Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Amaran kepada penjual

Baru-baru ini,pihak admin lelong.com.my telah membuat satu pengumuman yang bukan untuk kali pertama dan pengumuman itu lebih kepada amaran kepada para penjual di portal mereka.

Antara isu yang disentuh pada kali ini ialah berkaitan dengan masalah penghantaran iaitu para penjual tersalah hantar barang.Lain di “order” lain yang dihantar.Saya faham,mungkin ada di antara para penjual tidak sengaja melakukan perkara ini.Masalah boleh berlaku kepada para penjual yang mempunyai ramai pelanggan.Jika satu atau dua orang memang kita boleh katakan sebagai “sengaja”.Bagaimana jika penjual itu mempunyai lebih dari satu “store” dan setiap kali menghantar barang ke syarikat “courier” pasti melebihi 50 hingga ke 100 parcel.Kadangkala,masalah boleh berlaku di pihak syarikat “courier” di mana mereka mungkin tersalah “tagging” slip penghantaran…itu boleh jadi.Jika,ini berlaku,pasti anda bukan menghadapi satu masalah..tetapi 3 atau lebih masalah.Kenapa 3 atau lebih..??!Baiklah,yang pertama,jika berlaku satu kesilapan “tagging” slip,pasti akan ada duanya..Anda faham maksud saya..?Si A sepatutnya mendapat permainan kawalan jauh tetapi telah mendapat telefon bimbit..dan Si B, sepatutnya mendapat telefon bimbit tetapi,telah menerima permainan kawalan jauh..itu kita andaikan anda mempunyai 2 sahaja parcel.Bagaimana jika pada masa itu anda ada 50 parcel…Anda dapat bayangkan kesukaran yang anda bakal hadapi hasil daripada kesilapan “tagging” slip..??Anda anda mendapat kesusahan yang maksimum jika kesilapan itu telah bergerak secara rawak di antara bungkusan atau parcel anda tadi.Hasilnya,mungkin separuh daripada pelanggan anda akan menerima item yang salah.Itu belum lagi anda perlu berdepan dengan pihak lelong.com.my yang anda pun tahu dengan prosedurnya akhir-akhir ini.Jadi,nasihat ikhlas saya ialah,anda “tag” lah parcel anda sendiri di rumah dan kalau boleh anda perlu duduk di depan kerani syarikat “courier” yang menguruskan parcel anda.Itu sekarang adalah satu tugas wajib bagi anda jika anda ingin berada lama di lelong.com.my.Jangan tinggalkan sahaja parcel anda kepada kerani syarikat “courier” begitu sahaja…

Isu yang kedua ialah,anda bukan sahaja perlu menjual di lelong.com.my bahkan anda perlu memainkan peranan sebagai “inspektor” kepada setiap parcel yang anda hantar.Anda perlu pastikan ianya selamat sampai dan jika perlu,hubungi semula pelanggan anda sebagai tanda anda amat mengambil berat akan keselamatan parcel tersebut.Jika parcel tersebut lewat sampai,anda perlu semak dengan syarikat courier dan jika kelewatan berlaku oleh sebab mereka..anda yang perlu meminta maaf bagi pihak syarikat courier.Anda kena pastikan pelanggan gembira dengan perkhidmatan syarikat courier tersebut.Nasihat ikhlas saya ialah,anda sebenarnya banyak lagi kerja yang perlu dibuat selain daripada menjadi “inspektor” kepada parcel-parcel tersebut.Jika satu atau dua parcel takpe,bagaimana jika ada 100 parcel sehari?Anda boleh bayangkan tahap kesibukkan anda?Jadi,pilihlah syarikat courier yang cepat,selamat dan berhemah.

Isu yang seterusnya ialah,jangan sekali-kali cuba mengenakan bayaran kepada pelanggan anda akibat dari barang rosak atau barang perlu ditukar.Anda kena tanggung semuanya..pihak lelong.com.my tidak akan terima alasan anda yang mengatakan “semasa barang dihantar ia dalam keadaan baik.Tetapi,semasa diterima ia sudah rosak pula”.Jadi, anda tidak boleh menuntut bayaran atau kos penghantaran semula barangan tersebut kepada anda.Contohnya begini:Katalah anda menghantar satu set permainan kawalan jauh,semasa dihantar ia dalam keadaan baik dan berfungsi tetapi,apabila sampai ke tangan pelanggan ia rosak pula.Jadi sebagai penjual berhemah,anda bukan sahaja perlu menggantikan permainan yang rosak itu dengan permainan yang baru.Bahkan,anda perlu menanggung semua kos perjalanan iaitu,kos dari rumah pelanggan ke tempat anda,selepas itu dari tempat anda ke rumah pelanggan semula.Tiada istilah perkongsian kos lagi.Katalah,item di terima selepas sehari dan kemudian baru rosak dan pihak pembeli pula mengatakan barang atau parcel itu dibuka sehari selepas penerimaan.Semasa terima mereka tak bukak kerana mungkin si pembeli “berkursus” semasa itu.Jadi,sementara nak tunggu si pembeli sebenar pulang ke rumah parcel tersebut memang tidak diusik.Kebetulan pula,memang nak jadi cerita buka sahaja sampul parcel itu memang barang tersebut rosak..dan pembeli membuat aduan kepada pihak lelong.com.my dengan alasan seperti di atas.Maka,untuk kes itu,anda sebagai penjual tetap kena gantikan barang yang baru serta menanggung semua kos perjalanan barang tersebut.Jadi,untuk terus berada di dalam senarai penjual di lelong.com.my..anda perlu bersedia untuk semua risiko itu.bagaimana,jika barang yang dibeli dalam keadaan baik dan sehari selepas itu berlaku kerosakkan “akibat kegagalan manusia”..?Adakah ia akan dirujuk seperti contoh di atas?Pihak lelong.com.my belum lagi membuat apa-apa kenyataan tentang perkara itu :)

Jadi,kesimpulannya di sini ialah,anda perlu sedar bahawa tahap kompetetif pasaran online kini semakin sengit.Hanya penjual yang benar-benar berwibawa sahaja boleh berada di sini.Pada tahap ini,tugas anda bukan sahaja berusaha untuk melakukan jualan.Malah,anda juga perlukan satu sistem “after sale service” yang mantap.Bukan sahaja setakat menjawab email pertanyaan dengan pantas,anda perlu bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku akibat kegagalan syarikat courier.Anda perlu memberikan jaminan kepuasan kepada pelanggan ke tahap maksima.Bahkan,perlu lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan perniagaan offline-saya belum pernah dengar lagi ada syarikat yang membayar duit minyak atau tol anda jika anda menghantarkan telefon bimbit yang rosak kepada mereka.Malah,urusan penukaran barang pun kadangkala mengambil masa yang agak lama.Tetapi,di sini..segalanya perlu cepat.Jika barang yang rosak dihantar hari ini,keesokan hari anda sudah mendapat email peringatan yang meminta anda menghantar semula barang yang baru.Inilah realiti dunia perniagaan online khasnya di lelong.com.my hari ini.

Walaubagaimana pun,anda tidak perlu berpatah hati atau semangat.Lebih baik khidmat yang anda tawarkan maka lebih keuntungan yang akan anda perolehi.Biarlah mereka yang lain “merajuk” dengan situasi ini.Tetapi,bagi saya ia bukan satu halangan….saya sudah hampir 5 tahun berada di lelong.com.my sebagai penjual.Bermacam barang yang telah saya jual di sini dan telah bermacam prosedur dan tindakan yang telah saya alami.Jika anda inginkan tips dan panduan bagaimana untuk memulakan atau menguruskan perniagaan di lelong.com.my,anda boleh hubungi saya…Sekali lagi ingatan saya..jangan patah semangat,ianya cuma satu cabaran..kerana lebih ramai orang yang keluar dari “permainan” ini..maka,lebih berpeluang besar anda untuk meningkatkan keuntungan.Ketahuilah,lelong.com.my sedang melakukan “saringan” dan hanya yang terbaik sahaja akan kekal bersama mereka.

Share

13 Responses to “Amaran kepada penjual”

  1. Nizam says:

    Itulah masalahnya, ramai yang cuma buat kerja sambil lewa. Perniagaan di lelong.com.my adalah perniagaan sendiri. Kalau tak jaga kualiti betul-betul, kerja kat mana-mana pun susah. Jadi cepatlah berubah untuk kebaikan sendiri.

  2. wanz says:

    salam yuzafi, lama tak jumpa..hehe jumpa di lelong.com aje.. sy ni baru try nak jual something kat lelong.com. tp alamak, ramai dah org jual dan rating tinggi. susah la newcomer. sy penah beli perfume dr saudara dulu..skang baru tjumpa webblog yuzafi

    • admin says:

      Salam,

      Terima kasih kerana menjadi pelanggan saya.Berkenaan dengan minat anda untuk menjual sesuatu di lelong.com.my,saya kira,anda tidak perlu gusar dengan persaingan.Apa yang penting anda perlu mencuba dahulu dan pastikan anda mulakan dengan langkah yang betul.Tidak kira barangan yang anda ingin jual itu sudah ramai “penjual” atau tidak,itu bukan masalah.

      Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  3. ashaari osman says:

    salam. saya bkn nak kommen ape cume saya nak tny sket jual beli secara pos ni, sy penah jual 1 van dan sebuah motosikal kat mudah.my. tapi mase tu direct buyer.bole ke kite percaya jualan melalui pos ni? ada jaminannye tak. kekadang saya ada jgk nak beli brg tpi bile mengenangkn ianye melalui pos saya terus tak jadi beli. kalau syarikat ad kedai bole la saya percaya. tap kalau kat muda.my@ kat lelong .com nikaan byk owner jual sendri kan? sekian terima kasih

    • admin says:

      Salam,

      Soalan yang bagus dan terlebih dahulu saya minta maaf krn agak lewat jugak membalas komen ini. Sebenarnya, memang ramai yang mengalami atau mempunyai keraguan seperti saudara. Bukan semua urusniaga di internet selamat. Tetapi, masih ada cara bagaimana anda boleh mengelakkan diri dari tertipu. Di lelong.my, anda boleh selidik dahulu “rating” seseorang penjual dan dari situ kita boleh menilai sejauh mana kredibiliti penjual tersebut. Anda boleh melihat sejarah perniaagaan mereka seperti berapa lama mereka dah menjalankan perniagaan internet, berapa ramai yang memberikan rating positive dan sebagainya. Dari situ anda boleh membuat keputusan samada ingin membida atau tidak. Berlainan dengan mudah.my kebanyakkan penjual menawarkan pembelian secara COD dan anda boleh berjumpa dengan penjual tersebut secara LIVE dan melihat dahulu barangan tersebut sebelum membeli. Kelemahan pernigaan jenis ini ialah ia mempunyai ruang sasaran pelanggan yan terhad tetapi lebih selamat bagi pihak pembeli. Bagi urusniaga di Mudah.my saya cadangkan anda berjumpa sendiri dengan penjual dan jangan sekali-kali memasukkan wang dahulu ke akaun bank mereka. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini bukan sahaja orang perseorangan yang menjual di lelong.my dan mudah.my.Kini, syarikat2 yang dah establihed juga sudah melihat peluang perniagaan di internet dan mereka juga telah turut serta.

      Selamat berurusniaga di internet :)

  4. MR AZH says:

    SAYA NAK TANYA PASAL KOMEN NIE.. SAYA DAH BAYAR TAPI INI YANG SAYA DAPAT.. MMM

    We, FANTASTIC LIFESTYLE, would like to make an official announcement that our business will be temporarily

    halted. We feel deeply sorry and regret on this matter.

    Our stocks worth about RM50K+ has been stolen. Thus we are unable to make the delivery.

    We has officially reported the issue to LELONG. LELONG has taken the action to temporarily stop our account.

    We will make our full efforts to refund to all the buyers.

    However, due to great number of buyers, the process will take sometimes. Please be patient. We will contact to

    all the customers to solve the problem.

    Please provide us your bank account, we will let you know when we will arrange the refund back to you.

    Please let us finish report and through email all the informing to all buyers here. Anything please email to us. So that we can know which buyer with which record items. Else on phone call, can’t know who is it, also need to refer back email and record.

    Sorry for all the inconvenience caused.

    Thank you for your Understanding.

  5. admin says:

    Saya cadangkan, report ke pihak admin lelong.com.my dan pihak Polis. Pada masa yang sama, sila kumpulkan semua bukti urusniaga dan pembayaran…Print out dan buat dalam beberapa salinan…mudah untuk diserahkan kepada pihak tertentu seperti polis, lelong.com.my or biro pengaduan.

  6. Mizmas says:

    Salam..saya nak tanya..kalau brg yg dihantar kpd pelanggan tidak sampai / mungkin hilang, apa patut dibuat? Dah report kt cust service pos malaysia( masih dlm siasatan) ..skrg patut ke bayar balik duit customer tu?

    • admin says:

      Salam,

      Perkara item hilang sewaktu dalam perjalanan atau dalam prosedur pos mmg ada berlaku. Sebenarnya, sya juga pernah mengalami situasi ini…nantilah, saya akan ceritakan pengalaman tersebut di dalam artikel saya yang akan datang.

      Baiklah, jika barang yang anda pos didapati hilang atau tidak sampai kepada penerima… Perkara pertama yang anda perlu buat ialah, laporkan kepada operator kurier… Dalam kes ini, saya perlu tahu samada anda menggunakan khidmat Pos biasa atau Pos Laju? Jika anda menggunakan Pos Laju, anda boleh rujuk kes anda menggunakan salinan PL atau consignment note/ sakinan pendua yang mengandungi tracking no. Sila fotostat dan berikan kepada mereka… Salinan asal hendaklah disimpan. Saya cadangkan, anda juga scan PL tersebut dan emailkan kepada khidmat pelanggan Pos dan juga email kepada cawangan Pos tersebut. Beserta email itu, and petlu berikan maklumat dan brief serba sedikit mengenai parcel yg anda hantar itu. Buatkan seperti laporan ringkas dan emailkan beserta PL yang anda scan tadi.. Lebih baik jika anda boleh c.c kepada pelanggan anda supaya dia juga maklum dan sedar yang anda sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini.

      Kalau mengikut pengalaman saya, sementara kes ini masih dalam siasatan pihak Pos, anda sebenarnya tidak perlu untuk refund customer… Tunggu sehingga selesai kes ini disiasat. Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah.. Sentiasa berhubung dengan pihak Pos utk mendapatkan maklumat terkini mengenai parcel yang hilang itu…

      Jika boleh, saya nakkan jawapan samada anda menggunakan Poslaju atau khidmat pos biasa…

      Sila inform saya jika ada sebarang kemajuan di dalam kes ini..jika masih ada masalah, sila reply sahaja email ini.

      Tq

  7. Mizmas says:

    Salam..terlebih dahulu terima kasih atas pandangan Tuan..Alhamdulillah barang dah sampai kpd cust saya hari ni..alasan drp pos malaysia – brg tak muat nak masuk flight..terpaksa delay esoknya..tak muat lagi..delay esok lagi..lagi dan lagi..hari ni brg naik flight & terus sampai kt tgn cust pagi td..boleh pulak sampai dgn cepat.. Utk pengetahuan Tuan, saya menggunakan pos biasa (pos domestik).

    • admin says:

      Salam

      Alhamdulillah, akhirnya barang yang dihantar tu dah sampai kepada customer. Terus terang, saya tidak pernah menggunakan khidmat Pos Domestik. Tapi, itu terpulang kepada anda kerana, apa yang penting ialah barang yang kita hantar selamat sampai ke tangan pembeli.

      Teruskan usaha anda dan jangan lupa utk monitor dan sediakan satu ruang atau platform bagi memudahkan pelanggan anda memberikan feedback. especially berkenaan dengan isu penghantaran barang.

  8. elisofia says:

    salam kpd tuan admin dan para pembaca,

    terima kasih diatas tips yg bernas diatas,sgt berguna utk beginner atau yg dah lama buat bisnes secara online.

    disini sy ingin berkongsi tentang pengalaman sy membeli brg secara online dari luar negara.mcm yg kita semua tahu permintaan brg2 terbaru kini semakin meningkat dan ramai pembeli terutama dalam kalangan muda-mudi gemarkan brg2 terbaru yg berada di pasaran.ini sekaligus mencipta trend dimana pembeli mencari penjual tempatan yg menawarkan brg2 tersebut kpd mereka.selalunya mereka suka berurusan dgn pengedar tempatan kerana lebih dipercayai.

    Mengambil kesempatan drpd trend diatas,sy melihat peluang dimana kita sebagai penggiat bisnes secara online boleh bertindak secara tidak langsung sebagai agen atau pengedar kpd brg2 tersebut.caranya mudah saja,anda perlu menganalisis permintaan tertinggi dan terbaru drpd ruang2 perbincangan di internet seperti forum dan blog.hasilnya anda akan mendapat senarai brg2 yg berpotensi utk dipasarakan secara online di Malaysia.

    selepas itu anda perlu mencari penjual atau pengedar antarabangsa yg menawarkan brg2 tersebut.seperti yg kita tahu brg2 terbaru biasanya akan dipasarkan terlebih dahulu di negara2 pengeluar terutamanya US dan UK.buat carian di website perdagangan antarabangsa yg popular seperti ebay dan amazon utk mendapatkan brg2 terbaik.anda boleh juga membuat carian di website rasmi pengeluar brangan tersebut.

    tetapi apa yg selalu menjadi masalah adalah brg2 tersebut selalunya tidak dihantar ke sini secara terus oleh pengedar antarabangsa.jd anda perlu mencari alternatif utk membawa masuk brg2 tersebut kesini.disini sy ingin berkongsi satu cara utk mendapatkan alamat di US utk digunakan semasa membeli brg tersebut.

    caranya mudah saja.daftar secara percumaa di viaddress.com dan anda akan menerima alamat virtual anda serta-merta.viaddress bertindak sebagai freight forwarder utk membawa brg2 tersebut kesini.brg2 yg ditempah akan dihantar ke gudang viaddress di US iaitu berdasarkan alamat yg kita gunakan.selepas brg anda smpai ke pihak viaddress.terdpt pelbagai perkhidmatan secara percuma yg ditawarkan viaddress utk memastiakan brg2 tersebut smpai ke tgn kita dgn kos penghantaran yg optimum.sbg cth,anda boleh meminta pihak viaddress membuat pembungkusan semula utk mengurangkan berat brg tersebut.hal ini kerana kos penghantaran adalah berdasarkan berat brg yg dihantar.seperti yg kita sedia maklum,biasanya brg2 yg bernilai kurg drpd rm500 dgn berat dibawah 2kg selalunya tidak dikenakan cukai oleh pihak kastam,walaubagaimanapun jika anda ingin membawa masuk brg2 yg melebihi had tersebut,anda boleh meminta pihak viaddress utk megurangkan nilai brg yg diisytiharkan.tetapi pastikan nilai tersebut adlah munasabah.

    jika anda menghadapai masalah dimana pembekal meminta kad kredit utk tujuan pengesahan,anda boleh meminta viaddress utk membeli brg2 tersebut utk anda melalui perkhidmatan concierge mereka secara percuma.brg akan dihantar kpd anda menggunakan fedex,dhl atau ups.tetapi saya sarankan anda pilih fedex sebagai agen penghantaarn kerana berdasarkan pengalaman perkhidmatan fedex lebih mudah dan lancar.selepas lebih kurg 2 mnggu brg2 tersebut akan smpai di hdapan rumah anda.kos tax yg dibayar dahulu oleh fedex akan dikenakanpada masa itu.

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.