Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Tiba-tiba anda diberhentikan kerja!!!

Saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama saya semalam yang bernama Halim…dan agak terkejut saya kerana berita yang disampaikan ialah satu berita sedih yang menimpa salah seorang kawan lama saya,Azmi yang pernah menjadi rakan sekerja saya semasa di Celcom dahulu.Berita sedihnya ialah,Azmi telah diberhentikan kerja dan menerima pampasan gaji 3 bulan sahaja setelah dia berkhidmat selama 15 tahun!!!

Saya dapat bayangkan betapa susahnya hati dia apabila ditimpa kesusahan ini.Begitu mudah seseorang itu hilang pekerjaan dan tambah memeritkan ianya secara mengejut.Menurut cerita halim,si Azmi hanya menerima e-mail pemberhentian kerja daripada majikan pada hari Jumaat dan diminta “surrender” semua barang milik syarikat pada hari Isnin berikutnya.Begitu sahaja layanan yang diterima setelah 15 tahun berkhidmat….

Baiklah,lupakanlah dahulu kisah kawan saya si Azmi tue…Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah,apa akan terjadi kepada pembaca blog saya yang lain jika perkara ini menimpa anda pula?Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam peringkat pemulihan,bermacam perkara yang di luar dugaan mungkin berlaku.Mungkin,jika anda bekerja di sektor awam perkara ini agak jarang terjadi.Tetapi,jika anda bekerja di sektor swasta yang selalu berada dalam keadaan kompetetif,perkara sebegini tidak mustahil terjadi jika syarikat atau sesebuah organisasi sedang cuba untuk mengecilkan operasi seterusnya mengurangkan kos.

Jadi,seharusnya anda sudah sediakan payung sebelum hujan.Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak anda sudah tahu apa yang anda perlu lakukan.Di sini saya ada sedikit cadangan bagaimana anda boleh merancang pelan tindakan jika anda tiba-tiba ditawarkan untuk berhenti kerja(VSS) atau anda dipaksa berhenti kerja(MSS).

  • Mulai sekarang anda perlu mempunyai agihan simpanan atau tabung khas yang menyimpan dana untuk “pelan diberhentikan kerja”.
  • Cuba mencari-cari peluang kerja secara sampingan yang tidak mengganggu masa kerja utama anda seperti menjadi agen insuran pada hujung minggu,agen jualan langsung atau anda boleh melakukan perniagaan internet secara sambilan.
  • Anda perlu mula mencari satu kaedah pelaburan wang samada di unit amanah atau apa sahaja pelaburan yang dibenarkan kerajaan.Jika anda lakukan sekarang dan anda hanya diberhenti kerja selepas 10 tahun dari hari ini,tentu anda dapat bayangkan faedah yang bakal anda terima kelak.
  • Kepada anda yang pendiam dan takut untuk mempunyai ramai kenalan,nasihat saya ialah buangkanlah sikap itu.Mulai sekarang anda perlu ramaikan kawan dan membina “networking”.Kerana jika berlaku sesuatu masalah seperti anda diberhentikan kerja, anda tidak akan keseorangan dan mempunyai kawan yang ada pelbagai peluang yang lain.

Itu sahaja nasihat yang saya dapat berikan buat masa ini.Mungkin bagi anda situasi ini biasa sahaja kerana anda berasa anda tidak akan melalui perkara ini.Nanti dulu,cuba fikirkan semula keadaan di atas.Apa yang boleh saya katakan ialah,selagi anda masih lagi bekerja dan mendapat gaji bulanan,anda tidak boleh meletakkan diri anda di “comfort zone”.Selalulah berfikir kemungkinan-kemungkinan yang jarang berlaku kepada anda tetapi tidakĀ  mustahil untuk terjadi.

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com/

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.