Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Tiada Lagi “Bad Rating”

Baru-baru ini,pihak lelong.com.my telah menarik balik fungsi “bad rating” yang diberikan kepada para penjual.Maka,dengan bahasa mudahnya para pembeli atau pembida tidak akan lagi menerima “bad rating” dari para penjual.Tetapi,fungsi-fungsi lain seperti memberikan “good” atau “neutral” rating masih lagi beroperasi seperti biasa.

Menurut pihak lelong.com.my,mereka telah kehilangan ramai para pembeli di laman web mereka gara-gara tindakan para penjual yang memberikan “bad rating” secara melulu.Menurut lelong.com.my lagi,mereka telah terlalu banyak memohon maaf kepada para pembeli yang menghubungi mereka bagi pihak penjual tanpa pengetahuan para penjual.Jadi,sebagai langkah untuk mengelakkan lelong.com.my kehilangan ribuan pelanggan maka fungsi “bad rating” telah “dihilangkan” dari skrin komputer para penjual.

Bagaimana jika ada para pembeli yang memang sengaja menimbulkan masalah?Antara masalah yang sering ditimbulkan oleh mereka ialah “joy bidder”-pembida palsu dan “Non-paying bidder”-Pembida yang tidak membayar.Pihak lelong.com.my telah menegaskan bahawa para penjual boleh mengelak dari berurusan dengan pembida seperti ini dengan mengaktifkan fungsi “blaklist bidder”.Kaedah ini akan menyebabkan “user name” pembida itu tidak akan mendapat akses untuk membida barangan di mana-mana “store” yang menyenaraihitamkan mereka.Walau bagaimana pun,fungsi “bad rating” masih lagi aktif dan boleh digunakan oleh pembida ke atas penjual.

Berkemungkinan anda sebagai penjual atau pembeli mempunyai pendapat masing-masing bagi isu ini.Jika anda rasakan tindakan ini akan memberikan impak yang berbeza kepada industri lelongan online sila kemukakan pendapat anda di sini.Saya akan cuba membawa segala usul anda kepada pihak lelong.com.my

Share/Save/Bookmark

Produk Fizikal Di Internet PERCUMA-Panduan Asas Lelong.com.my

9 Responses to “Tiada Lagi “Bad Rating””

  1. Fazli says:

    saya rasa ini adalah keputusan yang terbaik utk lelong skrg. jika keadaan lama diteruskan takut tak ramai buyer dah. sbb pendaftaran lelong dihadkan seorang satu akaun. jika ada orang frust problem juga pada lelong.

  2. admin says:

    Terima kasih Fazli atas pendapat anda…

  3. sHAIFUL says:

    mmg patut pon dihampuskan bad rating tu.. seller bnyk yang yang bagi bad rating kat buyer yang menang.. walau bayar cepat camne pon kalau kita rate seller neutral ke bad ke diaorang akan rate balik bad kat kita.. tapi certain2 seller lah.. buat aku hangin je.. anyway wising u all he best ‘LELong’..

    • admin says:

      Terima kasih di atas pandangan anda shaiful.Nampaknya anda adalah salah seorang lagi yang menyokong tindakan pihak admin lelong.com.my.Mungkin kita akan mendengar pula pandangan para penjual pula di sini.

  4. deanna says:

    ada penjual yang jual barang so so je,tp letak description as AAAA+++ so tak fair lah…of course kena bagi bad rating kalau benda tak ada kualiti as said dalam description barang kan….ada juga seller kata,tak terima payment padahal bank kata dah masuk dalam account dorang…saya dah dua kali kena,and still perkataan 1 non-paying bids tu ada kat profile saya….malas nak bertekak dengan orang macam tu…bila kensel bid,kena denda and black list la plak…tak apa lah,rezeki masing2 kan ….

  5. shafez says:

    sy sokong cdgn pihak lelong.com.my kerana ade sesetengah para penjual terlalu cepat bg bad rating…padahal dorang xtau ke kdg2 internet slow@xde ms@byk lg perkara yg berlaku…think about it…
    satu lg perkara yg sy xpuas ht kpd sesetengah para penjual ialah item yg dijual xsama langsung dgn item yg dipaparkan…sy dh terkena 2x dh ni…mls nk bertekak terima je la brg tu…pnh sekali beli brg sampai dekat 3bln tunggu padahal barang tu sy nk bagi hadiah utk my bro…sadis betul…ckp brg 2 dh pos la tp xsampai2 pun kt umh…bl dh sampai brg xsama dlm paparan n kurang 1 barang plak 2…letak mcm brg original tp brg yg sampai 2 blh dpt lg murah lg kt mn2…asyik2 nk ingatkan dia je ttg item 2…suruh contact penjual 2 tp xbg no hp,bl bg email berkurun nk menunggu dia pny email…
    panas je hati…
    customer is always right…

  6. gusdur says:

    Tapi,saya rasa lelong perlu adil…kalau nak tarik fungsi bad rating..lebih baik tarik dari seller dan bidder jugak..kalau sebelah pihak saja..samalah macam gambar jongkang jongket kat atas tue…berat sebelah…

  7. Hadi Kamarudin says:

    Saya hanya pernah melihat2 lelong.com.my, tp belum lagi membeli atau menjual produk melaluinya. Bagi saya, mungkin isu seperti ini pernah dihadapi oleh pelbagai web lelongan yang lain, sebagai contoh eBay.com, bagaimana mereka atasinya? Mungkin kita boleh banyak belajar daripada mereka =)

    • admin says:

      Terima kasih Hadi kerana sudi memberi komen anda walaupun anda belum menjadi ahli di lelong.com.my.Mungkin,satu hari nanti Hadi akan berkesempatan untuk cuba membeli atau menjual sesuatu di situ.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.