Safetrade

Anda pernah dengar atau tahu apa istilah “safetrade” di dalam lelong.com.my?Mungkin ramai yang masih belum tahu.Baiklah,biar saya terangkan di sini apa itu “safetrade”.
“Safetrade” membawa maksud sesuatu transaksi di lelong.com.my yang akan menggunakan pihak pengurusan lelong.com.my sebagai orang tengah.”Safetrade” ini sebenarnya lebih berfaedah kepada pembeli atau pembida.Bila mana sesuatu transaksi yang ingin menggunakan kaedah “safetrade”.Pihak membeli akan memohon atau meminta transaksi melalui kaedah ini dan pihak penjual pula akan diberi pilihan samada untuk menerima permohonan ini atau sebaliknya.Jika persetujuan dicapai barulah safetrade ini terjadi dan jika tidak maka tiada transaksi berlaku.
Kita mengambil contoh jika “safetrade” berlaku.Kronologinya adalah seperti ini.Pihak pembeli memohon untuk menggunakan kaedah pembayaran secara “safetrade” dan pihak penjual bersetuju.Setelah itu pihak pembeli akan melengkapkan segala butiran diri seperti alamat penghantaran dan nombor telefon dan melakukan pembayaran kepada pihak lelong.com.my beserta caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak lelong.com.my.Setelah pihak lelong.com.my menerima pembayaran itu mereka akan mengarahkan pihak penjual menghantarkan barangan yang dibeli kepada pembeli menurut butiran yang telah disediakan oleh pembeli.Setelah pembeli menerima barangan tersebut dan berpuashati barulah pihak lelong.com.my akan membayar harga belian tadi kepada penjual.
Menurut peraturan di dalam lelong.com.my,sesiapa yang berkehendakkan transaksi melalui “safetrade” samada pembeli atau penjual maka pihak itulah yang akan menanggung yuran perkhidamatan “safetrade” tersebut.Yuran perkhidmatan akan dicaj seperti berikut:
Harga jualan=0-RM2500 –> Yuran “safetrade” ialah RM2.00 atau 2% daripada jumlah jualan(maksima RM25.00)yang mana lebih tinggi.
Contoh:Jika harga barangan ialah RM1000 maka cajnya ialah RM20.00 dan bukannya RM2.00.
Jika harga barangan ialah RM30.00 maka cajnya ialah RM2.00 dan bukannya RM0.60.
Caj tambahan yang lain ialah:
-Jika anda membayar kepada pihak lelong.com.my melalui Maybank2u.com.my maka akan ada caj tambahan sebanyak 3% lagi yang dicaj oleh pihak bank.
-Jika anda membayar menggunakan pembayaran terus ke akaun bank pihak lelong.com.my seperti menggunakan “cash deposit”,interbank atau mana-mana “online banking”.Maka,tiada caj lain yang dikenakan.
Jadi,anda sudah nampak apa kelebihan kepada pembeli jika mereka memohon menggunakan kaedah “safetrade” ini?Bagaimana pula dengan pihak penjual yang kadangkala enggan menerima pembayaran melalui kaedah ini.Saya akan mengupas mengenai persepsi dan pandangan para penjual di lelong.com.my berkenaan “safetrade” ini pada artikel akan datang.


Terima kasih kerana beritahu tentang SafeTrade ini kepada saya. Saya ingatkan SafeTrade ni bagus untuk kedua-dua belah pihak. Rupa-rupanya ada sikit kekurangan bagi penjual
Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut dalam “safetrade” bahagian kedua.
Hello, please reply.
Saya kurang faham la. Contohnya saya membeli Graphic Card dari seorang seller kat Lelong tu, dan saya menggunakan safetrade, adakah safetrade tu sebenarnya memberikan kita lebih banyak kelebihan atau kekurangan? Dan cara adalah seperti ini ker?
Saya nak guna safetrade utk beli graphic card ni, dan saya bankin kat Lelong. Lelong pula yang akan berurusan dengan penjual tu. Mcm tu ker? Err x faham la..hehe..boleh terangkan tak..
Hi,
Oklah, saya akan terangkan mengenai safetrade. Safetrade ini adalah satu option bagi si pembeli di mana, jika ia kurang yakin dengan dengan seseorang penjual, dia boleh meminta untuk melakukan safetrade. Safetrade ialah di mana, penjual perlu menghantar barang kepada pembeli dan setelah pembeli berpuashati dengan barang tersebut, barulah penjual akan menerima bayaran.
Walaubagaimana pun, tidak semua penjual menerima kaedah safetrade ini. Mereka berhak untuk menolak permintaan dari pembeli. Apa yang penting di sini ialah, jika anda ingin membeli sesuatu barangan dari protal lelong.my. Sila perhatikan dulu “rating” yang sudah dikumpul oleh penjual tersebut. Jika banyak sangat -ve negative, saya nasihatkan anda jangan lakukan urusniaga.
ape maksud safetrade secara ringkas, padat, dan mudah difahami
Hi,
Secara mudah safetrade berfungsi seperti ini. Anda sebagai pembeli ingin membeli barang A dari seorang penjual. Secara umumnya, transaksi di internet memerlukan si pembeli(anda) membayar dahulu harga barangan dan selepas bayaran diterima oleh penjual, baru barang A dihantar kepada anda. Makna kata, bayar dulu baru dapat barang.
Tapi, anda sebagai pembeli mungkin risau ditipu oleh penjual. Maka anda boleh mendapatkan bantuan “orang tengah” iaitu pihak lelong.com.my untuk bertindak membeli bagi pihak anda. Jadi, anda akan membayar harga barangan itu berserta caj perkhidmatan kepada pihak lelong.com.my, setelah itu pihak lelong.com.my akan mengarahkan penjual menghantar barang A kepada anda. Setelah anda menerima barang tersebut dan berpuas hati, anda akan memberitahu pihak lelong.com.my yang anda gembira dan seterusnya membenarkan bayaran dibuat kepada penjual. So, dalam situasi ini, pihak penjual akan menerima bayaran setelah pelanggan menerima barang dan berpuas hati…