Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Apa nak dijual?

Apa nak jual?

Soalan itu sering ditanya kepada saya setiap kali saya berbual bersama rakan-rakan atau ketika menjawab e-mail dari subscribers.

Soalan berbentuk macam tue memang amat popular bagi mereka yang baru nak memulakan bisnes tak kira offline atau online.Adakalanya,mereka memang dah ada barang yang nak dijual cuma mereka kurang keyakinan dan bertanya sekadar untuk menambahkan “confidence level” atau….sememangnya mereka memang betul-betul takde idea untuk menjual apa pun…

Saya akan memberikan 2 tips berbeza dan anda boleh letak diri anda sendiri di dalam mana-mana kumpulan.

Kumpulan 1
Bagi mereka yang sudah mempunyai barangan yang nak dijual…nasihat saya ialah..cuba jual dahulu dan lihat bagaimana respon market.Selepas itu,barulah anda tahu di mana salah dan silapnya.Ibarat seorang mak cik yang menjual goreng pisang di tepi jalan.Dia pun tak tahu siapa yang akan membeli goreng pisangnya hari itu melainkan dia berani mencuba.Kemungkinan untuk menjual adalah 30% sahaja tetapi untuk mempelajari sesuatu yang baru ialah 70%.Tidak ada orang yang sekali mencuba sahaja akan terus berjaya.Begitu juga di lelong.com.my.Anda perlu masuk dahulu di dalam portal tersebut dan jadi sebahagian dari “seller”.Anda perlu fahamkan sistem yang diguna pakai serta kelebihan yang ada di portal tersebut dan kemudian barulah anda akan nampak bagaimana sebenarnya lelong.com.my bekerja untuk anda.

Kumpulan 2
Kepada mereka yang belum ada idea atau tiada barang yang nak dijual.Saya cadangkan anda kembali semula kepada hukum asas portal lelongan iaitu cuba cari barangan yang anda tidak perlukan lagi dan masukkannya di dalam portal lelong.com.my.Mungkin,bagi anda barangan tersebut tiada nilai lagi tetapi,siapa tahu ada orang di luar sana yang betul-betul inginkan barang tersebut dan sanggup untuk membida pada harga yang tinggi.So,dalam masa yang sama juga anda akan dapat mempelajari sistem di dalam portal lelongan lelong.com.my secara yang lebih berkesan.

Kesimpulan dari tips di atas ialah,anda hanya perlu lakukan dan mulakan sekarang juga…Just Do It dan selepas itu barulah anda dapat analisis..Anda kena selalu
faham bahawa tanpa eksperimen maka tiadalah hukum.

Kredit to Nike-Just Do It.

Share

5 Responses to “Apa nak dijual?”

  1. msarbin says:

    tq bro kerana terus memberi motivasi

  2. HR says:

    nasihat yang bagus. Kesimpulannya untuk hasil kita perlu bertindak..tapi perlu juga bijak. Rancang dan bertindak secra konsisten mungkin itu yang paling sesuai

  3. Ustaz Cahaya says:

    Betul betul betul (upin & ipin).Tak cuba tak tahu;-)

    Dalam buku Benjamin Marc Wee & Stuart Tan saya mengetahui ada 10 Cara mendapatkan barang untuk dijual di ebay. Buku yang saya maksudkan ialah Secrets of Ebay Millionares.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.