Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Tiba-tiba anda diberhentikan kerja!!!

Saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama saya semalam yang bernama Halim…dan agak terkejut saya kerana berita yang disampaikan ialah satu berita sedih yang menimpa salah seorang kawan lama saya,Azmi yang pernah menjadi rakan sekerja saya semasa di Celcom dahulu.Berita sedihnya ialah,Azmi telah diberhentikan kerja dan menerima pampasan gaji 3 bulan sahaja setelah dia berkhidmat selama 15 tahun!!!

Saya dapat bayangkan betapa susahnya hati dia apabila ditimpa kesusahan ini.Begitu mudah seseorang itu hilang pekerjaan dan tambah memeritkan ianya secara mengejut.Menurut cerita halim,si Azmi hanya menerima e-mail pemberhentian kerja daripada majikan pada hari Jumaat dan diminta “surrender” semua barang milik syarikat pada hari Isnin berikutnya.Begitu sahaja layanan yang diterima setelah 15 tahun berkhidmat….

Baiklah,lupakanlah dahulu kisah kawan saya si Azmi tue…Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah,apa akan terjadi kepada pembaca blog saya yang lain jika perkara ini menimpa anda pula?Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam peringkat pemulihan,bermacam perkara yang di luar dugaan mungkin berlaku.Mungkin,jika anda bekerja di sektor awam perkara ini agak jarang terjadi.Tetapi,jika anda bekerja di sektor swasta yang selalu berada dalam keadaan kompetetif,perkara sebegini tidak mustahil terjadi jika syarikat atau sesebuah organisasi sedang cuba untuk mengecilkan operasi seterusnya mengurangkan kos.

Jadi,seharusnya anda sudah sediakan payung sebelum hujan.Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak anda sudah tahu apa yang anda perlu lakukan.Di sini saya ada sedikit cadangan bagaimana anda boleh merancang pelan tindakan jika anda tiba-tiba ditawarkan untuk berhenti kerja(VSS) atau anda dipaksa berhenti kerja(MSS).

  • Mulai sekarang anda perlu mempunyai agihan simpanan atau tabung khas yang menyimpan dana untuk “pelan diberhentikan kerja”.
  • Cuba mencari-cari peluang kerja secara sampingan yang tidak mengganggu masa kerja utama anda seperti menjadi agen insuran pada hujung minggu,agen jualan langsung atau anda boleh melakukan perniagaan internet secara sambilan.
  • Anda perlu mula mencari satu kaedah pelaburan wang samada di unit amanah atau apa sahaja pelaburan yang dibenarkan kerajaan.Jika anda lakukan sekarang dan anda hanya diberhenti kerja selepas 10 tahun dari hari ini,tentu anda dapat bayangkan faedah yang bakal anda terima kelak.
  • Kepada anda yang pendiam dan takut untuk mempunyai ramai kenalan,nasihat saya ialah buangkanlah sikap itu.Mulai sekarang anda perlu ramaikan kawan dan membina “networking”.Kerana jika berlaku sesuatu masalah seperti anda diberhentikan kerja, anda tidak akan keseorangan dan mempunyai kawan yang ada pelbagai peluang yang lain.

Itu sahaja nasihat yang saya dapat berikan buat masa ini.Mungkin bagi anda situasi ini biasa sahaja kerana anda berasa anda tidak akan melalui perkara ini.Nanti dulu,cuba fikirkan semula keadaan di atas.Apa yang boleh saya katakan ialah,selagi anda masih lagi bekerja dan mendapat gaji bulanan,anda tidak boleh meletakkan diri anda di “comfort zone”.Selalulah berfikir kemungkinan-kemungkinan yang jarang berlaku kepada anda tetapi tidakĀ  mustahil untuk terjadi.

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com/

Share/Save/Bookmark

Selagi anda masih ada talian internet!!! Semangat yang hilang

9 Responses to “Tiba-tiba anda diberhentikan kerja!!!”

  1. smnoor says:

    Salam,

    Idea yang cukup menarik dan memerlukan tindakan segera..Hidup bagai putaran roda..Setiap tindakan memerlukan perancangan ,dengan adanya “back up plan” .InsyaAllah kita tidak mudah hilang halatuju.Artikel yg cukup menarik bro..

  2. rohadi says:

    Asm tuan, bagi yg tiada perancangan bagaimana dan di mana harus bermula.Apa tindakan yang harus diambil kerana ia akan bermula dari zero, jadi panduan bagaimana bermula adalah sangat penting serta bimbingan dari adalah amat perlu, tq

    • admin says:

      Ya,tindakan awal memang perlu diambil supaya tidak berlaku “panic” bila keadaan yang sebenar muncul.Rohadi,untuk mendapatkan panduan mengenai bagaimana ingin bermula,saya cadangkan anda tetap bersama saya di blog ini kerana saya akan memaparkan lebih banyak panduan dan bimbingan khasnya mengenai panduan perniagaan internet.Saudara juga boleh menghubungi saya di ruangan “hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut…

      • admin says:

        Sememangnya saya pernah merasakan satu kelainan yang amat janggal 4 tahun lalu ketika mula-mula terima VSS.Apa tidaknya,bila mana kita biasa menerima gaji setiap hujung bulan dan apabila rutin itu tidak berlaku lagi..sedikit sebanyak pasti akan berlaku juga sedikit konflik jiwa.Kepada pembaca yang lain,harap maklum bahawa kisah yang dinyatakan di atas adalah senario benar dan terkini.

  3. maximize_xp says:

    bagus info ni bro…
    saya selalu juga terfikir hal ni tapi masalahnya saya tak tahu macam mana nak mulakan bisnes online…saya tak tahu kehendak customer..tak tahu apa yg nak dijual…
    nak p seminar malas…

    • admin says:

      Tahniah kerana anda sudah mempunyai kesedaran kerana masa depan kita tiada siapa boleh meramalkannya melainkan kita perlu sediakan beberapa rancangan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Mengenai “malas nak pergi seminar” tue,saya rasa kurang tepat malah jika anda ingin mempelajari sesuatu,anda perlukan guru bagi mempercepatkan learning curve.Anda,juga boleh bermula dengan membuat kajian sendiri dan belajar dari buku-buku atau ebook tentang perniagaan internet.

  4. waka says:

    assalamualaikum

    bekerja sendiri dan pekerja majikan. kedua-duanya tiada jaminan masa depan sentiasa di atas.

    buatlah yang terbaik pada hari ini dan esok, insyaAllah ada jalan

  5. yusrizakaria says:

    jadilah tokey pulak…takkan nak jadi kuli sampai pencen…ambik-ambik lah apa2 kursus MARA ke, Jab Pertanian ke, Chef Li ke…untuk persiapan masa depan..renung-renungkanlah…

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.