Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

SOHO-Konsep baru perniagaan

ENTREPRENEURS, part-time business owners and IT start-ups favour the Small Office, Home Office (SOHO) concept with the rationale that working from home saves commuting time and expense, while reducing the cost of starting up a business.This concept are parallel with the ideas from the Robert Kiyosaki in “Rich Dad Poor Dad”.He said that people are now rushing like a rat race…doing what we are called working for a money instead of money working for us…

Baru-baru ini terdapat beberapa e-mail yang saya terima meminta agar diterangkan konsep SoHo ini di dalam bahasa melayu.Menurut mereka,informasi seperti ini memang telah banyak & mudah didapati di dalam bahasa Inggeris.Cari sahaja di Google pasti akan jumpa banyak result.

Berkenaan SoHo nie..ia adalah salah satu konsep atau jenis perniagaan yang agak baru di negara kita.Mungkin ada juga yang telah mempraktikkannya tetapi baru-baru ini SoHo mendapat perhatian meluas.SoHo ialah dari perkataan Small Office Home Office yang memberikan maksud praktikal sesebuah perniagaan yang dioperasikan dari kediaman atau bekerja dari rumah.Secara konsistennya kebanyakkan SoHo ini menggunakan keupayaan internet sebagai nadi utama operasi.Selebihnya,ia juga mempunyai matlamat menjimatkan kos kerana tidak perlu menyewa pejabat.Ada juga yang berpendapat,SoHo ialah trend bekerja masa kini di mana kita boleh mengautomasikan kerja dari rumah dan penggunaan komputer memungkinkan perhubungan boleh dilakukan melalui video call/cenference dan kerja-kerja boleh di buat secara “remote” atau automatik sepenuhnya.

Jadi,mereka yang ingin memulakan perniagaan internet atau professional sekalipun boleh menjadikan SoHo sebagai satu hala tuju bisnes.Kelebihan SoHo ialah anda hanya bekerja dari rumah,tidak perlu ke pejabat..masa kerja yg.lebih fleksibel dan menurut Robert Kiyosaki anda dapat mengelakkan diri anda dari “perlumbaan tikus”.Apa itu perlumbaan tikus?Anda tentu pernah mengalami “traffic jam” yang teruk ketika hendak ke pejabat jam 8.00 pagi dan perkara yang sama juga berlaku ketika jam 5.00 petang ketika pulang dari pejabat.Jika anda memandu dan menoleh seketika di kira dan kanan anda..anda akan dapati pemandu di sekeliling anda juga sedang melakukan perkara yang sama..iaitu..sedang berebut-rebut hendak pergi kerja atau pulang kerja..ini dinamakan satu perlumbaan..di mana hampir 90% warga Malaysia melakukan “perlumbaan tikus” setiap hari.Hanya 10% sahaja yg.menjadikan SoHo sebagai punca pendapatan dan mereka pada masa itu mungkin sedang bersarapan sambil membaca surat khabar di internet tanpa mempedulikan keadaan traffic jam di luar sana.

itulah serba sedikit mengenai SoHo yang dapat saya ceritakan.Sememangnya ia menjadi trend kerjaya atau profession masa kini.Sehinggakan ada syarikat pemaju yang terkenal iaitu YTL Berhad(Yeoh Teong Lay)sedang membina perumahan mewah berkonsep SoHo di kawasan Pantai Hillpark,Kuala Lumpur.Jika anda berada di KL,anda boleh melihat projek tersebut dan ia sedang dalam fasa 50% pembinaan.Semua itu dilakukan kerana memenuhi permintaan usahawan IT,broker,arkitek dan bermacam-macam lagi profession yang menjadikan kediaman mereka sebagai pejabat.



Share

10 Responses to “SOHO-Konsep baru perniagaan”

  1. Fazli says:

    saya nak setup soho gak.
    skrg pun dah ada dah.
    tapi gunakan meja mkn saja.
    hehehe…
    nice artikel.

  2. admin says:

    Meja makan pun dah kira SoHo jugak…

  3. msarbin says:

    Saya SOHO di rumah sewa sahaja..hehehe

  4. white02 says:

    SOHO ni sama ke ngn restoran SOHO yg ada kat bangi..kajang..sbb td i ada ternampak restoren SOHO

    hikhikhik..

  5. Ustaz Cahaya says:

    Saya ada sebuah laptop yang saya gunakan di mana saja.. Hotel, Cyber Cafe, Library dan banyaknya di rumah la;-)

    Laptop saya inilah ofis saya sebenarnya:-)

  6. HR says:

    konsep yang sudah menjadi norma kebisaan pada international im. Banyak kelebihan soho seperti mana yang saudara sentuh dalam pos ini. Paling bagus sebab kita dapat elakkan perlumbaan tikus tu. Lagi satu kira ni antara cara nak kurangkan pencemaran alam. Tiada kesesakan trafik, tiada pencemaran :)

    • admin says:

      Kepada yang isteri-isteri..boleh jaga anak kat rumah sambil bekerja..dapat kurangkan “kebergantungan” kepada pembantu rumah Indonesia.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.