Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Cuti-Cuti Malaysia- Cherating, Pahang

Salam 1Malaysia,

Terima kasih kepada anda yang sedang berada di blog saya sekarang…saya sangat menghargai kunjungan anda.

Untuk pengetahuan anda..saya sekarang sedang bercuti :)
Saya mula bercuti dari 29/11/2011 hingga 4/12/2011…agak lama juga saya bercuti pada kali ini..
Destinasi saya pada kali ini ialah negeri Pahang dan pada ketika blog ini ditulis, saya sedang berada di Vistana Hotel, Kuantan. Sebelum sampai ke sini, saya telah 2 malam menginap di Eastern Pavilion, Cherating.

Oklah, saya nak cerita sikit mengenai Eastern Pavillion, Cherating….
Lokasinya agak mudah dicari dan berdekatan dengan The Legend. Saya menginap di Chalet dan boleh dikatakan keadaan persekitarannya agak menarik, terjaga dan tenang…sesuai untuk bercuti bersama keluarga. Harga bilik dan chalet juga agak ekonomi dan anda boleh pilih dari yang berharga RM120nett hingga yang ke RM700++….terpulang kepada anda untuk memilihnya..

Berdekatan dengan pantai…pastinya memudahkan anda untuk pergi bermandi manda dan menikmati tiupan angin yang sungguh segar. Kepada yang tidak gemarkan air masin….anda boleh berenang sahaja di kolam renang yang terdapat berhampiran chalet…Apa yang saya nak berikan kredit di sini ialah, terdapat 2 kawasan yang mempunyai kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Maka, tidak timbul masalah kesesakan di situ. Untuk chalet yang berharga RM700++… lagi seronok sebab, setiap chalet disediakan “private pool” di depan rumah…anda boleh bayangkan tak keadaan itu..?? Kalau tak boleh takpe..sebab, saya akan muat naik gambarnya di sini :)

3D2N, 3 hari 2 malam…rasanya cukuplah untuk saya di sana…sebab, saya perlu untuk ke Kuantan dan seterusnya ke Gambang pula selepas ini…

Saya perlu berhenti seketika buat masa ini, jam sekarang sudah jam 2:00 pagi. Selepas ini, saya akan bercerita pula mengenai pengalaman saya “makan-makan” di kawasan Cherating dan Geliga….jangan lupa untuk kembali semula di sini.

Share

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.