Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Berbaloi-baloi

Anda pernah dengar perkataan “berbaloi-baloi” sebelum ini…mungkin di TV atau di radio.

Ya,itulah tagline yang dicipta oleh Amy SEARCH dalam mempromosikan konsert jelajahnya bersama Celcom.Apa pendapat anda tentang konsert ini?Mengapa Celcom bersedia untuk menjadi penganjur kepada konsert ini dan apakah pula kena mengena perkataan “berbaloi-berbaloi” dengan bisnes lelong.com.my kita.

Ok,biar saya huraikan sedikit mengenai motif yang boleh kita guna pakai di sebalik tagline “berbaloi-baloi” ini.Pertama sekali,Jika anda adalah seorang seller baru dan tidak mempunyai banyak “transaction” dan “positive feedback” di lelong.com.my.Bagaimana anda ingin masuk sesuatu “niche” dan memberitahu bahawa anda wujud dipasaran “niche” tersebut?Anda boleh gunakan taktik “berbaloi-baloi” ini untuk mencuri perhatian pengunjung yang berada di “niche” tersebut.Bagaimana ia boleh dilakukan?Cuba anda perhatikan apa yang di berikan oleh pihak Celcom kepada pelanggan mereka yang ingin menyaksikan konsert Amy yang “berbaloi-baloi” tu..Yer..mereka akan dapat diskaun tiket jika mereka membeli top-up RM30.00 dan ke atas(saya kurang pasti fakta itu..tapi,lebih kurang macam tue lah..beli top-up dapat diskaun tiket)Saya sendiri kurang pasti mengenai Celcom prepaid kerana saya menggunakan servis dari operator “cap itik”.Ok,walaupun saya adalah pengguna servis cap itik..tetapi,saya nie peminat Amy..adakah anda fikir saya tergamak untuk membeli starter pack Celcom yang baru dan kemudian menambah nilai RM30.00?Sudah tentu kebarangkaliannya adalah 60%..jadi,60% juga adalah kebarangkalian sale yang boleh masuk ke poket Celcom.Apa hubungkait dengan anda di lelong.com.my?Jawabnya ialah,anda perlu memberikan “nilai” atau “value” kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda.

“Value” yang dimaksudkan ialah bukan sahaja sebagai barang atau servis yang ditawarkan tetapi boleh jadi “nilai tambah” yang anda boleh wujudkan dan berikan kepada pelanggan anda.Sebagai contoh:

Jika anda menjual jam tangan di lelong.com.my anda boleh tawarkan diskaun jika pelanggan anda menambah satu lagi belian,memberikan perkhidmatan membungkus jam sebagai hadiah atau memberikan servis penghantaran percuma.Lebih “advanced” lagi jika anda dapat wujudkan keahlian kelab percuma kepada pembeli jam anda…(sangat jarang dibuat orang) juga forum sebagai tempat pembeli dan bakal pembeli berbincang dan bertukar pendapat..Dalam situasi ini anda adalah “host” atau perumah.Jadi,anda mempunyai hak ekslusif untuk mempromosikan lain-lain produk atau servis anda di samping anda dapat menjalinkan persahabatan sesama pelanggan anda dan menggalakkan pembelian berulang.

Jadi,saya harap anda dapat memahami konsep “berbaloi-baloi” yang juga boleh kita gunakan di dalam bisnes kita di Lelong.com.my

Kredit kepada Celcom di atas penggunaan gambar dan logo.

Share/Save/Bookmark

Fokus atau matlamat dahulu?

Saya selalu dengar tentang orang ramai bercakap mengenai fokus.Apa itu fokus sebenarnya?

Bagi saya fokus adalah satu “tools” atau teknik yang kita gunakan untuk mempercepatkan perjalanan atau “progress” ke arah mencapai sesuatu matlamat.Selalu juga saya terdengar tentang orang membincangkan mengenai matlamat dahulu atau fokus dahulu?

Bagi saya biarlah kita “setkan” dahulu matlamat dan kemudian baru kita fokus dan ada segelintir orang berpendapat bahawa tanpa fokus pun kita boleh mencapai matlamat.

Baiklah,biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak…ia berkenaan kanta pembesar yang saya gunakan untuk mengfokuskan cahaya matahari ke atas sekeping kertas.

Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.

Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.

Mungkin anda pula mempunyai pengalaman dan pendapat yang lain atau berbeza.Jika anda rasakan pengalaman dan pendapat anda boleh membantu orang ramai.Sila postkan di sini.Saya sangat mengalu-alukannya.


Share/Save/Bookmark

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.