
Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk “making money online” dan hakikat ini terbukti apabila “niche” market tersebut mempunyai tahap persaingan yang begitu kompetetif.Amat sukar seseorang “newbies” itu menembusi pasaran tersebut sehinggakan ramai yang tidak mendapat sebarang jualan setelah mencuba sekian lama.
Sebenarnya,perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai.Antara pasaran yang masih mempunyai peluang besar ialah pemasaran produk-produk fizikal.Pada pendapat saya,seseorang itu perlu mencuba dahulu kemahiran pemasaran internet bagi produk-produk jenis ini sebelum pergi ke produk-produk digital seperti “making money online”.
Ada juga diantara rakyat Malaysia yang begitu berjaya dalam memasarkan perkhidmatan mereka di internet.Antaranya ialah saudari luvlee yang menerima tempahan dalam merekacipta logo dan banner untuk digunakan di website jualan.Manakala,saudara Smartzul pula memasarkan pakej panduan membina blog berasaskan WordPress.Mereka ini semua memang bijak mengambil peluang ketika ramai diantara kita memerlukan blog atau website jualan tidak kira untuk memasarkan produk digital atau fizikal.Jadi,jika anda mempunyai sebarang kemahiran tidak kira ianya berkaitan secara langsung dengan internet atau tidak,setiap kemahiran itu mempunyai potensi untuk dipasarkan secara online.
Di Malaysia,saya lihat pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.Perkembangan ini sememangnya bagus untuk mendapatkan jualan dan trafik.Nasihat saya,jangan lupa untuk mengambil peluang dari trafik tersebut dan seterusnya lencongkan ke website anda sendiri supaya anda dapat menjalinkan hubungan terus dengan pelanggan seterusnya menggalakkan pembelian berulang atau “cross-sale”.


Komen Terkini