Percaya pada diri sendiri
Percaya atau tidak bahawa kepercayaan kepada diri sendiri merupakan satu kuasa yang mampu mendorong kita untuk lebih maju kehadapan dari hari ke hari.Anda yang boleh menunggang basikal tentu masih ingat lagi kenangan bagaimana anda mula-mula belajar menunggangnya dahulu.Salah satu sebab mengapa anda boleh menunggang basikal ialah anda percaya kepada diri sendiri.
Saya mula belajar menunggang basikal ketika saya berumur 6 tahun.Pada waktu itu saya tidak faham pun langsung apa itu konsep percaya kepada diri sendiri.Apa yang saya tahu pada ketika itu ialah saya mesti pandai menunggang basikal supaya saya dapat berkawan dengan rakan-rakan di kawasan tempat tinggal saya dan berbasikal bersama-sama mereka pada waktu petang.Lagi satu,saya berharap supaya ayah dapat melihatĀ saya boleh menunggang basikal dan ayah akan tergerak hati membelikan sebuah basikal kepada saya kelak.

Jadi,setiap petang selepas ayah pulang dari kerja,saya akan mencuri peluang untuk meminjam basikal ayah dan belajar menunggang basikal.Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman belajar naik basikal untuk orang dewasa pada ketika berumur 6 tahun seperti saya.Pasti anda mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan.Akhirnya setelah bersusah payah dan banyak kali mencium tanah,akhirnya saya pun jadi pandai menunggang basikal.
Setelah saya agak dewasa dan sudah boleh mula berfikir,saya renung kembali basikal yang ada di depan mata saya..masa tue ayah dah belikan saya sebuah basikal
Saya terfikir bagaimana basikal yang mempunyai 2 roda boleh menampung berat badan saya dan boleh bergerak tanpa jatuh?Ia sama sahaja seperti motosikal yang mempunyai 2 roda.Kenapa basikal tidak diciptakan dengan 4 roda supaya orang tidak perlu bersusah payah belajar mengimbangkan badan dan tidak perlu takut jatuh..? Persoalan itu bermain di fikiran saya sehingga saya mendapatkan jawapan dari sudut saintifik tentang teori imbangan ketika di sekolah menengah.
Semalam,ketika sedang berehat di taman permainan,saya terserempak dengan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal.Tetapi di zaman ini mereka menunggang basikal dengan mempunyai 2 roda kecil di belakang dengan tujuan supaya tidak jatuh.Semasa saya kecil dahulu basikal ayah tiada roda kecil seperti itu
Saya termenung sebentar,apa dia faktor yang menyebabkan saya boleh menunggang basikal tanpa bantuan 2 roda kecil itu?Akhirnya,setelah saya tenung basikal kanak-kanak itu dan cuba bandingkan dengan basikal ayah dahalu..ternyata,jawapannya tidak terletak pada basikal itu.Ianya terletak kepada kepercayaan kepada diri sendiri…Ya,percaya kepada diri sendiri merupakan satu faktor penting yang menyebabkan saya berjaya menunggang basikal dengan mengenepikan perasaan takut,sakit akibat jatuh dan dimarahi emak kerana tidak serik-serik pulang ke rumah dengan baju yang kotor.
Jadi,saya anggapkan bahawa jika kita mempunyai sesuatu keinginan atau cita-cita.Faktor yang paling penting dan perlu ada di dalam diri kita ialah “percaya pada diri sendiri”.Apabila kita sudah mempunyai elemen ini di dalam diri,nescaya tidak ada satu faktor halangan pun yang boleh menghalang anda dari berjaya.Sesuatu kejayaan itu akan lebih manis lagi apabila ia melalui pelbagai liku dan pengalaman pahit manis dan akan menjadi kenangan seumur hidup.
P/S:Terima kasih kepada “basikal ayah” yang bukan sahaja ayah gunakan untuk ke tempat kerja,malah memberikan saya pelajaran tentang erti hidup ini.



kisah yang menarik dan ada menyelitkan unsur muhasabah diri…”lebih ramai manusia yang nampak sesuatu berbanding mereka yang melihat”
wah..sangat mendalam maksud kata-kata anda.
Cukup menarik dan bererti untuk yg mengerti dan memahami..sekadar mengerti dan memahami tidak cukup untuk membuat kita “percaya pada diri sendiri”
betul kata abg karno,kena praktis juga supaya lebih faham dan akan lebih kuat kepercayaan kepada diri sendiri.
Yakin pada diri sendiri merupakan kunci kejayaan walau hanya dengan belajar menunggang basikal. Faktor tersebut sesuai diamalkan walau dalam apa pekerjaan yang kita lakukan sekalipun…
Terima kasih di atas komentar anda yang positif.Semoga anda sukses dan punya keyakinan pada diri sendiri yang teguh.
Untuk mengayuh basikal tidak dapat diajar. Kita mencuba dan dengan latihan kita mampu mengimbangi diri.
Banyak benda dalam kehidupan seperti mengayuh basikal. Baca dan balajarlah bagaimana sekalipun, tanpa latihan dan jatuh bangun.. mustahil untuk berjaya:-)
Terima kasih ustaz atas ulasan anda yang membina.Ohya,program yang saya janjikan dengan ustaz dalam proses dan akan dijangka siap pada hujung bulan ini.Nantikan email dari saya