No “Safetrade”
No “safetrade” adalah sambungan daripada artikel “safetrade” yang lepas.Pada kali ini saya ingin mengupas mengenai pandangan “safetrade” di kalangan para penjual di lelong.com.my.Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kaedah “safetrade” tidak popular di kalangan penjual dan kebanyakkan daripada mereka akan mengelak daripada “tick” “check box” yang memberikan pilihan “safetrade” ini.
Kenapa begitu?Adakah terdapat masalah atau kekangan yang menyebabkan ramai penjual tidak gemar menggunakan “safetrade”..?Saya ada membuat beberapa kajian ke atas beberapa “member store” dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri.Daripada pandangan peribadi saya,dapat dirumuskan bahawa penggunaan “safetrade” hanya akan mengurangkan untung bersih penjual serta merugikan masa.
Mengapa saya berkata begitu..?Ini kerana apabila seseorang penjual bersetuju menggunakan “safetrade” maka secara automatik pembayaran barang yang dijual adalah dari pihak Lelong.com.my dan kebiasaannya pembayaran ini akan lewat masuk ke akaun bank penjual lebih kurang 3 hari.Tambahan lagi,pihak Lelong.com.my akan cuba memujuk anda menggunakan “i-Account” dalam membuat pembayaran dan jika anda tidak mahu menggunakan kaedah pembayaran melalui “I-account”.Maka,anda boleh menggunakan kaedah “online transfer”.Tetapi,anda akan dicaj RM2.00 bagi setiap transaksi.
Jadi,saya membuat andaian bahawa faktor-faktor tersebut telah membuatkan para penjual di lelong.com.my tidak berminat untuk menggunakan “safetrade” kerana mereka sebenarnya boleh mendapatkan pembayaran awal dan secara langsung daripada pemenang bidaan dan tanpa perlu dikenakan apa-apa caj lain.
Fenomena kurangnya populariti “safetrade” di kalangan penjual membawa kesan kepada kurangnya pendapatan pihak Lelong.com.my dari segi caj perkhidmatan.Perlu diingat bahawa Lelong.com.my akan memperolehi keuntungan berupa caj perkhidmatan ke atas setiap urusan yang melalui “safetrade”.Jadi,bagaimana caranya pihak lelong.com.my boleh melakukan promosi “safetrade” ini dan seterusnya menambahkan pendapatan mereka?Tiada ada cara lain melainkan mendorong para penjual meletakkan “kesanggupan” mereka menerima “safetrade” sebagai salah satu cara urusniaga.Bagaimana perkara ini boleh menjadi kenyataan sedangkan para penjual tidak berminat dan seboleh mungkin mengelak dari menggunakan kaedah ini.
Tanpa anda sedari,anda sebenarnya sedang mempromosikan “safetrade” kepada semua pelanggan anda…mengapa saya berkata begitu sedangkan anda kata anda tidak “tick” “check box” yang menawarkan “safetrade”…?Lebih-lebih lagi kepada para pemilik “member store” kerana mereka seawal masa telah “setting” cara pembayaran mengikut citarasa dan keperluan masing-masing.
Ya betul,anda semua tidak memilih untuk menawarkan “safetrade” kepada pelanggan anda tetapi,tanpa anda sedari selepas anda “post” satu iklan barangan secara automatik pihak lelong.com.my telah mengaktifkan “default setting” untuk “safetrade”.Ini bermaksud,walaupun dari awal anda telah tidak memilih menawarkan “safetrade” tetapi apabila iklan anda muncul di lelong.com.my anda akan dapati terdapat logo “safetrade” muncul di bahagian akhir iklan anda bersebelahan dengan logo “lelong verified member”.Jadi,logo itu seolah-olah memberitahu bahawa anda bersedia menawarkan “safetrade” kepada pelanggan anda walaupun sebenarnya tidak.Jadi,itu yang saya maksudkan anda hampir tidak boleh mengelak dari menggunakan “safetrade” dan seterusnya memberikan pendapatan kepada lelong.com.my
Bagaimana jika anda benar-benar tidak mahu menggunakan keadah “safetrade” ini…?Adakah cara untuk mengelakkan dikenakan caj “online banking” dan pembayaran barangan yang agak lewat?Jawabnya sudah tentu ada..Tetapi,saya tidak dapat menerangkannya di sini.Kepada sesiapa yang berminat ingin tahu.Sila hubungi saya dengan memberikan komen di sini dan saya akan menghantarkan maklumat tersebut terus ke email anda.



Itulah yang berlaku pada kali pertama saya post list ke lelong dulu. Saya tidak tahu apa itu safetrade dan ia pula di tick secara default, saya tidak berani untuk untick. Saya gunakan SafeTrade dengan kefahaman untuk memberi lebih banyak pilihan bayaran kepada pelanggan. Tapi, bila yuz beritahu saya pasal safetrade dan cas RM2 tu, saya mula berfikir kembali..
Tapi banyak juga saya lihat power seller di lelong yang gunakan safetrade.. Mungkinkah logo safetrade di bawah lelongan kita itu ada impak nya?
yer…mungkin ada impaknya…kita tengok apa komen Yuzafi
Bagi saya,safetrade mungkin boleh menggambarkan tahap “serius” seseorang seller iaitu dengan menambahkan keyakinan para pembida/pembeli.Untuk seller yang menggunakan kaedah auto-relist dan kemungkinan terlalu banyak barangan yang dijual,kemungkinan mereka tidak berkesempatan dalam mengubah/edit setiap posting mereka.
Terimakasih atas maklumat berguna ini