Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Awas pembeli dari Nigeria

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya…maaf kerana kebelakangan ini saya agak sibuk dengan beberapa projek yang perlu disiapkan…Jadi,masa agak terbatas untuk menulis di sini.

Oklah,pada kali ini saya nak kongsikan mengenai salah satu fenomena yang kerap terjadi kepada penjual telefon bimbit di lelong.com.my/mudah.my dan eBay iaitu “approach” dari pembeli yang berada di Nigeria.Saya juga pernah mengalaminya kira-kira 3 tahun yang lepas dan baru-baru nie,seorang rakan saya dari vc01 store juga mengalami perkara yang sama.Saya dapati,taktik mereka tidak banyak berubah dan mereka suka mencari para penjual yang baru.

Di sini saya akan huraikan modus operandi yang biasa digunakan oleh mereka:

  1. Mereka akan hubungi kita melalui email dan menawarkan untuk membeli telefon bimbit pada harga yang luar biasa tinggi atau pada kuantiti yang besar.
  2. Selepas beberapa siri rundingan di email,mereka akan meminta kita hantarkan maklumat pembayaran seperti no.akaun bank serta nama.
  3. Selepas itu,mereka akan hantarkan satu “bukti pembayaran” biasanya dalam bentuk  “screen shot” atau resit rasmi dari bank.Bank-bank pilihan mereka biasanya dari Bank Of America dan pelbagai bank terkemuka dari U.S
  4. Selepas itu mereka akan meminta kita menghantar barangan ke alamat yang telah diberikan dan mereka akan minta “tracking number” bagi parcel tersebut.Biasanya mereka akan suruh kita gunakan DHL.
  5. Selepas kita hantarkan barang tersebut,payment yang ditunggu tidak akan masuk dan apabila disemak dengan DHL,di dapati barangan tersebut telah “sangkut” di kastam bahagian Nigeria.
  6. Apabila,kita hubungi semula pembeli tersebut,mereka akan kata barang tidak diterima dan mereka telah membatalkan pembayaran.

Begitulah kronologi modus operandi mereka.Saya pernah berbual dengan pihak DHL dan mereka sangat tidak menggalakkan perniagaan online berbentuk fizikal ke Nigeria kerana apabila barang sudah tiba di sana.Mereka sudah hilang kawalan ke atas parcel tersebut dan sebenarnya,parcel tersebut telah diterima oleh si pembeli.Tetapi,pihak berkuasa Nigeria akan mengatakan bahawa,parcel tersebut tidak boleh dihantar dan akan disimpan oleh mereka.Ini adalah satu komplot.

Lagi satu,mereka nie ada kemahiran untuk meniru laman web bank-bank terkemuka dunia.Jika anda tidak berhati-hati pasti akan terpedaya.No.telefon yang dibekalkan oleh mereka juga boleh dihubungi..saya pernah juga cuba menghubungi mereka.

Nasihat saya,anda boleh menjalankan urusniaga dengan warga Nigeria.Cuma,saya sangat galakkan anda menggunakan PayPal bagi tujuan pembayaran dan pastikan bayaran telah diterima sebelum barang dihantar.Jangan cepat “gelap mata” apabila menerima tawaran yang mempunyai untung yang tidak masuk akal.Berfikir dan mula awasi email-email mereka.

Di bawah ini saya sertakan rundingan email yang terjadi antara VC01 online store dan DR KAYODE.Terima kasih kepada saudara Seokarrno dari “VC01 lelong.com.my member store”

Fwd: Reply: Nokia 2700 clasic FIVE UNIT ACCOUNT INFORMATION FOR THE PAYMENT

From:
seokarrno mohamad noor khairudin <vcsoogeh@gmail.com>

View Contact

To: yuzafi yunos <yuzafi@yahoo.com>

———- Forwarded message ———-
From: Kayode Oladele <kayodeoladele@yahoo.com>
Date: Mon, Dec 28, 2009 at 5:30 PM
Subject: Re: Reply: Nokia 2700 clasic FIVE UNIT ACCOUNT INFORMATION FOR THE PAYMENT
To: seokarrno mohamad noor khairudin <vcsoogeh@gmail.com>

Thanks for the mail…i receive a urgent call that he has travel to western African to his cousin place for Christmas and new year do get back to me with the total cost via DHL to this address please i need to make the payment fast ok because i want to present the item to the entire family as new year gift..

Bank Name:
Bank Address:
Beneficiary Name:
Account Number:
Phone Number:
E mail:
Shipping Price:
Total:

Name :Thompson James
Address :Suite 48,Agbowo shopping complex opposite university of Ibadan Nigeria
State:Oyo
City:Ibadan
Zip Code:+23402
Phone Number:+2347037118450.
Country:Nigeria



From: seokarrno mohamad noor khairudin <vcsoogeh@gmail.com>
To: Kayode Oladele <kayodeoladele@yahoo.com>
Sent: Sat, December 26, 2009 3:12:09 AM
Subject: Re: Reply: Nokia 2700 clasic FIVE UNIT

Dear DR Kayode,

Glad to hear from u sir, Just to inform u, saturday and sunday is weekend day..
Almost all cuoreir service are closed,we ll inform u by  monday,or as soon as we get all information..Kindly if ur could send us a shipping addres ,to make easiest 4 us to caculation the price and shiping cost,.

Thanks,

smnoor,
www.vc01.lelong.com.my

P.s .The nearest cuoreir with our shop is skynet, if u dont mind we cant send by it.

Could u send also detail ,payment by..TQVM.

On Fri,Dec 25, 2009 at 8:54 PM, Kayode Oladele <kayodeoladele@yahoo.com> wrote:

I am  a citizen of United Kingdom,in Liverpool i want to present it for co-worker that has been transfer to Dublin as a birthday gift kindly get back to me with the price including the shipping price through DHL cuoreir service or EMS SPEED POST and with the total cost to make the payment via my bank account  Thanks.

Serious Buyer

DR Kayode.



From: seokarrno mohamad noor khairudin <vcsoogeh@gmail.com>
To: DR KAYODE <kayodeoladele@yahoo.com>
Sent: Wed, December 23, 2009 4:15:21 PM
Subject: Re: Reply: Nokia 2700 clasic

Hai DR KAYODE,

Thank You for interested  in our item,We feel so sory 4 late reply ur email,We have problem with our streamyx connection for last 12 hour ago.

Yes ,this item is still in our stock.Feel free to have look in our store at,

www.vc01.lelong.com.my

Thanks,Glad to hear from u soon,

Regard,
smnoor
www.vc01.lelong.com.my

On Wed, Dec 23, 2009 at 5:47 PM, DR KAYODE <kayodeoladele@yahoo.com> wrote:

IS THIS ITEM STILL FOR SALE…

The ad can be viewed at http://www.mudah.my/vi/4175166.htm

———————————————————————

This e-mail was sent through a web form on www.mudah.my about
your ad “Nokia 2700 clasic”.

The person that contacted you does not know your email until you respond to
the letter. Observe that we don’t know whether the sender’s e-mail (kayodeoladele@yahoo.com)
is correct or not.

The e-mail was sent from ip-number 74.63.93.177 at 17:37 on the 23/12 2009.

———————————————————————
http://www.mudah.my - The marketplace of Malaysia
Mudah.my Sdn Bhd (formerly known as 701Search Sdn Bhd) (782603-v)

Share/Save/Bookmark

Ada masanya,kita perlu “beransur” Tips untuk menghadapi 2010

36 Responses to “Awas pembeli dari Nigeria”

  1. ezord says:

    wohoho..thanks for sharing the info.nigeria memang le pakar2 dalam bab2 menipu dan memperdayakan orang ni..hati-hati kepada semua.

  2. Nizam says:

    Huh, jgn terpedaya ngan email2 macam tu.

    Bagi yg baru nak mula online business, saya galakkan untuk cuba dipasaran Malaysia dulu.

    Lebih mudah terutamanya berkaitan penghantaran.

    Dapatkan bayaran terlebih dahulu, kemudian baru buat penghantaran secepat mgkn.

    Regards,
    NIzam Malek,
    http://nizammalek.blogspot.com/

  3. smnoor says:

    salam,
    Moga menjadi iktibar buat teman-teman seperjuangan semua..Kalau anda/teman-teman pernah mengelaminya..kongsikan..agar menjadi panduan dan pedoman bersama.

  4. Cicak Merah says:

    Semoga apa yang saudara kita katakan tadi memberikan satu keputusan supaya kita berfikir sebelum membuat sesuatu perkara terutamanya dalam jualbeli online.

    Syukur alhamdulillah, apa yang kita dapat hari ni boleh dijadikan sebagai peringatan dimasa akan datang.

  5. admin says:

    Terima kasih kepada ezord,Nizam,smnoor &Cicak Merah kerana sudi memberikan komen.Saya harap,jika pembaca lain yang turut mempunyai pengalaman…sila kongsikan di sini.Moga memberi iktibar kepada kawan-kawan kita yang lain.Terima kasih sekali lagi.

  6. yusrizakaria says:

    jangan terlalu mendedahkan diri kepada dunia online … banyak penyangak besar kat situ..

  7. zainal says:

    Saya pun pernah terkena tipu oleh warga Nigeria ini.Jika tak silap saya hujung tahun lepas ,maklum le baru berjinak2 dgn jualan internet.Cara menipunya lebih kurang sama dan selalunya harga yang ditawarkan tak manasabah.Dia kata nak beli home teater saya dgn harga RM2000 ( saya letak harga RM700 saja),dan barang ini dihantar ke negeria untuk anaknya.Dia kata sekarang berkerja di korea dan pembayaran melalui Bank of korea (segala laman web bank sebijik macam ‘ori’.setelah berurusan agak lama ,akhir saya bersetuju menghantar barang melalui Pos laju.Kosnya lebih kurang RM500.Setelah lebih kurang 1 jam dihantar ke pos ,saya rasa tak sedap hati dan talipon pos supaya di’block’.Selepas itu saya email buyer tapi tak jawab.Dan akhir nya saya beritahu barang dah di’block’.Dia marah2 dan beritahu macam2 alasan.Begitu le modus operasi mereka.
    Kalau mereka nak beli barang dalam negeri juga jangan percaya dan agak bahaya.Mereka akan jumpa kita dengan membawa geng2 yang ramai dan menakutkan.
    ketahui le lebih 60% perniagaan mereka adalah menipu dan secara gelap.

  8. onoffon says:

    Hi… saya baru jer baca post awak dan saya pun baru mula nk berjinak dgn jualan on-line ni. Saya dah postkan iklan sy kt mudah.my dan dapat respon daripada sorang mamat dr Texas ni, katanya nk bagi hadiah kt member yg study abroad. Ni reply email die selepas sy mintak alamat penghantaran… so, sy nk mintak pendapat dr korang yg dah expert ni samada nk teruskan bisnes ke x?

    Hello seller,
    I appreciate the swift response…..i will like you to verify the shipping cost to the scheduled address first so as for me to know the total cost of the item and shipping and to get prepared for the payment.below is the shipping address,

    Address:No17,University road Agbowo UI
    City:Ibadan
    State:Oyo state
    Zip postal code:23402
    Country:Nigeria
    Tell:+2348075334968

    For the payment,i will be making that up through bank transfer.all you need to do is to get me the following details of the account which you will like me to pay the money,

    Account holder’s name:
    Bank name and Location:
    Account number:
    Bank Swift code:

    I promise to proceed with the payment once i receive the total amount to be paid plus shipping.pls don;t forget to include the bank details in your reply.

    Its nice doing business with you

    i hope to read back from you soonest.

    Thanks@Pastor Chris willliams.

    Yang kat atas ni scam yg sama jugak ke?

  9. onoffon says:

    btw, pls reply kan pendapat korang kt e-mail sy, felicia_mandadi@hotmail.com k… thanks!! thanks!!

  10. admin says:

    Hi,

    Terus terang,saya juga pernah menerima offer yang sama dulu dari Ibadan,City Nigeria.Nasihat saya ialah,anda perlu berhati-hati dan jika saya jadi anda,saya akan “ignore” sahaja offer ini.

    Tq

  11. Elizabeth says:

    Hi,
    A million thanks to you for the information. Sebenarnya, baru-baru ni telah di approach oleh 5 scammer yang menggunakan nama alamat yang sama iaitu Thompson James. Baru-baru ni saya menyenaraikan 2nd camcoder Panasonic saya di mudah.com. Mula2, saya di approach oleh scammer yang konon namanyer Dr.Charle yang katanya berminat hendak membeli item tersebut. Saya memang dari mulanya memang merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan pembeli ini. namun, saya tetap membalas emailnya dah bersetuju untuk menjual. Namun, keesokan harinya, keempat-empat pembeli yang lain bertanya adakah items still available? Saya seorang yang sangat berhati-hati dalam menjalan urusan melalui internet. Jadi, saya cuba search di goggle mengenai butiran yang dihantar dan blog ini telah membuktikan bahawa ia memang scammer.

    Re: Reply: Panasonic Camcoder NV-GS150 ACCOUNT DETAILS IS NEEDED FOR PAYMENT‏
    From: Dr Charle (drcharle@yahoo.com)
    Sent: Thursday, 18 Mar, 2010 5: 53 PM
    To: Elizabeth Uring (birdee_beth@hotmail.com)
    I am a citizen of United state,here in new york i want to present this
    your
    item for co-worker that has been transfer to Africa as a birthday gift and
    i will like you to take off this item off mudah advert kindly get
    back to me with the price including the shipping price through
    DHL COURIER OR POSLAJU NATIONAL COURIER SERVICE
    service and with the total cost to make
    the payment via my
    bank account
    Detail Needed from you soon
    Bank account benefiary Name
    Account Number
    Bank Name
    Telephone Number
    Nice doing business with you
    SERIOUS BUYER

    ——————————————————————————–
    From: Elizabeth Uring
    To: drcharle@yahoo.com
    Sent: Wed, March 17, 2010 3:31:08 AM
    Subject: RE: Reply: Panasonic Camcoder NV-GS150

    yes. its available.

    > Date: Wed, 17 Mar 2010 18:16:09 +0800
    > From: drcharle@yahoo.com
    > To: birdee_beth@hotmail.com
    > Subject: Reply: Panasonic Camcoder NV-GS150
    >
    > IS THIS ITEM STILL AVAILABLE FOR SALE…
    _______________________________________________
    Reply: Panasonic Camcoder NV-GS150‏
    From: adreply@mudah.my on behalf of Marian (marianbeley4owo11@gmail.com)
    You may not know this sender.Mark as safe|Mark as junk
    Sent: Friday, 19 Mar, 2010 2: 48 AM
    To: birdee_beth@hotmail.com

    Hello Seller,Am Marian Beley from Canada am interested in buying your item and i want you to let me know the cost of the item and i will like you to get back to my Email:marianbeley4owo11@gmail.com)….am waiting foryou… Thanks…
    _______________________________________________
    Reply: Used Digital Video Camera NVGS150‏
    From: adreply@mudah.my on behalf of Mrs Michele (mrsdenisemcclean@yahoo.com)
    Sent: Saturday, 20 Mar, 2010 6: 06 PM
    To: birdee_beth@hotmail.com

    IS THIS ITEM STILL AVAILABLE FOR SALE AND WHAT ISTHE CONDITION ?

    _______________________________________________
    Re: Reply: Used Digital Video Camera NVGS150‏
    From: Mrs Denise Mcclean (mrsdenisemcclean@yahoo.com)
    Sent: Saturday, 20 Mar, 2010 10: 16 PM
    To: Elizabeth Uring (birdee_beth@hotmail.com)

    I am a citizen of United States California,staying at 100 North Tryon Street, 18th Floor Charlotte, CA 28255 i

    want to present item for cousin that went for an excursion in Western Africa as a birhtday gift kindly get back to

    me with the price including the shipping price through DHL courier service or EMS SPEED POST and with the total

    cost to make the payment via my bank account OR VIA ECASH COMPANY that will deliver the CREDIT ATM CARD

    to your home address.

    Bank Name:
    Bank Address:
    Beneficiary Name:
    Account Number:
    Phone Number:
    E mail:
    Item Name:
    Shipping Price:
    Total:

  12. Elizabeth says:

    Mula2nya saya percaya akan musihat mereka tapi yang herannya, kenapa semua address yang mereka minta untuk dihantar adalah Nigeria..Itu yang membuat saya merasakan ada sesuatu yang x kena. A million thanks again.

    • admin says:

      Bagus tindakan awak bila melakukan “research” dan selalulah berhati-hati bila mendapat tawaran yang “luarbiasa”.

  13. zaki says:

    saya pernah terima email mcm ni, tapi saya layan aje. dia org slalu suruh hantar barang, tapi saya tetap berkeras. no payment no shiping, ada satu kali dulu dia org dah bagi id transaction paypal yg palsu. saya masih berdegil tak nak hantar barang. marah2 dia kat saya hehehe.. sekarang ni ada pulak. IP yg sama 74.63.93.177 juga dia guna. kali ni dia nak transfer payment ke bank, saya cakap laa kat dia macam mana u nak transfer sedangkan u bkn di malaysia. dia cakap boleh, so nak tengok lagi lagi apa kesudahan tektik kotor ini hehehe

  14. admin says:

    Rasanya anda telah melakukan tindakan yang betul.Perlu lebih berhati-hati dengan taktik dan teknik penipuan yang baru di internet.

  15. chall says:

    saya dpt email yg sama dr ‘Dr Charle’. guna ayat yg sama. tp sy dah tertipu. dh habis beribu ringgit utk dptkan kereta dan kad kredit yg katanya sy bleh gunakan nnti psl semua duit dia dh transfer dlm tu..bila sy lambat htr item tu (digicam) FBI bleh email lak tu. tu yg sy percaya. skrg sy mmg menyampah sgt dgn diorg nih..

  16. chall says:

    sy harap lps ni xder lg org lain yg terkena mcm sy. bwh ni email add yg pernah berurusan dgn sy:
    1. drcharle@yahoo.com
    2. onlineinstructor@accountant.com
    3. highcourtjustice@usa.com
    4. dhlcourier@usa.com
    5. ecash@usa.com

  17. admin says:

    Chall,

    Saya sangat bersimpati dengan anda.Saya harap anda akan lebih berhati-hati selepas ini.Jadikan ini sebagai satu pengajaran yang terbaik dan terima kasih di atas perkongsian anda.

  18. Darren Loh says:

    Hi everybody,

    I’m a real estate agent from KL, I recieved an email recently from mrsdenisemacclean@yahoo.com, i suspect its an another fraudulance case, as she says she wants to rent an apartment in Malaysia in May, and she will send me a ATM Card from ecashdirect.com, but she will need you pay the shipment fees of the ATM CARD for approx of USD 100 to USD 200. Dear fella, kindly beware of this person, thanks.

    I am a citizen of United States America,staying
    at 100 North Tryon Street, 18th Floor Charlotte,
    CA 28255 and i want to rent this apartment because
    am coming dawn to Malaysia for seminar and which
    is going to take me like a year do let know know
    the total package of the apartments and make sure
    you calculate it in USD$ and get back
    to me soon as possible so that i can forward the
    payment to my bank here in USA for the process of
    your money via ATM CREDIT CARD to your door step
    in Malaysia and make sure you send the attach
    picture of the apartment to me via email .

    Nice Doing Business with you,

    Mrs Michele Denise.

  19. farah says:

    hai.nasib baik tergerak hati nak tanya pendpat beberapa kenkawan.saya dihubungi oleh Mr denise mc clean.kononnya nak sewa umah saya setahun.nak up lg 1000Usd.sapa yang tak teruja tapi yang peliknya saya kena bayar charge penghantaran kad Atm Kad kredit.dia nak lebih kurang 200 USD.saya pelik jugakla,tpi saya dah email balik kt dia.kalau betul nak sewa.saya nak dia bank in daam akaun saya kt malaysia…

    • admin says:

      Salam,

      Nampaknya dah ada 2 respon dari pembaca blog saya mengenai taktik terbaru penipuan dengan modus operandi yang sama.Kali ini “mereka” nak sewa rumah pulak.Terima kasih kepada anda yang sudi kongsikan pengalaman dan saya pasti ianya berguna kepada kawan-kawan kita di luar sana,

      Kepada mereka yang pernah mengalami pengalaman seperti itu,sila kongsikan di sini dan pesan saya ialah,selalulah berhati-hati sebelum mempercayai email-email yang terlalu “mengujakan”.

  20. alip says:

    nasib baik tergerak hati nak search email mrsdenisemcclean, terus cancel DHL shipment. dia ni YM dulu tanye harga barang lepas tu ckp nak hadiah kt cousin..then terus dpt email dari bank ckp dah tansfer tapi hold dulu untuk verify shipment,suruh scan shipment resit baru boleh dpt duit..

    sekarang sy dah cancel,dia terus ym tanye mcm mana,hehehe sy ckp brg dah ada kt DHL tgu payment sbb sy byr guna debit card kalau duit ada baru dia debit dari akaun dan terus ship brg tu,dia ckp suh byr dulu,sy ckp xde duit,die suruh pinjam pulak,sy ckp xde org nak bg pinjam sbb nak ship mhl sgt,hehehe saja nak layan..

    • admin says:

      wah..sempat main drama lagi yer…kalau ada taktik baru penipuan atau scammers..sila lapor atau hebahkan di sini..tq

  21. alip says:

    sekarang die siap bg copy passpot suh percaya yg payment dah transfer…

  22. mel says:

    Hi, I also received the same email from one mrs denise mclean.Offering to rent my apartment for a year.. same harold loh. Luckily i googled the name and stumbled upon this blog. Please be carefull guys.

  23. zaid bin zulkifli says:

    aku baru ja terkena dgn denise mclean semalam..barang dah hantaq.haram jadah btoi dia ni..rugi ja dengan duit handphone dgn shipping price kat DHL..celaka btoi..

  24. zaid bin zulkifli says:

    rakan2 di blog..
    agak2 duit tu mmg lesap tros ka macm mana?
    ada tak rakan2 kat sni negotiate dgn depa pastu dpat balik duit?

    • admin says:

      biasanya memang lesap mcm tue jer..

      • Lenodas says:

        geram tol saya….
        klu la saya tgk blog ni,xlah saya terpedaya..

        • admin says:

          Takpe,bawa bersabar…kalau boleh kongsikan pengalaman anda di sini.Mungkin ianya berguna kepada rakan-rakan yang lain..mana tahu perkongsian anda dapat menyelamatkan mereka dari teraniaya…

          P/S:Berhati-hati di masa akan datang dan semoga sukses…

  25. Farah says:

    Kalau ada sesiapa yang berurusan dengan pemilik email ini, sila abaikan mereka ye. Sebab mereka ni cuma nak menipu anda.

    Buyer: honestylife20@yahoo.com
    bank transfer : customerhelp@accountant.com

Leave a Reply




Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.