Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

No “Safetrade”

No “safetrade” adalah sambungan daripada artikel “safetrade” yang lepas.Pada kali ini saya ingin mengupas mengenai pandangan “safetrade” di kalangan para penjual di lelong.com.my.Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kaedah “safetrade” tidak popular di kalangan penjual dan kebanyakkan daripada mereka akan mengelak daripada “tick” “check box” yang memberikan pilihan “safetrade” ini.

Kenapa begitu?Adakah terdapat masalah atau kekangan yang menyebabkan ramai penjual tidak gemar menggunakan “safetrade”..?Saya ada membuat beberapa kajian ke atas beberapa “member store” dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri.Daripada pandangan peribadi saya,dapat dirumuskan bahawa penggunaan “safetrade” hanya akan mengurangkan untung bersih penjual serta merugikan masa.
Mengapa saya berkata begitu..?Ini kerana apabila seseorang penjual bersetuju menggunakan “safetrade” maka secara automatik pembayaran barang yang dijual adalah dari pihak Lelong.com.my dan kebiasaannya pembayaran ini akan lewat masuk ke akaun bank penjual lebih kurang 3 hari.Tambahan lagi,pihak Lelong.com.my akan cuba memujuk anda menggunakan “i-Account” dalam membuat pembayaran dan jika anda tidak mahu menggunakan kaedah pembayaran melalui “I-account”.Maka,anda boleh menggunakan kaedah “online transfer”.Tetapi,anda akan dicaj RM2.00 bagi setiap transaksi.

Jadi,saya membuat andaian bahawa faktor-faktor tersebut telah membuatkan para penjual di lelong.com.my tidak berminat untuk menggunakan “safetrade” kerana mereka sebenarnya boleh mendapatkan pembayaran awal dan secara langsung daripada pemenang bidaan dan tanpa perlu dikenakan apa-apa caj lain.

Fenomena kurangnya populariti “safetrade” di kalangan penjual membawa kesan kepada kurangnya pendapatan pihak Lelong.com.my dari segi caj perkhidmatan.Perlu diingat bahawa Lelong.com.my akan memperolehi keuntungan berupa caj perkhidmatan ke atas setiap urusan yang melalui “safetrade”.Jadi,bagaimana caranya pihak lelong.com.my boleh melakukan promosi “safetrade” ini dan seterusnya menambahkan pendapatan mereka?Tiada ada cara lain melainkan mendorong para penjual meletakkan “kesanggupan” mereka menerima “safetrade” sebagai salah satu cara urusniaga.Bagaimana perkara ini boleh menjadi kenyataan sedangkan para penjual tidak berminat dan seboleh mungkin mengelak dari menggunakan kaedah ini.

Tanpa anda sedari,anda sebenarnya sedang mempromosikan “safetrade” kepada semua pelanggan anda…mengapa saya berkata begitu sedangkan anda kata anda tidak “tick” “check box” yang menawarkan “safetrade”…?Lebih-lebih lagi kepada para pemilik “member store” kerana mereka seawal masa telah “setting” cara pembayaran mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.
Ya betul,anda semua tidak memilih untuk menawarkan “safetrade” kepada pelanggan anda tetapi,tanpa anda sedari selepas anda “post” satu iklan barangan secara automatik pihak lelong.com.my telah mengaktifkan “default setting” untuk “safetrade”.Ini bermaksud,walaupun dari awal anda telah tidak memilih menawarkan “safetrade” tetapi apabila iklan anda muncul di lelong.com.my anda akan dapati terdapat logo “safetrade” muncul di bahagian akhir iklan anda bersebelahan dengan logo “lelong verified member”.Jadi,logo itu seolah-olah memberitahu bahawa anda bersedia menawarkan “safetrade” kepada pelanggan anda walaupun sebenarnya tidak.Jadi,itu yang saya maksudkan anda hampir tidak boleh mengelak dari menggunakan “safetrade” dan seterusnya memberikan pendapatan kepada lelong.com.my

Bagaimana jika anda benar-benar tidak mahu menggunakan keadah “safetrade” ini…?Adakah cara untuk mengelakkan dikenakan caj “online banking” dan pembayaran barangan yang agak lewat?Jawabnya sudah tentu ada..Tetapi,saya tidak dapat menerangkannya di sini.Kepada sesiapa yang berminat ingin tahu.Sila hubungi saya dengan memberikan komen di sini dan saya akan menghantarkan maklumat tersebut terus ke email anda.


Share

Safetrade

Anda pernah dengar atau tahu apa istilah “safetrade” di dalam lelong.com.my?Mungkin ramai yang masih belum tahu.Baiklah,biar saya terangkan di sini apa itu “safetrade”.

“Safetrade” membawa maksud sesuatu transaksi di lelong.com.my yang akan menggunakan pihak pengurusan lelong.com.my sebagai orang tengah.”Safetrade” ini sebenarnya lebih berfaedah kepada pembeli atau pembida.Bila mana sesuatu transaksi yang ingin menggunakan kaedah “safetrade”.Pihak membeli akan memohon atau meminta transaksi melalui kaedah ini dan pihak penjual pula akan diberi pilihan samada untuk menerima permohonan ini atau sebaliknya.Jika persetujuan dicapai barulah safetrade ini terjadi dan jika tidak maka tiada transaksi berlaku.

Kita mengambil contoh jika “safetrade” berlaku.Kronologinya adalah seperti ini.Pihak pembeli memohon untuk menggunakan kaedah pembayaran secara “safetrade” dan pihak penjual bersetuju.Setelah itu pihak pembeli akan melengkapkan segala butiran diri seperti alamat penghantaran dan nombor telefon dan melakukan pembayaran kepada pihak lelong.com.my beserta caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak lelong.com.my.Setelah pihak lelong.com.my menerima pembayaran itu mereka akan mengarahkan pihak penjual menghantarkan barangan yang dibeli kepada pembeli menurut butiran yang telah disediakan oleh pembeli.Setelah pembeli menerima barangan tersebut dan berpuashati barulah pihak lelong.com.my akan membayar harga belian tadi kepada penjual.

Menurut peraturan di dalam lelong.com.my,sesiapa yang berkehendakkan transaksi melalui “safetrade” samada pembeli atau penjual maka pihak itulah yang akan menanggung yuran perkhidamatan “safetrade” tersebut.Yuran perkhidmatan akan dicaj seperti berikut:

Harga jualan=0-RM2500 –> Yuran “safetrade” ialah RM2.00 atau 2% daripada jumlah jualan(maksima RM25.00)yang mana lebih tinggi.

Contoh:Jika harga barangan ialah RM1000 maka cajnya ialah RM20.00 dan bukannya RM2.00.
Jika harga barangan ialah RM30.00 maka cajnya ialah RM2.00 dan bukannya RM0.60.

Caj tambahan yang lain ialah:
-Jika anda membayar kepada pihak lelong.com.my melalui Maybank2u.com.my maka akan ada caj tambahan sebanyak 3% lagi yang dicaj oleh pihak bank.
-Jika anda membayar menggunakan pembayaran terus ke akaun bank pihak lelong.com.my seperti menggunakan “cash deposit”,interbank atau mana-mana “online banking”.Maka,tiada caj lain yang dikenakan.

Jadi,anda sudah nampak apa kelebihan kepada pembeli jika mereka memohon menggunakan kaedah “safetrade” ini?Bagaimana pula dengan pihak penjual yang kadangkala enggan menerima pembayaran melalui kaedah ini.Saya akan mengupas mengenai persepsi dan pandangan para penjual di lelong.com.my berkenaan “safetrade” ini pada artikel akan datang.

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.