Kisah underground seller
Setelah hampir 4 tahun saya menjalankan bisnes di lelong.com.my dan beberapa “channel” lain di internet.Akhirnya,saya mengambil keputusan untuk keluar dari persembunyian saya di sebalik komputer.Maka dengan ini wujudlah laman blog yuzafi.com
Keputusan ini juga dibuat kerana pada 8hb Ogos 2009 yang lepas.Saya telah terlibat dengan menjadi penceramah jemputan di dalam “Workshop Rahsia Raja Lelong” anjuran saudara Eruwan Gerry Norsen-Raja Lelong.Beliau jugalah yang memberikan gelaran “underground seller” kepada saya.
Kesan daripada workshop tersebut,para peserta telah mula mengenali saya di samping saya mempunyai komitmen untk menjadi “personal coaching” bagi mereka selama 3 bulan.Mengapa 3 bulan sahaja?!Jawabnya ialah,itu adalah sebahagian daripada perjanjian saya dengan saudara Gerry untuk saya bersetuju menyertai beliau di dalam workshop tersebut kerana pada masa itu saya bimbang akan tergugatnya privasi saya.
Setelah itu,saya dapati ada peserta workshop yang telah updatekan blog masing-masing dan bercerita mengenai workshop tersebut.Jadi,blog-blog mereka telah di”crawl” oleh enjin carian dan secara tidak langsung profile saya juga sudah tidak lagi menjadi “underground”.
Jadi,oleh kerana itu saya telah mengambil keputusan untuk terus mendirikan sebuah blog dan ini akan memudahkan lagi peserta workshop mendapatkan maklumat terkini daripada saya.
Setakat ini dahulu sebagai permulaan.Jumpa saya lagi di post akan datang.
Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan bermula dari basic.Anda juga boleh terus “follow” saya di sini.Saya akan memaparkan tips dan panduan yang selama ini saya simpan dan gunakan sebagai “underground seller”.
P/S: Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52-Satu Malaysia dan Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam.


congratulation bro!
Thanks Pawi..all the best to you as well!!!
blog yang dimaksudkan tu macam blog saya je.
hehehe…
blog Pawi pun sama