
Tahun 2009 sudah berada di penghujung jalannya…Tahun 2010 pula yang akan menanti kita pada esok hari.
Di sini saya ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menghadapi tahun 2010 yang belum kita tahu apa pula cabarannya.
- Tuliskan matlamat atau cita-cita anda-Ya,kaedah lama ini semakin kita tinggalkan.Dapatkan sehelai kertas dan senaraikan apa matlamat yang anda sasarkan pada tahun 2010.Mungkin anda boleh siapkan satu “checklist” dan senaraikan satu persatu.Jika,salah satu matlamat atau obejektif anda tercapai,anda boleh tandakan √ dan fokus kepada sasaran seterusnya.
- Tampalkan kertas matlamat anda-lekatkan ia di hadapan meja atau di mana-mana tempat yang anda senang untuk lihat.Anda mungkin boleh print atau gunakan kreativiti anda untuk hasilkan “kertas matlamat” itu supaya nampak cantik.Tetapi,harus diingat-cantik saja pun tidak mendatangkan apa-apa kesan jika anda tidak mengambil tindakan.
Itu sahaja tips kali ini.Walaupun ia nampak “simple” dan begitu mudah untuk dilakukan.Tetapi,ia tidak senang untuk dipraktikkan.Sebenarnya,tips ini telah berjaya menjadikan ramai orang sukses dalam bidang masing-masing.Kesan daripada melihat “matlamat” anda setiap hari akan membuatkan anda fokus dan bekerja mengikut perancangan dan bukannya membiarkan hidup anda berlalu dengan begitu sahaja.
Anda juga boleh hasilkan 2 “kertas matlamat” iaitu satu untuk matlamat peribadi atau keluarga dan satu lagi untuk matlamat kerjaya atau perniagaan anda.
Jumpa anda semua di tahun 2010.
Kredit imej:http://www.cartoonstock.com


Komen Terkini