan” produk tersebut,pasti akan berjaya dan akan memonopoli pasaran tersebut.Tetapi,satu permasalahan akan timbul iaitu,berapa lama produk tersebut akan menjadi “market leader”? 1 tahun,5 tahun atau 10 tahun?

Tetapi,di zaman ini sesuatu produk yang mengungguli pasaran pasti akan diberikan saingan yang secukupnya dan persaingan akan wujud dengan pantas.Sudah tentu akan ada usahawan lain yang akan cuba mewujudkan “produk pengganti” bagi berkongsi pasaran.Di sinilah,cabaran getir perlu dipikul oleh peneraju pasaran iaitu “bagaimana mengekalkan penguasaan” terhadap sesuatu pasaran dan tetap menjadikan ia sebagai produk pilihan no.1 pengguna.

Sebagai contoh mudah,anda pasti kenal dengan jenama Celcom.Ya,Celcom ialah salah satu jenama pembekal rangkaian telefon selular di Malaysia dan pada suatu masa dahulu syarikat inilah yang telah memberikan satu senario baru di kalangan rakyat Malaysia iaitu “membudayakan telefon di dalam poket”.Setelah sekian lama syarikat tersebut menjadi pilihan pengguna dan mengawal pasaran.Kini,pelbagai syarikat telekomunikasi telah muncul dan bersedia untuk berkongsi pasaran.Malah,sewaktu saya bekerja bersama Celcom dahulu,saya telah merasakan dan melihat bagaimana syarikat pembekal lain berlumba-lumba untuk menewaskan si no.1 dan seterusnya cuba untuk merampas gelaran sebagai peneraju pasaran.

Lagi satu perkara yang anda perlu berikan perhatian ialah,kebiasaanya pesaing akan mengkaji dahulu “bahagian pasaran”  dan mereka juga turut tidak lupa memerhatikan sistem yang anda wujudkan untuk menghasilkan dan memasarkan produk itu.Jadi, si pesaing akan cuba mencari kelemahan produk anda dan seterusnya akan datang bersama satu penyelesaian baru dan pastinya akan memberikan anda persaingan yang sengit.Jadi,nasihat saya ialah cuba hasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan sehabis baik dan seterusnya akan menyukarkan pesaing menggugat kedudukan anda.

Jadi, jika anda sedang berkira-kira untuk memasarkan sesuatu produk baru di pasaran anda perlu mengambil kira contoh dan faktor-faktor penting di atas.Sememangnya anda dialu-alukan untuk mewujudkan satu pasaran baru bagi sesuatu produk.Cuma anda perlu bersedia mengekalkan momentum supaya dapat sentiasa menjadi no.1 dan tetap berada di fikiran pengguna.Sentiasa ingat bahawa produk baru bukan sentiasa menjadi peneraju pasaran.Bahkan anda sebenarnya sedang memberikan idea perniagaan kepada pihak lain.

Kredit Imej:http://www.cartoonstock.com/

Share/Save/Bookmark

Percaya pada diri sendiri Selagi anda masih ada talian internet!!!

4 Responses to “Produk baru peneraju pasaran?”

  1. cikgu says:

    senang saja - contohi cara perniagaan Rasulullah saw pasti berjaya. selain itu, teliti budaya niaga Mr. Matsushita maka pasaran baharu pasti sentiasa menjadi saingan hingga sampai satu tahap produk kita menjadi primadona dan tidak dapat disaingi kerana ISOnya telah tidak dapat dinafikan.

  2. admin says:

    sangat bernas rumusan cikgu..terima kasih.

  3. UstazCahaya says:

    Sebagai usahawan Muslim, bukan sahaja semasa hendak memperkenalkan produk baru, tetapi dalam apa juga yang hendak kita jual kita kena perhatikan 5 perkara berikut:

    1. Keadaan. Jangan mengambil kesempatan tetapi penuhi keperluan keadaan semasa.

    2. Keperluan. Perkhidmatan dan produk adalah memenuhi keperluan.

    3. Keutamaan. Didik pelanggan untuk menilai dan bijak berbelanja mengikut keutamaan. Boleh juga kita berusaha agar jenama kita akan menjadi keutamaan.

    4. Kesesuaian. Tawarkan sesuatu mengikut tahap pelanggan. Sesuaikan juga tawaran mengikut kemampuan dan kepakaran kita.

    5. Keberkatan.. yang ini susah hendak diterangkan kerana ia berkaitan dengan hubungan kita dengan Allah dan keikhlasan serta kejujuran seseorang usahawan.

    Sejarah membuktikan usahawan yang menepati ciri yang 5 ini, walaupun bukan Islam.. mereka berjaya.

  4. Fazli says:

    it’s about people demand and what we can offer to them. kalau offer tu memuaskan hati orang, insya-Allah akan terus dapat title no. 1 tu. good post.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.