Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Mailing list

Saya telah memilih AirAsia sebagai case study untuk artikel pada kali ini.Kredit kepada AirAsia di atas penggunaan imej/logo atau tag line yang telah dipatenkan di bawah “AirAsia”.

Anda pernah dengar istilah “the money is in the list”?Oklah,maksudnya di sini ialah senarai subsribers anda adalah aset kepada anda dan sebagai aset ia tentunya berkemampuan untuk memberikan pulangan kepada anda.

Ramai newbies yang selalu lupa akan perkara ini.Hasilnya,jika anda mempunyai produk atau servisĀ  yang baik sekalipun,anda sebenarnya telah mengurangkan potensi untuk menjual produk tersebut.Menurut kajian yang dilakukan oleh GetresponseĀ®,anda sekurang-kurangnya telah kerugian separuh dari jumlah jualan anda jika anda tidak memanfaatkan kelebihan mempunyai database pelanggan atau mailing list.

Anda pernah terima e-mail dari AirAsia?Kemungkinan pernah jika anda ada membeli tiket penerbangan secara online dari mereka.Menurut kajian,AirAsia lebih berjaya dari MAS kerana AirAsia telah memanfaatkan penggunaan e-mail marketing dan mengoptimumkan kelebihan mempunyai database pelanggan.Ketika MAS sedang berusaha mengumpulkan data pelanggan mereka melalui mailing list,AirAsia telah melangkah setapak di hadapan dengan terus menghebahkan promosi melalui e-mail.Ini kerana AirAsia telah lebih dahulu nampak akan peluang tersebut dan ini memberikan kelebihan kepada mereka dalam mempromosikan produk mereka kepada market yang telah di-segment-kan.

Ketika anda sedang menonton sesebuah rancangan di TV dan tiba-tiba siaran diganggu oleh iklan dari MAS.Apa yang anda lakukan?kajian memberitahu bahawa 80% penonton akan menukar ke siaran yang lain dan ini mengurangkan kesan iklan tersebut di TV.Bagaimana jika anda menerima e-mail dari AirAsia yang bertajuk-“1,000,000 FREE SEATS”.Adakah anda akan terus delete e-mail tersebut?Sudah tentu tidak kerana anda sebelum ini pernah menaiki penerbangan AirAsia dan anda juga bersetuju untuk melanggan newsletter mereka.Jadi,anda rasa ini adalah peluang anda untuk mendapatkan tiket penerbangan PERCUMA atau sekurang-kurangnya anda akan buka e-mail tersebut dan baca maklumat yang disampaikan.Maka,dengan ini akan terlaksana matlamat AirAsia untuk menyampaikan promosi atau informasi kepada anda berbanding dengan MAS yang terpaksa berbelanja besar untuk iklan TV tetapi tidak dapat mencapai kumpulan sasaran.

Mungkin sekarang anda sudah faham serba sedikit kepentingan membina mailing list anda yang tersendiri.Walaupun anda bukan syarikat besar seperti AirAsia.Tetapi,konsep membina mailing list ini amat penting tidak kira apa status perniagaan anda.Ianya boleh dipraktikkan samada anda adalah usahawan internet atau usahawan konvensional.

Pada topik akan datang saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan “autoresponder” dalam mendapatkan mailing list yang berkualiti.


Share

4 Responses to “Mailing list”

  1. Fazli says:

    ye betul. mailing list penting. saya dulu ada mailing list gak tapi gune free skrip. tak boleh letak byk list. limit utk 1000 orang je. skrg tgh dalam penilaian utk aweber, getresponse atau norabots.
    setakat ni norabots yg termurah tp tak tau pula dari segi performance.
    tq. good info.

    • Jelutong says:

      Saya pun pernah jugak guna free autoresponder..Tapi,bila nak pindah ke service yang berbayar..banyak e-mail address yang tercicir.Jadi,kalau nak ber-bisnes..lebih baik guna yg.berbayar…

  2. Ustaz Cahaya says:

    Saya ingat lagi ketika mula mengenali dunia IM selepas baca buku Dr IK.. saya subcribe semua laman yang saya lawat. Tapi saya buatkan satu email khas untuk melanggan.

    Hehe.. cuma saya belum pernah cuba kumpul mailing list lagi;-)

Leave a Reply




Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.