Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Watak di dalam “internet marketing”

Di dalam dunia internet marketing atau dalam bahasa Melayunya “pemasaran internet” terdapat pelbagai karektor atau watak yang berada di dalamnya.Saya terpanggil untuk menghuraikan pendapat saya mengenai jenis atau karektor internet marketer yang saya kenali.Bagaimana pun ia adalah pendapat saya sendiri dan mungkin anda punya pendapat yang lain.

Saya telah mengklasifikasikan watak-watak tersebut kepada 3 kumpulan.

Kumpulan Pertama:
Kumpulan pertama ini boleh dikatakan sebagai “visible karektor” atau dalam bahasa mudahnya mereka ini memang kita ketahui kewujudannya.Mereka memang secara praktiknya mahukan diri mereka dikenali.Ini akan dapat membina kredibiliti mereka di dalam pasaran niche tertentu.Contohnya seperti Dr.Irfan Khairi,Zamri Nanyan,Gobala Krishnan,Smartzul dan ramai lagi nama yang mungkin terlepas dari senarai saya di sini.Mereka ini perlu membina imej sebagai internet marketer sekaligus mencipta brand mereka yang tersendiri.
Jadi,saya rasa anda mungkin sudah jelas dengan penerangan saya di atas.

Kumpulan Kedua:
Kumpulan kedua ini memang dilabelkan sebagai “underground” dan bergerak di bawah radar…”invisible” atau boleh dikatakan sebagai UFO :) “unidentified flying object”.Mereka biasanya bergerak di dalam satu kumpulan bawah tanah dan ahli-ahlinya biasanya terdiri dari mereka yang amat pakar di dalam bidang masing-masing seperti kepakaran di dalam SEO,article marketing.copywrting dan sebagainya.Ahli-ahli boleh terdiri dari mereka yang mungkin berada di negara yang berasingan dan bekerjasama di dalam menjayakan sesuatu projek.Mereka mempunyai inner circle tersendiri dan keahlian biasanya hanya di atas jemputan seperti di dalam filem “swordfish” dan perlu mempunyai pra-syarat kelayakkan.Antara yang saya tahu mengenai syarat tersebut ialah seseorang ahli perlu mencapai satu tahap pendapatan yang ditetapkan dan lagi satu pra-syarat yang agak unik ialah dalam sesuatu niche yang tertentu nama mereka tidak boleh wujud di dalam enjin carian :) menarik bukan?!

Kumpulan ketiga:
Kumpulan ini menggunakan kedua-dua taktik di atas atau dalam bahasa mudahnya mereka mempunyai “multi face” di dalam pasaran dan mempunyai secara dasarnya 2 jenis profile.Profile pertama mempunyai jenama dan pengikut tersendiri dan profile kedua ialah “underground”.Ini bermakna mereka menjalankan 2 aktiviti serentak.

Jadi,anda sudah jelas dengan konsep yang saya terangkan di atas.Persoalannya ialah anda berada di dalam kumpulan mana?


Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.