Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Bermula dengan sesuatu…

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya…

Saya telah terima satu maklumbalas dari salah seorang pelanggan saya mengenai satu isu yang memang boleh menjadi penyebab kepada runtuhnya moral seseorang untuk berniaga.Tidak kira berniaga di internet atau berniaga secara biasa/offline.

Persoalannya begini,“adakah saya patut untuk tidak memulakan perniagaan apabila saya menyedari adanya persaingan yang terlalu kompetetif di sesuatu pasaran?”Di sini saya mempunyai 2 jawapan.

1.Jawapan yang mudah dan tipikal ialah,berhenti saja dari memasang niat untuk berniaga apabila anda adalah seorang “new comer” atau “newbie”.Sudah pasti anda tidak akan mampu bersaing dengan peniaga lain yang mempunyai sistem dan pengalaman yang luas.Jika anda suka jawapan seperti ini..tamatkan saja pembacaan di siniĀ  kerana jawapan yang kedua pastinya bukan untuk jiwa anda.

2.Jawapan yang ini bukan mudah untuk anda selami,ini kerana ianya memerlukan banyak kajian,pemerhatian,pencarian pengalaman dan perlu dapatkan maklumat yang paling baik mengenai barangan yang anda ingin jual dan kawasan pasarannya.Anda akan cepat mendapat ilmu kerana anda sedang bersaing dengan “lawan” yang cukup berpengalaman dan menguasai pasaran.Jadi,jika anda gagal untuk percubaan kali pertama,saya yakin anda telah mempelajari banyak perkara yang berharga dan saya jamin anda tidak akan berhenti di sini saja,Anda akan teruskan sehingga anda akan mendapat “rentak” dan mampu bersaing dengan pesaing anda.

Jadi,anda sudah nampak sekarang apa yang saya maksudkan?Saya pasti akan ada lebih 80% yang akan memilih jawapan tipikal(selamat).Selebihnya, ada di antara mereka yang baru cuba untuk memulakan perniagaan di internet.Saya sangat galakkan dan bagi saya,“bermula dengan sesuatu” itu adalah lebih baik…Jadi,teruslah berusaha dan jika ada apa-apa pertanyaan,silalah hubungi saya.Saya bersedia untuk membantu anda sedaya yang mungkin.

Share

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.