Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Selagi anda masih ada talian internet!!!

Tiba-tiba saya terfikir,apa akan jadi kepada saya jika pada suatu pagi apabila saya “hidupkan” komputer dan tiba-tiba komputer saya tiada lagi sambungan internet?Ah..pening jugak nie…sedangkan saya sememangnya betul-betul bergantung harap kepada internet untuk mencari “makan”.Mungkin anda tidak pernah terfikir kerana mungkin anda tidak pernah mengalami masalah tersebut atau anda sememangnya tidak mahu berfikir ke arah itu.

Kepada mereka yang menggunakan internet sebagai sumber pendapatan kedua atau sampingan mungkin tidak akan tersentuh dengan perkara ini.Bagaimana jika anda adalah orang seperti saya yang bukan sahaja menggunakan internet untuk tujuan bersosial di facebook atau mana-mana laman sosial yang lain atau sekadar membalas e-mail daripada kenalan.Apa akan jadi jika usahawan internet tidak lagi mempunyai sambungan internet?Mari kita fikirkan bersama….

Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah,jika anda adalah seorang usahawan internet tidak kira sepenuh masa atau separuh masa…lebih baik anda gunakan sambungan internet yang ada pada komputer anda dengan berfaedah.Saya ingin berkongsikan perkara ini kerana saya juga pernah mengalami situasi ini-“Tiada internet=Tiada wang”.

Saya ada satu kisah yang mana saya sudah lupa dari mana saya baca dan saya mohon maaf kerana saya tidak dapat berikan “detail” mengenai siapa empunya kisah dan biar saya cuba olahkan mengikut kefahaman saya tetapi motif cerita tetap berkisar kepada bagaimana kita menghargai sumber internet yang ada pada kita.Kisahnya begini…

al-kisah,ada seorang pemuda yang benar-benar berada dalam keadaan kesusahan kewangan yang amat teruk,mempunyai hutang yang bertimbun dan sering menerima panggilan telefon serta surat menyurat dari pihak bank yang menagih hutang.Tiada apa yang tinggal pada beliau melainkan serba sedikit kemudahan asas sekadar untuk meneruskan nafas dan tempat berteduh yang menunggu untuk dilelong oleh bank.Tetapi,pemuda ini masih lagi mempunyai komputer dan talian internet yang akan dipotong 30 hari lagi jika pembayaran tidak dilakukan.Akhirnya,beliau cuba untuk mengadu nasib dengan mencuba menghantar e-mail kepada beberapa orang “internet guru” meminta sedikit nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan sementara menunggu 30 hari lagi sebelum talian internet dipotong.Akhirnya,setelah beberapa hari e-mail-email yang dihantar kepada “internet guru” tersebut dibalas.dan apa yang paling menyentuh perasaan ialah ada satu saranan daripada seorang “internet guru” yang mengajar supaya pemuda ini menganggap bahawa dia sudah tiada pilihan lagi,samada dia perlu berusaha dalam masa 30 hari yang ada atau mati pada hari yang ke-31.Akhirnya,pemuda ini memilih untuk berusaha dengan sumber internet yang ada dalam masa kurang daripada 30 hari.Tetapi,bagaimana caranya..?? Dia bertanya kepada “internet guru” tersebut…”internet guru” tersebut bertanya,sudah berapa banyak email yang dia perolehi hasil daripada pertanyaan mengenai permasalahan beliau kepada “internet guru” yang lain?Pemuda itu memberitahu bahawa ada terdapat beberapa nasihat berguna yang diterima daripada beberapa orang “internet guru” melalui email.Akhirnya,guru tersebut mencadangkan kepada pemuda itu,kenapa tidak jika dia mengumpulkan nasihat-nasihat berguna tersebut dan dijadikan sebuah ebook yang bertajuk “Internet 30 hari atau mati”.Akhirnya,selepas menurut nasihat “internet guru” tersebut,pemuda itu berjaya menjual ebook itu dan menyelamatkan dirinya daripada mati pada hari yang ke-31.

Begitulah kisahnya serba sedikit yang saya ingat.Tetapi,jika anda mempunyai kisah atau versi yang sebenar,sila beritahu saya kerana saya ingin dapatkan “detail” mengenai siapa penulis dan dari mana asalnya cerita ini.Tapi,apa yang penting di sini ialah bagaimana kita menggunakan internet secara bijak dan jangan selalu hilang kawalan apabila anda menggunakan internet.Tidak salah jika anda memperuntukkan sedikit masa untuk tujuan bersosial atau berhibur dengan permainan online di internet.Tetapi,anda mesti siapkan segala tugasan anda terlebih dahulu.Bayangkanlah jika anda berada dalam kisah seperti “pemuda” di atas yang hanya mempunyai 30 hari sahaja sambungan internet…..

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com

Share/Save/Bookmark

Produk baru peneraju pasaran? Tiba-tiba anda diberhentikan kerja!!!

7 Responses to “Selagi anda masih ada talian internet!!!”

  1. UstazCahaya says:

    Cerita yang menarik Yuz. Sekali baca macam fantasi, tapi sekali fikir.. Tidak mustahil:-)

    Teringat filem 2012. Manusia menjadi ‘ganas’ untuk terus hidup macam watak Yuri.. tapi hero-hero tetap dengan prinsip kasih sayang dan pedulikan orang lain, terutama watak Adrian dan Presiden.

    • admin says:

      Aisey man..malam ini saya baru nak tengok citer 2012.Saya baru sahaja beli “online ticket” show time jam 9:40 mlm nie…Anyway,ustaz nie kalau bagi komen,apa yang dipandangnya boleh dijadikan kiasan.Terima kasih kerana sudi memberikan komentar terbaik buat pembaca blog saya…

  2. UstazCahaya says:

    Oh ya.. saya pun baru berkesempatan tonton 2012 hari ra aidil adha tu hari. Tu pun sepupu yang bagi pinjamkan dvd.

    Anyway, selamat menonton. Bersedialah untuk ‘ngilu’ gigi dengan ’sound effect’ movie tu:-)

    • admin says:

      Saya dah tengok citer 2012 nie..boleh tahan jugak jalan ceritanya…kesian jugak kat pilot yuri tue..apa nama dia..shasa…?tapi,mmg bagus sound effect-nya dan kesan visual.

  3. smnoor says:

    Salam,
    Langkah terbaik setiap tindakan perlukan perancangan.Gagal plan A kita sepatutnya telah bersedia dengan plan B.Kalau Dua2 plan “kantoi”jugak..Korang kenalah muhasabah diri..he.he.Adalah lah kat mana-mana dak kena…

    • admin says:

      yer..muhasabah diri pun penting jugak…kadangkala kita tak perasan kita ada buat silap.Mungkin silap sesama manusia dan mungkin juga cara yang kita pilih tak diredhai Allah.Mungkin ustazcahaya boleh tambah sikit bab muhasabah diri ni.

  4. yusrizakaria says:

    selalu ingat yang lima sebelum datang yang lima….

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.