Semangat yang hilang
Setiap benda yang bernyawa pasti mempunyai semangat…ada juga pendapat yang berkata bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai semangat.Jika tidak,tumbuhan atau pokok tidak akan berlumba-lumba untuk menjadi lebih tinggi bagi mendapatkan “lebih” cahaya matahari.Keadaan ini biasa kita nampak di kawasan hutan.
Bagi kita manusia,saya dan anda..tidak kiralah jika anda menjalankan perniagaan atau bekerja bagi pihak lain,semangat adalah satu faktor penting bagi mencapai kejayaan dan meneruskan kelangsungan hidup yang bermakna.Semangat juga mengandungi satu elemen penting iaitu “impian”.
Bagaimana jika kita kehilangan semangat?Sudah tentu anda hanya akan membiarkan hidup anda berlalu begitu sahaja.Ia akan sama sahaja seperti mesin yang hanya bergerak setelah diprogramkan.Tanpa program atau arahan ia adalah sebuah alat yang tidak berguna.Begitu juga manusia,semangat ingin tahu telah membawa manusia menjelajah angkasa lepas,menjejaki bulan dan pelbagai lagi pencapaian luar biasa.Contoh yang lebih mudah,tanpa semangat yang membara tidak mungkin seseorang pelajar mendapat “berbelas-belas” A di dalam peperiksaan SPM.Semua kejayaan itu bukan terjadi begitu sahaja,pastinya akan ada masalah atau halangan yang cuba menidakkan keinginan atau cita-cita tersebut.Semua perkara-perkara negatif itu hanya akan dapat diatasi oleh semangat juang yang tinggi dan perlu anda ketahui,tanpa semangat ingin tahu mengenai apa yang cuba saya sampaikan pada artikel kali ini..sudah tentu anda tidak akan membaca sehingga ke baris ayat ini
Saya ada beberapa kaedah yang saya sendiri praktikkan apabila saya mula merasakan yang semangat saya mula “bergoyang”.Biasalah,saya dan anda juga adalah manusia biasa.Jadi,mari kita sama-sama tengok apa yang selalu saya lakukan bagi mengatasi permasalahan ini.
- Berehat sebentar dari kerja-Antara sebab semangat kita boleh bergoyang adalah kerana beban kerja yang terlalu mendesak atau anda telah bekerja terlalu lama tanpa rehat.Situasi ini akan membuatkan anda “stress” dan hilang tumpuan sekaligus anda akan kurang bersemangat dan semangat “malas” pula yang akan datang.
- Cuba merehatkan mata dan melihat-lihat di sekeliling anda-Saya juga sering “mencuci mata” sebentar sambil memandang ke arah jalan raya atau pokok-pokok yang boleh di lihat dari ruang kerja saya.Seringkali saya rasa bersemangat semula untuk meneruskan kerja apabila ternampak tukang kebun yang begitu bersemangat mencari rezeki tanpa menghiraukan panas dan penat.Saya juga seperti mereka,perlu sentiasa bersemangat untuk mencari rezeki.
- Dengar lagu-lagu motivasi-Saya memang menyimpan MP3 lagu-lagu motivasi di komputer saya kerana saya rasa ia adalah satu pencetus semangat segera.
- Cuba berbual dengan orang yang tersayang-Saya sering juga menghubungi isteri saya dan bercerita serba sedikit mengenai hal-hal kerja saya yang terkini.Kadangkala, mendengar suara orang yang anda sayangi boleh membantu anda bersemangat semula bagi meneruskan kerja atau mencapai impian anda.Anda boleh juga menghubungi ibu bapa,suami,isteri atau anak-anak kerana pastinya anda bekerja keras untuk kebahagiaan mereka.
Mungkin anda juga punya cara tersendiri untuk membangkitkan semangat yang hilang.Jika anda tidak keberatan,silalah berkongsi dengan pembaca blog saya yang lain.Semoga,perkongsian idea anda itu akan dapat merubah kehidupan orang lain ke arah hidup yang lebih bermakna.
Kredit Video:YouTube



thanks!:D this article helps me~
perkongsian info yang berguna
Teruskan semangat mengejar impian..
Terima kasih kepada Nabil,diaien dan Nizam kerana sudi meninggalkan komen.
Alangkah seronoknya juka kita dapat menjalani hidup ni dengan adanya masalah..Ketahuilah tanpa masalah , kita tak akan hidup berjaya dan berdaya saing.Memang benar semangat kita akan hilang tanpa sebab kadang2, tapi semua tu boleh diatasi dengan banyak cara.Kita disini terlalu banyak semangat yang perlu dipulihkan dari hari ke hari dengan cara sibukkan diri dengan kerja2 harian,dimalam hari pula kita akan sibukkkan dengan bersukan or bersenam…
Viking,
Satu perkongsian idea yang simple tetapi sangat berfaedah.Semestinya setiap manusia mempunyai masalah mereka sendiri dan kita haruslah bijak dan menjadi “pengurus hidup” yang baik.Terima kasih di atas perkongsian anda.