Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Ada masanya,kita perlu “beransur”

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Saya masih lagi rasa teruja akibat kemenangan pasukan bolasepak Malaysia yang telah menang selesa ke atas pasukan Laos dalam perlawanan bolasepak peringkat separuh akhir Sukan SEA ke-25.Jumlah jaringannya pun agak baik,Malayisa 3 – 1 Laos.Tahniah Malaysia.

Oklah,hari ini saya ingin menulis mengenai satu perkara yang berlaku kepada diri saya baru-baru ini.Ia berkenaan beberapa projek yang saya belum siapkan dan terdapat jemputan untuk menyertai projek atau JV dengan rakan bisnes yang baru.Saya sebenarnya ingin memohon maaf kerana saya akhirnya terpaksa menolak beberapa jemputan JV di saat akhir.Bukan saya tidak berminat atau ingin menolak mentah-mentah…Tetapi,saya telah meletakkan diri saya supaya berada di dalam “baju saya sendiri”.Memang tidak dapat dinafikan,adanya projek bermakna akan adanya juga imbuhan.Tetapi,pada masa yang sama,tanpa saya sedari..masa begitu mencemburui saya..ternyata di saat berakhirnya tahun 2009 saya semakin sibuk dalam usaha untuk menyediakan rancangan untuk tahun depan dan pada masa yang sama saya juga perlu lakukan “post mortem” bagi menilai semula prestasi bisnes sepanjang tahun ini.Jadi,terpaksa juga saya katakan “tidak” kepada beberapa projek yang datang baru-baru ini.

Bagi saya,sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan cermat dan penuh perancangan.Jika anda hanya inginkan banyak “kerja” atau JV.Saya rasa,suatu hari nanti anda akan tenggelam di dalam dunia anda sendiri tanpa dapat mencapai apa-apa pun.Ini kerana anda akan ditimpa masalah “ketidakcukupan masa” dan hasil kerja yang dilakukan tidak akan mencapai tahap sebenar reputasi dan kebolehan sebenar anda.Jadi,nasihat saya,jika anda memang betul-betul mempunyai kemahiran dan di samping itu ada juga masa yang cukup..anda bolehlah terima tawaran JV.Tetapi,jika kerja anda sendiri kebetulan memang banyak dan pada masa yang sama anda ingin tambah lagi kerja..elok difikirkan masak-masak.Takut nanti,keyakinan orang atau rakan JV akan terhakis kerana sikap anda yang tidak mempunyai jadual kerja yang betul.

Kerja-kerja yang dilakukan secara tergopoh gapah sememangnya akan menghasilkan sesuatu yang punya banyak kelemahan.Anda perlu bijak mentafsirkan maksud saya,ia sememangnya berbeza antara bekerja secara “tergopah gapah” dengan “bekerja pantas”.Speed=income..more speed=more income..kalau tergopah gapah pula bagaimana..?apa pula bidalan yang sesuai diletakkan di sini?

Jadi,saya sekali lagi ingin memohon maaf kepada rakan-rakan saya yang baru..anda sebenarnya sudah menjadi rakan bisnes saya..Siapa tahu,di tahun 2010 kita akan dapat bekerjasama dalam satu projek..Cuma,buat masa ini..biarlah saya “beransur” dulu.

Kredit imej:Cartoon Stock

Share

3 Responses to “Ada masanya,kita perlu “beransur””

  1. smnoor says:

    Salam,

    Mungkin kadang-kadang kita perlu mengingati/menghayati peribahasa..”yg di kejar tak dpt yg dikendong keciciran..”Mungkin juga yg dkejar dpt,tapi apakah sesempurna yg kita harapkan..Artikel yg baik bro..thanks..

  2. Taufik Ramly says:

    Sememangnya kita kadang-kadang perlu mengukur badan sendiri dan menilai semula apa yang mampu dan boleh dilakukan.

    Masa itu emas dan penyeliaan masa itu adalah penting bagi kita.

    Terima kasih kerana artikel ini mengingatkan saya kembali mengenai diri, kehendak dan masa kita yang perlu diselia dengan sebaik mungkin.

    Sesungguhnya hidup di dunia ini amat singkat!

  3. UstazCahaya says:

    Yuz, Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin:-)

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.