Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Malaysia lwn Bahrain, Pra-Olimpik 2012

Malaysia vs Bahrain

Malaysia vs Bahrain



Saya menonton perlawanan bola sepak pra-olimpik antara Malaysia dengan Bahrain di kaca tv. Sungguhpun tak dapat pergi ke stadium…Tapi, sedari pagi saya dah menyarungkan jersi Harimau Malaya :)

…dan akhirnya pasukan kita tewas 2-3 kepada pasukan Bahrain.

“Ini adalah harga yang kita perlu bayar” kata ketua jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee. Komen ikhlas beliau selepas tamat perlawanan tersebut. Ada sedikit riak kekecewaan di muka beliau….

Selepas tamat perlawanan itu, saya terus juga menonton ulasannya di TV1 dan rasanya, saya juga sependapat dengan kata-kata pengulas dan tetamu undangannya…”Pasukan kita masih lagi kelihatan letih kesan daripada perlawanan kompetetif semasa di Sukan SEA tempohari…

Walaupun begitu, saya juga turut ingin kongsikan pendapat saya mengenai perlawanan tersebut. Antara yang paling saya nampak dan terkesan ialah…ada beberapa pemain yang seolah-olah sekadar jadi penumpang sahaja dalam pasukan tersebut. Misalnya, Thamil Arasu…saya boleh kata yang dia hanyalah sekadar berlari-lari di dalam padang dan tiada fungsi langsung sebagai penyerang…tidak kreatif dan tidak mempunyai semangat yang bersungguh-sungguh. Ini saya dapat lihat pada air mukanya….dia begitu takut untuk mengeluarkan peluh dan tidak bersedia untuk cuba memecah benteng pihak lawan. Apa yang dia lakukan ialah sekadar berlari-lari…membuat percubaan menanduk bola yang jarang sangat singgah di kepalanya..membuat lorongan bola yang sia-sia dan sekali-sekala membuat terjahan keras yang tidak perlu untuk menunjukkan bahawa dia juga “bekerja” pada perlawanan itu…

Fakri Saarani juga mempunyai karektor yang sama seperti Thamil Arasu, tidak kompetetif serta tidak bersedia untuk menyudahkan peluang keemasan…kalau dia diturunkan juga pada perlawanan itu, rasanya takde apa yang banyak boleh dia lakukan..Boleh saya katakan, pasukan kita tidak mempunyai penyerang yang memiliki “Killer Instinct”.

Pemain yang lain seperti Mahali, Fazli Shas, Nazmi, Zubir dan beberapa muka baru yang cuba ditonjolkan pada edisi pra-olimpik ini nampak agak berkesan. Mereka rajin dan bekerja keras….tiada banyak komen mengenai mereka. Wan Zack, Sharul Azwari dan beberapa pemain lain seperti Irfan, masih belum cergas sepenuhnya…

Jadi, kesimpulannya ialah, skuad Harimau Muda sudah mempunyai barisan midfielder, defender dan penjaga gol yang baik. Cuma, di barisan serangan…ia masih sangat tumpul… perlu banyak diberikan tumpuan dan mereka sepatutnya sedar akan tanggungjawab mereka. Semoga pasukan Harimau Muda akan beroleh kejayaan pada 3 lagi perlawanan nanti.

Walau apa pun…saya tetap menyokong pasukan bola sepak Malaysia…Malaysia Tanah Tumpah Darahku.

Share

Syabas Dato’ Lee Chong Wei

all england 2011 champion
Berbaloi jugak rasanya saya menyaksikan perlawanan badminton antara Dato’ Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari China.

Memang sejak semalam saya dah agak yang Final All England 2011 kali ini akan mempertemukan Pemain No. 1 Dunia iaitu Dato’ Lee Chong Wei dengan Juara Dunia dan Olimpik Lin Dan. Walaupun untuk beberapa kali Lin Dan cuba untuk tidak bersemuka dengan Dato’ Lee Chong Wei dengan alasan-alasan yang meragukan dan mengecewakan penonton dalam beberapa siri termasuk Malaysia Open yang lalu. Tapi, di pentas All England memang pertemuan kali ini di nantikan ramai peminat badminton. Dato’ Lee Chong Wei cuba untuk mempertahan kejuaraan All England tahun lepas manakala Lin Dan pula cuba untuk muncul di kejuaraan besar seperti All England dan seterusnya cuba untuk membelasah Dato’ Lee Chong Wei dan mengekalkan “badi” di antara mereka.

Tapi, tadi persembahan Dato’ Lee Chong Wei nyata berbeza dan boleh saya kata ini adalah permainan terbaik beliau menentang Lin Dan yang pernah saya saksikan.

Apa pun, Tahniah Malaysia….tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan All England dan seterusnya membuang “badi” Lin Dan…Permainan anda malam ini sememangnya “superb” serta tidak menghampakan penonton di tanahair dan di The Nia, Birmingham, London.

Syabas Dato’ Lee Chong Wei.

Share

Nasib pelajar Malaysia di Mesir

Mesir dan nasib rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Berkemungkinan artikel saya pada kali ini tiada kena mengena dengan aspek perniagaan samada online atau offline. Lupakan dulu buat seketika ini kerana ada perkara yang lebih penting yang ingin saya sentuh di sini. Isu yang menarik perhatian saya kini ialah mengenai nasib pelajar dan rakyat Malaysia yang sedang berada dalam konflik keganasan yang melampau di Mesir. Umumnya pasti telah mengetahui mengenai keadaan terkini yang sedang terjadi di bumi Mesir. Ya, tunjuk perasaan anti kerajaan pimpinan Hosni Mubarak seorang diktator yang telah menguasai Mesir selama 30 tahun dan juga seorang yang pro Amerika dan Israel.

Tapi, bagi saya sekarang isu yang lebih penting adalah nasib rakyat Malaysia yang berada di sana…di beritakan hampir 11,000 orang warganegara kita bekerja dan belajar di Mesir. Persoalannya ialah, apakah langkah praktikal kerajaan yang patut diambil bagi membawa keluar rakyat kita di sana. Saya rasanya ada mendengar dan menonton berita di TV beberapa hari lepas di mana pihak media massa ada memberitahu bahawa pelajar dan rakyat kita di sana berada dalam keadaan selamat. Tetapi, tuan-tuan dan puan-puan juga sudah maklum dan pastiya tidak hanya berharap dan bergantung kepada media massa tradisional yang nyata agak lapuk dan lambat dalam memberikan informasi terkini. Pada waktu ini, peranan media alternatif seperti rangkaian sosial dan blog mampu menggambarkan suasana dan berita pada masa nyata dan lebih dipercayai. Kesannya, pada waktu Buletin Utama TV3, pihak terbabit akhirnya telah menyuarakan harapan dan rasa gelisah rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak-anak atau saudara yang berada di Mesir sekarang..natijahnya, pihak TV3 telah menyiarkan beberapa email dari penonton yang menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan rakyat kita di sana dan tambah meruncingkan keadaan ialah di manakah tahap keberkesanan kakitangan kedutaan Malaysia yang hanya lebih kurang ada 20 orang berbanding 11,000 rakyat Malaysia di Mesir. Lebih memilukan hati apabila talian hotline yang disediakan oleh pihak kedutaan di Mesir tidak memberikan respon dan ini “dinampakkan” sendiri oleh pihak Buletin Utama dalam percubaan mereka menembusi talian itu. Syabas TV3 kerana anda tidak hipokrit dalam menjalankan tugas dan amanah lebih-lebih lagi dalam keadaan yang serba kalut ini.

Kita masih menunggu tindakan kerajaan Malaysia samada ingin mengeluarkan rakyat Malaysia di Mesir melalui jalan udara atau laut. Tetapi, tolong jangan di waktu ini kita bangkitkan soal kos yang tinggi sebagai penghalang. Apa yang lebih penting ialah nyawa dan maruah rakyat kita di sana kerana ada terdapat berita yang menyatakan terdapat pelajar Malaysia yang di rogol di sana. Tetapi, ada juga penafian yang mengatakan bahawa mangsa rogol adalah rakyat Indonesia. Walau apa pun, tindakan segera sangat perlu diambil bagi menyelesaikan masalah ini kerana menurut sumber yang dipercayai, kemungkinan konflik ini akan berterusan dan diikuti oleh negara Arab yang lain. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan juga pasti maklum yang krisis ini tidak dapat diselesaikan dalam masa 2-3 hari..jalan langkah terbaik ialah..bawa keluar rakyat kita samada terus pulang ke tanahair atau transit dahulu di negara yang berjiran dengan Mesir.

Keadaan Darurat yang sedang menggila di Mesir ini boleh anda ketahui dengan melayari laman-laman blog yang menceritakan secara lebih dekat keadaan kritikal di sana. Hargai usaha mereka yang melaporkan situasi di sana kerana mereka terpaksa “survive” dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi makanan, kesihatan, keselamatan mahupun hubungan komunikasi. Sila klik link di bawah untuk melayari blog-blog mereka.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/2011/01/lagi-update-ttg-kes-rogol.html

http://www.allvoices.com/contributed-news/8041711-5000-most-dangerous-criminal-escaped-in-egypt/stories

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kepakaran IT dan komunikasi, anda boleh menyumbangkan idea dan pendapat anda bagi membantu rakyat Malaysia di Mesir yang disekat hubungan komunikasi dan internet. Mereka dikhabarkan mencuri-curi menggunakan talian internet. Ini penting bagi mereka supaya mereka dapat terus berhubung dengan dunia luar khasnya kepada keluarga yang berada di tanahair. Mungkin idea dan pendapat anda dapat membantu mereka. Anda boleh post-kan sahaja idea anda di sini dan saya akan sedaya mungkin menyebarkannya supaya dapat dimanfaatkan pada waktu kritikal seperti ini.

Terima kasih di atas masa anda untuk membaca artikel ini dan marilah menjadi warga Malaysia yang prihatin.
Salam 1 Malaysia.

Terkini:

pengesahan maklumat sebelum ini berkenaan kes rogol:

1. seorang pelajar perempuan malaysia di iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari “Ummi Medic Mesir”..

Share

Google di Malaysia

Google di Malaysia-Dari kiri Julian Persaud, Datuk Mukhriz Mahathir dan Sajith Sivanandan, semasa acara pembukaan rasmi pejabat Google di Kuala Lumpur, Malaysia.

Google di Malaysia

Kebelakangan ini, kita agak sibuk dengan berita-berita sensasi seperti Facebook akan menutup operasinya, pejabat Facebook di Malaysia dan kini, Google pula telah membuka pejabatnya di Malaysia. Bagi saya, ia sesuatu yang amat baik kerana semua orang di dunia yang menggunakan internet pasti kenal Google malah istilah “Google-kan” atau “google it” sinonim dengan aktiviti pencarian maklumat menerusi internet. Sehinggakan saya pernah mendengar kata-kata dari kawan saya yang mengatakan begini..”kalaulah masa aku belajar dulu dah ada google..alangkah senangnya hidup :) “. Ya, pastinya pencarian maklumat untuk bahan-bahan assignment dan rujukan akedemik lebih mudah, murah atau percuma dan lebih mobiliti. Begitulah untungnya anak-anak zaman sekarang :)

Bagi sesiapa pula yang berminat untuk bekerja dengan syarikat besar dan ternama seperti Google, Julian Persaud, pengarah urusan Google bahagian Asia Tenggara ada menyatakan bahawa Google sekarang sedang mula merekrut warga tempatan untuk bekerja dengan mereka. Saya pasti, bagi anda yang sudah lama jatuh cinta dengan Google pasti tahu keadaan atau suasana pejabat mereka…Ya, ia lebih tepat lagi jika kita katakan pejabat Google ini seperti satu kawasan atau tapak permainan di mana kita boleh bekerja sambil bermain dan boleh buat apa sahaja asalkan anda boleh mencapai kualiti atau hasil kerja yang telah ditetapkan. Maksud saya di sini ialah tiada lagi rutin pejabat yang konvensional…segalanya nampak santai dan ceria :) Tapi, saya pasti “environment” itu dicipta bagi mengatasi ketegangan akibat bebanan kerja dan juga bagi melahirkan “mood” dan kreativiti semasa bekerja. Saya akan letakkan beberapa gambar yang menunjukkan suasana kerja di pejabat Google.

Ok, kepada anda yang mungkin berbakat, berkelayakkan dan berminat untuk menyertai Google, anda boleh layari http://www.google.com.my/jobs dan dapatkan maklumat lanjut di pautan tersebut. Pastinya Google akan mencari mereka yang “terbaik” tetapi walau apa pun, tak salah jika anda ingin mencuba :)

Oklah, sampai kita berjumpa lagi di post yang akan datang. Saya ingin mengucapkan selamat berhujung minggu kepada anda dan kepada yang mungkin sambung bercuti sempena cuti umum Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina..Selamat bercuti panjang dan berhati-hati di jalan raya.

Gambar-gambar pemandangan pejabat Google di Zurich

Kredit:

http://www.hemmy.net

http://biz.thestar.com.my

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.