Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Fokus atau matlamat dahulu?

Saya selalu dengar tentang orang ramai bercakap mengenai fokus.Apa itu fokus sebenarnya?

Bagi saya fokus adalah satu “tools” atau teknik yang kita gunakan untuk mempercepatkan perjalanan atau “progress” ke arah mencapai sesuatu matlamat.Selalu juga saya terdengar tentang orang membincangkan mengenai matlamat dahulu atau fokus dahulu?

Bagi saya biarlah kita “setkan” dahulu matlamat dan kemudian baru kita fokus dan ada segelintir orang berpendapat bahawa tanpa fokus pun kita boleh mencapai matlamat.

Baiklah,biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak…ia berkenaan kanta pembesar yang saya gunakan untuk mengfokuskan cahaya matahari ke atas sekeping kertas.

Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.

Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.

Mungkin anda pula mempunyai pengalaman dan pendapat yang lain atau berbeza.Jika anda rasakan pengalaman dan pendapat anda boleh membantu orang ramai.Sila postkan di sini.Saya sangat mengalu-alukannya.


Share

4 Responses to “Fokus atau matlamat dahulu?”

  1. Ustaz Cahaya says:

    Salam Cekgu Yuz;-)

    Artikel yang menarik dan kisah kucing yang agak lucu;-)

    Susah menembak objek yang bergerak. Jika hendak menembak rusa, tunggulah ia berhenti jangan menembak ketika ia berlari. Begitu yang saya baca dalam buku Razzi Armansur- Hendak Susah ataupun Senang. Jika hendak senang, tetapkan matlamat dan fokus.

    Begitu juga dalam amal ibadah seorang muslim. Kita diajar untuk fokus. Dalam solat contohnya, dari sebelum solat kita sudah fokus iaitu semasa tertib dalam berwuduk. Semasa solat pula kita diwajibkan menghadap kiblat. Salah satu sebab untuk menghadap kiblat ialah supaya kita umat Islam mempunyai matlamat untuk mengunjungi Kaabah yang kita hadap 5 kali sehari itu.

    Dalam solat juga kita dituntut untuk khusyuk. Antara unsur khusyuk itu ialah fokus. Fokus dalam perbuatan solat kita dan fokus dalam tujuan solat kita.

    Jika diperhatikan dalam syariat Islam, boleh dikatakan semuanya kita diajar untuk mempunyai matlamat dan untuk fokus.

    Hendak saya tuliskan di sini nanti melawan taukey pula. Yela, nanti komen lebih panjang dari post pula;-) Heh2

    • admin says:

      Salam ustaz,

      Lama kita tak “skype”.btw,ulasan yang ustaz bagi penuh dengan nilai
      ilmu..teruskan selagi ia mendatangkan manfaat kepada kita semua.

  2. Fazli says:

    wow… good example. tak terfikir lak selama ni untuk menjadikan kucing sebagai contoh.
    kalau matlamat adalah kucing tersebut. saya rasa perlu juga kita kejar dan tangkap kucing tu.
    apa pendapat coach?

    • admin says:

      Salam,

      Kucing tue hanya sebagai contoh saja :)
      Tapi,bagi saya,kalau dah “kucing” matlamat kita..maka kita perlu
      tangkap kucing itu jangan bagi lepas.

      just my 5 cents.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.