Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Facebook’s London Office-Video Tour

——–kemasikini 27/1/2011 10:53am———
Saya telah dapat satu informasi dari sebuah laman web mengenai pajabat Facebook di Malaysia. Lokasi pejabat Facebook Malaysia bertempat di Neo Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor. Menurut laman web itu juga Facebook telah mengambil rakyat tempatan untuk bekerja sebagai “software engineer”.

Pejabat Facebook Malaysia

Kredit: http://www.liewcf.com

Ramai orang sekarang dah mulai sibuk memperkatakan mengenai Facebook akan ditutup. Apa maksudnya? ertinya ialah, tiada lagi facebook di pagi hari ketika di pejabat, bil handphone akan meningkat kembali sebab selama adanya Facebook kita biasanya akan gunakan Facebook mobile untuk menghantar teks kepada rakan-rakan…dan kepada yang menjalankan perniagaan internet…bersedialah dengan lebih awal untuk “back-up” semua data pelanggan anda dan bersedia juga untuk mendapatkan khidmat autoresponder :)

Baiklah, kita biarkan dulu mengenai “rumours” facebook yang berkemungkinan akan ditutup..saya juga mempunyai beberapa teori mengenai isu ini..Tapi, saya akan bentangkan nanti..Buat masa ini, saya nak ajak tuan2 dan puan2 untuk tenangkan fikiran..lupakan seketika mengenai Facebook akan ditutup… dan jom kita tengok video tour-pejabat Facebook (cawangan London)..ada banyak cawangan Facebook nie….mungkin akan ada cawangan di Malaysia pula nanti, kalau Facebook nie tak jadi tutuplah :) Klik “play button” di bawah untuk melihat video tersebut.

Share

Kaedah Pembayaran

Maybank

Maybank

cimbclicks

cimbclicks

Salam,

Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana nak membuat bayaran jika ingin membeli sesuatu dari laman Facebook saya?  Baiklah, di sini saya akan jelaskan bagaimana anda boleh berurusniaga dengan saya. Caranya mudah sahaja. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu nyatakan mana satu produk yang ingin anda beli. Anda boleh nyatakan jenis item atau anda boleh copy dan paste sahaja tajuk item itu jika anda tak punya masa untuk menaip. Sebagai contoh, katakanlah anda nak beli jam tangan lelaki yang mempunyai tajuk seperti berikut: New Tag Heuer Monaco V4 Concept SKELETON PVD leather AUTOMATIC anda boleh copy dan paste sahaja tajuk tersebut. JIka anda boleh copy dan paste URL item tersebut lagi bagus. Contoh adalah seperti berikut: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108389989232159&set=a.108389955898829.14331.100001834759412
  2. Selepas itu, anda boleh membuat bayaran di salah satu akaun bank berikut: Maybank 101468018148 Mohd Yuzafi Bin Yunos ATAU CIMB 01050113768528 Mohd Yuzafi Bin Yunos. Pembayaran boleh dilakukan samada menggunakan internet banking atau CDM (Cash Deposit Machine)
  3. Selepas bayaran dibuat, saya sangat galakkan anda simpan resit bayaran atau apa sahaja bukti pembayaran untuk rujukan di masa depan. Paling baik, jika anda dapat “attach” bukti pembayaran tersebut samada melalui email atau paste-kan di ruangan mesej Facebook ATAU anda boleh call/sms saya di 012-7744400-Yuzafi jika anda rasa nak bercakap dengan saya untuk memberitahu yang anda sudah membuat bayaran.
  4. Kemudian, sila sertakan nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon supaya barangan dapat dihantar dengan cepat.

Kesemua maklumat tersebut anda boleh hantar samada melalui ruangan “inbox” di Facebook atau boleh email ke yuzafi_inspirations@yahoo.com

Jika anda masih lagi memerlukan maklumat tambahan, sila call/sms saya di 012-7744400-Yuzafi

Sebarang pertanyaan boleh reply post ini di sini atau ajukan soalan anda ke talian 012-7744400-Yuzafi

Terima Kasih

Share

The Social Network

The Social Network

The Social Network

Salam,

Saya baru balik menonton filem “The Social Network” di GSC Alamanda. Saya memang bercadang nak menonton filem nie cuma baru hari nie sempat berbuat begitu..itu pun, saya tak dapat menonton awal..pukul 10:00 malam punya show.

Citer nie best tak..??? Bagi saya, pengikut atau mereka yang “ketagihan” facebook patut tengok filem nie..walaupun pada permulaan filem nie agak sukar nak difahami sebab “Mark Zuckerberg” bercakap laju sangat (mungkin orang2 genius bercakap laju agaknya pasal terlalu banyak yang ada dalam pemikiran mereka yang perlu diluahkan)..Tapi, makin lama semakin seronok tambah-tambah lagi bila “The Facebook” mula berkembang dan terjadi pertelingkahan sesama mereka (pengasas bersama-Eduardo) dan juga “musuh” dari luar(The Harvard Connection). Saya cadangkan, sebelum anda semua menonton filem ini..adalah lebih baik jika anda ambil tahu serba sedikit kisah si Mark Zuckerberg dan Facebook dari Wikipedia..ia sememangnya membantu anda untuk memahami jalan cerita tersebut dengan lebih mudah.

Saya boleh katakan, hampir semua yang datang ke panggung adalah “Facebook addicted” dan bagi anda yang masih belum menyaksikan filem ini..anda boleh pergi menonton dan tengok sendiri formula yang dihasilkan oleh “Facebook” untuk menewaskan rangkaian social network yang lain seperti Myspace dan Friendster.

Facebook telah membuktikan bahawa peneroka pasaran bukanlah sentiasa
pemenang :)

Share

Selagi anda masih ada talian internet!!!

Tiba-tiba saya terfikir,apa akan jadi kepada saya jika pada suatu pagi apabila saya “hidupkan” komputer dan tiba-tiba komputer saya tiada lagi sambungan internet?Ah..pening jugak nie…sedangkan saya sememangnya betul-betul bergantung harap kepada internet untuk mencari “makan”.Mungkin anda tidak pernah terfikir kerana mungkin anda tidak pernah mengalami masalah tersebut atau anda sememangnya tidak mahu berfikir ke arah itu.

Kepada mereka yang menggunakan internet sebagai sumber pendapatan kedua atau sampingan mungkin tidak akan tersentuh dengan perkara ini.Bagaimana jika anda adalah orang seperti saya yang bukan sahaja menggunakan internet untuk tujuan bersosial di facebook atau mana-mana laman sosial yang lain atau sekadar membalas e-mail daripada kenalan.Apa akan jadi jika usahawan internet tidak lagi mempunyai sambungan internet?Mari kita fikirkan bersama….

Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah,jika anda adalah seorang usahawan internet tidak kira sepenuh masa atau separuh masa…lebih baik anda gunakan sambungan internet yang ada pada komputer anda dengan berfaedah.Saya ingin berkongsikan perkara ini kerana saya juga pernah mengalami situasi ini-“Tiada internet=Tiada wang”.

Saya ada satu kisah yang mana saya sudah lupa dari mana saya baca dan saya mohon maaf kerana saya tidak dapat berikan “detail” mengenai siapa empunya kisah dan biar saya cuba olahkan mengikut kefahaman saya tetapi motif cerita tetap berkisar kepada bagaimana kita menghargai sumber internet yang ada pada kita.Kisahnya begini…

al-kisah,ada seorang pemuda yang benar-benar berada dalam keadaan kesusahan kewangan yang amat teruk,mempunyai hutang yang bertimbun dan sering menerima panggilan telefon serta surat menyurat dari pihak bank yang menagih hutang.Tiada apa yang tinggal pada beliau melainkan serba sedikit kemudahan asas sekadar untuk meneruskan nafas dan tempat berteduh yang menunggu untuk dilelong oleh bank.Tetapi,pemuda ini masih lagi mempunyai komputer dan talian internet yang akan dipotong 30 hari lagi jika pembayaran tidak dilakukan.Akhirnya,beliau cuba untuk mengadu nasib dengan mencuba menghantar e-mail kepada beberapa orang “internet guru” meminta sedikit nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan sementara menunggu 30 hari lagi sebelum talian internet dipotong.Akhirnya,setelah beberapa hari e-mail-email yang dihantar kepada “internet guru” tersebut dibalas.dan apa yang paling menyentuh perasaan ialah ada satu saranan daripada seorang “internet guru” yang mengajar supaya pemuda ini menganggap bahawa dia sudah tiada pilihan lagi,samada dia perlu berusaha dalam masa 30 hari yang ada atau mati pada hari yang ke-31.Akhirnya,pemuda ini memilih untuk berusaha dengan sumber internet yang ada dalam masa kurang daripada 30 hari.Tetapi,bagaimana caranya..?? Dia bertanya kepada “internet guru” tersebut…”internet guru” tersebut bertanya,sudah berapa banyak email yang dia perolehi hasil daripada pertanyaan mengenai permasalahan beliau kepada “internet guru” yang lain?Pemuda itu memberitahu bahawa ada terdapat beberapa nasihat berguna yang diterima daripada beberapa orang “internet guru” melalui email.Akhirnya,guru tersebut mencadangkan kepada pemuda itu,kenapa tidak jika dia mengumpulkan nasihat-nasihat berguna tersebut dan dijadikan sebuah ebook yang bertajuk “Internet 30 hari atau mati”.Akhirnya,selepas menurut nasihat “internet guru” tersebut,pemuda itu berjaya menjual ebook itu dan menyelamatkan dirinya daripada mati pada hari yang ke-31.

Begitulah kisahnya serba sedikit yang saya ingat.Tetapi,jika anda mempunyai kisah atau versi yang sebenar,sila beritahu saya kerana saya ingin dapatkan “detail” mengenai siapa penulis dan dari mana asalnya cerita ini.Tapi,apa yang penting di sini ialah bagaimana kita menggunakan internet secara bijak dan jangan selalu hilang kawalan apabila anda menggunakan internet.Tidak salah jika anda memperuntukkan sedikit masa untuk tujuan bersosial atau berhibur dengan permainan online di internet.Tetapi,anda mesti siapkan segala tugasan anda terlebih dahulu.Bayangkanlah jika anda berada dalam kisah seperti “pemuda” di atas yang hanya mempunyai 30 hari sahaja sambungan internet…..

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.