Profile
Nama saya Mohd Yuzafi Yunos dan biasanya dikenali sebagai Yuzafi@Yuzz.Saya adalah seorang Internet Marketer sepenuh masa.Berkemungkinan anda yang sampai ke laman ini pernah mengenali saya sebelum ini.Mungkin juga anda kawan-kawan saya kini atau rakan seperjuagan semasa di bangku sekolah atau kampus dahulu.Ramai juga di antara kawan-kawan saya tidak tahu apa yang saya lakukan sekarang..mungkin mereka masih ingat saya masih bekerja di Celcom kerana itulah tempat kerja saya yang paling lama..kira-kira 3 tahun
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang pernah kenal dan bersama saya dahulu.Tidak kira samada di alam persekolahan,campus life dan juga semasa bekerja.Kenangan dan pengalaman bersama anda semua adalah terlalu hebat dan saya tidak mungkin dapat melupakannya
“Alam Persekolahan”
Sedikit mengenai kehidupan saya yang lepas….saya lahir di Johor Bahru dan membesar serta bersekolah rendah di daerah Pontian iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian.Selepas itu saya berpindah ke Batu Pahat dan bersekolah menengah di sana.Antara sekolah menengah yang pernah saya menuntut di Batu Pahat ialah Sekolah Menengah Kolam Air dari tingkatan 1 hingga 3,selepas itu saya bersekolah sebentar di SMV Batu Pahat semasa di tingkatan 4 dan akhirnya,saya menamatkan SPM di Sekolah Menengah Seri Medan.Saya pernah bersekolah di Sekolah Tinggi Batu Pahat ketika meneruskan pelajaran ke tingkatan enam rendah dan tidak lama kemudian saya melanjutkan pelajaran ke ITM,Arau,Perlis(kini UiTM) dan di sana saya menamatkan pengajian saya dalam bidang pengurusan perniagaan mengkhusus dalam perbankan.
“Zaman Gelap”
Selepas tamat pengajian saya sukar mendapatkan pekerjaan kerana pada masa itu negara mengalami kegawatan ekonomi akibat dari “En.Soros” yang melancarkan serangan ke atas matawang.Jadi,pada masa itu saya hanya menjalankan kerja-kerja biasa seperti menjadi pencuci pinggan,penyambut tetamu di hotel dan jurujual barangan di pasaraya Courts Mammoth.Jadual kerja saya pada masa itu sangat padat di mana saya perlu bekerja di siang hari seawal pukul 9.00 pagi untuk menjadi jurujual dan kebiasaannya saya akan pulang pada jam 10.00 malam.Saya bekerja lebih masa untuk mendapatkan komisen yang lebih kerana pada masa itu starting gaji bulanan saya ialah RM250.00 sahaja.Jadi,lebih lama saya dapat berjumpa ramai pelanggan maka lebih berpotensi saya mendapatkan jualan dan komisen.Selepas itu,saya perlu pula bergegas pulang ke rumah menyiapkan diri untuk bekerja “malam” sebagai night auditor merangkap sekali sebagai penyambut tetamu di hotel.Jadual kerja saya pada sebelah malam ialah dari jam 11.00 malam hingga ke jam 7.00 pagi.Selepas itu saya pulang ke rumah berehat dalam sejam dua sebelum kembali semula bekerja sebagi jurujual.Begitulah rutin kerja saya setiap hari…
“Matahari Baru Bersinar”
Sehinggalah sampai pada satu hari yang bertuah,saya telah mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat telekomunikasi yang gah..iaitu Celcom.Semenjak itu saya telah bekerja “office hour” dan tidak lagi perlu berpenat lelah seperti sebelum ini.Kerja saya kebanyakkannya berada di pejabat dan mempunyai penghawa dingin di samping memakai pakaian kemas dan bertali leher…sungguh hebat rasanya pada waktu itu.Saya bersyukur walaupun ekonomi belum pulih sepenuhnya tetapi saya mendapat peluang bekerja di syarikat tersebut.
“Hujan Nak Turun”
Panas tidak sampai ke petang…begitulah juga dengan karier saya di Celcom.Bukan kerana pekerjaan saya tidak bagus..malah saya sanggup bekerja lebih masa dan bermalam di office pada hujung minggu semata-mata untuk menyiapkan kerja di samping saya juga dah terbiasa tak tidur lena pada waktu malam.Jadi,saya habiskan masa tersebut di pejabat.Angin perubahan mula bertiup apabila syarikat Celcom terpaksa disatukan dengan TM Touch dan membentuk Celcom yang “baru”.Saya telah kehilangan momentum untuk terus bekerja secara berdedikasi kerana bos saya adalah seorang bos daripada syarikat yang menakluk syarikat tempat saya bekerja.Jadi,sudah tentu banyak pendapat yang tidak sealiran dan kebetulan pada masa yang sama Celcom yang “baru” telah menawarkan VSS(Volunteer Separation Scheme) kepada para pekerja.
“Jalan Di Hadapan”
Memikirkan bahawa saya akan dapat melakukan lebih baik untuk diri saya sendiri berbanding bekerja di bawah tekanan dan tiada “work satisfaction”.Maka,saya telah menjadi di antara orang yang terawal bersetuju untuk berhenti kerja dan mendapat pampasan.Jadi,selepas itu saya pun mula menjalani kehidupan tanpa majikan dan tiada lagi gaji bulanan.
Maka,bermulalah perjalanan hidup saya sebagai “underground seller” di lelong.com.my.Saya telah mula bergiat dalam bisnes internet sejak tahun 2005 dan portal lelongan lelong.com.my yang menjadi tapak permulaan saya mendapatkan “first sale” dan selepas itu saya mula percaya bahawa memang benar internet mampu menghasilkan pendapatan.Lumayan atau tidak persoalan itu adalah bergantung kepada hasil usaha kita.Sebagai internet marketer,tugas saya ialah mempromosikan barang atau perkhidmatan kepada prospek dan mendapat keuntungan jika mereka membeli.Tidak jauh beza dengan kerja saya sebagai jurujual dahulu.Di mana,pada permulaannya saya tidak bagus dalam urusan itu sehinggalah pengalaman yang menjadikan saya semakin yakin dan mampu mendapatkan jualan.Begitulah juga di internet,saya perlu praktikkan segala pengalaman saya dahulu dan cuma perlu “convert” sahaja ke internet.Segalanya berjalan lancar dan selepas itu saya mengerti apa itu istilah “perniagaan tanpa batasan”.
“Terus Melangkah”
Jadi,itulah serba sedikit mengenai saya yang tidak begitu bagus jika dibandingkan dengan anda.Mungkin anda punya pengalaman yang lebih hebat..siapa tahu?Sehingga kini,saya masih melakukan kerja di internet di samping perniagaan saya juga telah berkembang secara off-line di mana para pelanggan saya mula berminat berurusniaga secara nyata kerana mereka mahukan supply yang lebih besar berbanding di internet.Jadi,ini menyebabkan saya mengasaskan sebuah syarikat bagi memudahkan urusan perniagaan dan perbankan.Kesimpulannya di sini ialah perniagaan di internet sebenarnya boleh dijadikan tapak untuk anda pergi lebih jauh lagi-Yuzafi.



Komen Terkini