Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Malaysia lwn Bahrain, Pra-Olimpik 2012

Malaysia vs Bahrain

Malaysia vs Bahrain



Saya menonton perlawanan bola sepak pra-olimpik antara Malaysia dengan Bahrain di kaca tv. Sungguhpun tak dapat pergi ke stadium…Tapi, sedari pagi saya dah menyarungkan jersi Harimau Malaya :)

…dan akhirnya pasukan kita tewas 2-3 kepada pasukan Bahrain.

“Ini adalah harga yang kita perlu bayar” kata ketua jurulatih pasukan Harimau Muda, Ong Kim Swee. Komen ikhlas beliau selepas tamat perlawanan tersebut. Ada sedikit riak kekecewaan di muka beliau….

Selepas tamat perlawanan itu, saya terus juga menonton ulasannya di TV1 dan rasanya, saya juga sependapat dengan kata-kata pengulas dan tetamu undangannya…”Pasukan kita masih lagi kelihatan letih kesan daripada perlawanan kompetetif semasa di Sukan SEA tempohari…

Walaupun begitu, saya juga turut ingin kongsikan pendapat saya mengenai perlawanan tersebut. Antara yang paling saya nampak dan terkesan ialah…ada beberapa pemain yang seolah-olah sekadar jadi penumpang sahaja dalam pasukan tersebut. Misalnya, Thamil Arasu…saya boleh kata yang dia hanyalah sekadar berlari-lari di dalam padang dan tiada fungsi langsung sebagai penyerang…tidak kreatif dan tidak mempunyai semangat yang bersungguh-sungguh. Ini saya dapat lihat pada air mukanya….dia begitu takut untuk mengeluarkan peluh dan tidak bersedia untuk cuba memecah benteng pihak lawan. Apa yang dia lakukan ialah sekadar berlari-lari…membuat percubaan menanduk bola yang jarang sangat singgah di kepalanya..membuat lorongan bola yang sia-sia dan sekali-sekala membuat terjahan keras yang tidak perlu untuk menunjukkan bahawa dia juga “bekerja” pada perlawanan itu…

Fakri Saarani juga mempunyai karektor yang sama seperti Thamil Arasu, tidak kompetetif serta tidak bersedia untuk menyudahkan peluang keemasan…kalau dia diturunkan juga pada perlawanan itu, rasanya takde apa yang banyak boleh dia lakukan..Boleh saya katakan, pasukan kita tidak mempunyai penyerang yang memiliki “Killer Instinct”.

Pemain yang lain seperti Mahali, Fazli Shas, Nazmi, Zubir dan beberapa muka baru yang cuba ditonjolkan pada edisi pra-olimpik ini nampak agak berkesan. Mereka rajin dan bekerja keras….tiada banyak komen mengenai mereka. Wan Zack, Sharul Azwari dan beberapa pemain lain seperti Irfan, masih belum cergas sepenuhnya…

Jadi, kesimpulannya ialah, skuad Harimau Muda sudah mempunyai barisan midfielder, defender dan penjaga gol yang baik. Cuma, di barisan serangan…ia masih sangat tumpul… perlu banyak diberikan tumpuan dan mereka sepatutnya sedar akan tanggungjawab mereka. Semoga pasukan Harimau Muda akan beroleh kejayaan pada 3 lagi perlawanan nanti.

Walau apa pun…saya tetap menyokong pasukan bola sepak Malaysia…Malaysia Tanah Tumpah Darahku.

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.