Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Ujian padang walkie talkie Kenwood TK3107

Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya,

Hari nie saya agak sibuk sikit di mana tadi petang saya telah “turun padang” untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan yang membeli walkie talkie sambil mengadakan “ujian” ke atas set tersebut.Rasa nak demam nie pasal tadi dah kena hujan :)

Sememangnya ini adalah pengalaman yang agak baru juga buat saya kerana sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan pelanggan hanya melalui email dan kadangkala menggunakan telefon atau sms.Tetapi,sejak saya bina website khas untuk walkie talkie dan mula “memasuki” pasaran di Mudah.my,senario dan jadual waktu kerja saya mula berubah.Konsep yang diamalkan di Mudah.my nampaknya lebih memerlukan komitmen yang tinggi dalam berurusan dengan pelanggan.

Tapi,saya rasa seronok dan gembira bila melihat mereka berpuas hati apabila membeli sesuatu barang.Ini tidak dapat digambarkan oleh saya selama ini.Kebiasaannya,saya tidak tahu apa perasaan yang dilalui oleh para pelanggan saya sebelum ini.Bayangkanlah jika saya perlu uruskan hampir 50 bungkusan setiap kali sesi penghantaran barang ke Pos Laju dan itu adalah mustahil bagi saya untuk membayangkan perasaan setiap seorang dari mereka.Apa yang saya wajib pastikan ialah,setiap bungkusan atau parcel perlu selamat sampai ke tangan pelanggan pada waktu yang ditetapkan.Selepas itu pelanggan akan menghantar e-mail dan dari situ saya akan mengukur tahap kepuasan pelanggan.Tetapi,berbeza dengan urusniaga secara “live”,kepuasan pelanggan akan dapat kita lihat di depan mata dan keseronokkan itu sememangnya sukar digambarkan.

Walau bagaimanapun,tidak semua urusniaga dapat dilakukan secara “live”.Teknik ini hanya praktikal bagi pelanggan-pelanggan yang berada di kawasan “liputan” saya.Bagi pelanggan atau bakal pelanggan saya yang berada jauh seperti di Sabah dan Sarawak atau di mana-mana sahaja..anda jangan risau,kita masih lagi boleh berurusniaga seperti biasa.

Oklah,di bahagian bawah ini saya sertakan video yang saya rakam tadi bersama En.Helmi dari Klang dan jika anda nak tengok lain-lain video,anda klik sahaja pada logo youtube di bawah.

youtube1

Sampai jumpa lagi dan jika anda ada pendapat atau cadangan,sila “reply” sahaja artikel ini dan anda juga dibenarkan untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda.Saya sangat berterima kasih untuk itu.

Share/Save/Bookmark

Nokia E71 untuk dijual…

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,

Hari ini saya bercadang nak jual telefon bimbit saya-Nokia E71.So,tujuan saya letakkan di blog ini ialah supaya memudahkan anda semua “view” secara dekat gambar-gambar telefon bimbit itu dari pelbagai sudut.Ini kerana di Mudah.com saya hanya letakkan 3 imej sahaja.

Lagi satu,saya terima terlalu banyak panggilan telefon dan sms yang bertanyakan perihal telefon ini.Ada juga sms yang saya tak sempat balas.Bukannya sombong yer,sebenarnya jari jemari saya tak cukup pantas nak reply.

Oklah,memandangkan saya ada iklankan telefon bimbit ini di lelong.com.my dan juga Mudah.com.Saya kira ia pasti akan menarik ramai perhatian “peminat” Nokia.Kalau di Lelong.com.my,anda yang berminat dan mempunyai ID Lelong pasti boleh gunakan fungsi “QuickGrab” untuk mendapatkan telefon ini.Setelah “QuickGrab” berlaku maka telefon ini sudah tidak boleh diiklankan lagi dan saya juga akan mengeluarkan iklan ini dari Mudah.com.Kepada anda yang melihat iklan ini di Mudah.com,anda perlu cepat “contact” saya dan aturkan pertemuan.Boleh COD di Putrajaya dan jika anda nak dihantar gunakan POS juga saya boleh uruskan.Jangan risau,pelanggan dari Sabah & Sarawak juga mempunyai peluang yang sama rata.

Ok,sila klik gambar di bawah untuk melihat lebih banyak gambar telefon ini.Jika ada soalan,boleh call saya di 012-7744400(Yuzafi).

P/S:Nokia AVAXX Warranty sampai bulan August 2010.

Maklumat Terkini:

Tawaran jualan E71 telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada seorang pelanggan yang telah meletakkan deposit.Tempoh deposit akan tamat sehingga hari Ahad 30-05-10.Jualan akan dibuka semula pada tarikh itu jika pendeposit tidak melengkapkan urusniaga.

p5200535

Terima kasih:

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Zulkifli kerana telah melengkapkan urusniaga ini.Kepada anda yang lain juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas minat anda dan saya menerima banyak panggilan telefon,sms dan email.Saya berharap akan dapat berjumpa dan melakukan urusniaga dengan anda pula di lain masa.Di bawah ini saya ada sertakan video temuramah ringkas saya bersama En.Zulkifli.

Share/Save/Bookmark

Tips untuk menghadapi 2010

Tahun 2009 sudah berada di penghujung jalannya…Tahun 2010 pula yang akan menanti kita pada esok hari.

Di sini saya ada beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan sebagai panduan untuk menghadapi tahun 2010 yang belum kita tahu apa pula cabarannya.

  • Tuliskan matlamat atau cita-cita anda-Ya,kaedah lama ini semakin kita tinggalkan.Dapatkan sehelai kertas dan senaraikan apa matlamat yang anda sasarkan pada tahun 2010.Mungkin anda boleh siapkan satu “checklist” dan senaraikan satu persatu.Jika,salah satu matlamat atau obejektif anda tercapai,anda boleh tandakan √  dan fokus kepada sasaran seterusnya.
  • Tampalkan kertas matlamat anda-lekatkan ia di hadapan meja atau di mana-mana tempat yang anda senang untuk lihat.Anda mungkin boleh print atau gunakan kreativiti anda untuk hasilkan “kertas matlamat” itu supaya nampak cantik.Tetapi,harus diingat-cantik saja pun tidak mendatangkan apa-apa kesan jika anda tidak mengambil tindakan.

Itu sahaja tips kali ini.Walaupun ia nampak “simple” dan begitu mudah untuk dilakukan.Tetapi,ia tidak senang untuk   dipraktikkan.Sebenarnya,tips ini telah berjaya menjadikan ramai orang sukses dalam bidang masing-masing.Kesan daripada melihat “matlamat” anda setiap hari akan membuatkan anda fokus dan bekerja mengikut perancangan dan bukannya membiarkan hidup anda berlalu dengan begitu sahaja.

Anda juga boleh hasilkan 2 “kertas matlamat” iaitu satu untuk matlamat peribadi atau keluarga dan satu lagi untuk matlamat kerjaya atau perniagaan anda.

Jumpa anda semua di tahun 2010.

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com


Share/Save/Bookmark

Produk baru peneraju pasaran?

Saya terpanggil untuk berkongsikan pendapat saya bersama anda semua mengenai “adakah sesuatu produk baru itu akan menerajui pasaran?”Pastinya ada pelbagai pendapat yang akan menyokong atau menidakkan kenyataan di atas.Baiklah,mari kita cuba huraikan persoalan tersebut.

Adalah menjadi satu cabaran kepada usahawan untuk tampil memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan baru di pasaran.Ini kerana,sebelum sesuatu produk itu direka dan dipasarkan,usahawan tersebut perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu sebelum boleh meneruskan cita-citanya.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Menjalankan kajian permintaan produk tersebut di pasaran.
  • Mencipta satu sistem atau kaedah yang paling efektif untuk menghasilkan produk tersebut.
  • Bersedia dari segi emosi dan kewangan jika produk tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kebiasaannya,produk yang telah berjaya lulus ujian “kadar permintaan” dan sememangnya pasaran memang sedia “dahagakan” produk tersebut,pasti akan berjaya dan akan memonopoli pasaran tersebut.Tetapi,satu permasalahan akan timbul iaitu,berapa lama produk tersebut akan menjadi “market leader”? 1 tahun,5 tahun atau 10 tahun?

Tetapi,di zaman ini sesuatu produk yang mengungguli pasaran pasti akan diberikan saingan yang secukupnya dan persaingan akan wujud dengan pantas.Sudah tentu akan ada usahawan lain yang akan cuba mewujudkan “produk pengganti” bagi berkongsi pasaran.Di sinilah,cabaran getir perlu dipikul oleh peneraju pasaran iaitu “bagaimana mengekalkan penguasaan” terhadap sesuatu pasaran dan tetap menjadikan ia sebagai produk pilihan no.1 pengguna.

Sebagai contoh mudah,anda pasti kenal dengan jenama Celcom.Ya,Celcom ialah salah satu jenama pembekal rangkaian telefon selular di Malaysia dan pada suatu masa dahulu syarikat inilah yang telah memberikan satu senario baru di kalangan rakyat Malaysia iaitu “membudayakan telefon di dalam poket”.Setelah sekian lama syarikat tersebut menjadi pilihan pengguna dan mengawal pasaran.Kini,pelbagai syarikat telekomunikasi telah muncul dan bersedia untuk berkongsi pasaran.Malah,sewaktu saya bekerja bersama Celcom dahulu,saya telah merasakan dan melihat bagaimana syarikat pembekal lain berlumba-lumba untuk menewaskan si no.1 dan seterusnya cuba untuk merampas gelaran sebagai peneraju pasaran.

Lagi satu perkara yang anda perlu berikan perhatian ialah,kebiasaanya pesaing akan mengkaji dahulu “bahagian pasaran”  dan mereka juga turut tidak lupa memerhatikan sistem yang anda wujudkan untuk menghasilkan dan memasarkan produk itu.Jadi, si pesaing akan cuba mencari kelemahan produk anda dan seterusnya akan datang bersama satu penyelesaian baru dan pastinya akan memberikan anda persaingan yang sengit.Jadi,nasihat saya ialah cuba hasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan sehabis baik dan seterusnya akan menyukarkan pesaing menggugat kedudukan anda.

Jadi, jika anda sedang berkira-kira untuk memasarkan sesuatu produk baru di pasaran anda perlu mengambil kira contoh dan faktor-faktor penting di atas.Sememangnya anda dialu-alukan untuk mewujudkan satu pasaran baru bagi sesuatu produk.Cuma anda perlu bersedia mengekalkan momentum supaya dapat sentiasa menjadi no.1 dan tetap berada di fikiran pengguna.Sentiasa ingat bahawa produk baru bukan sentiasa menjadi peneraju pasaran.Bahkan anda sebenarnya sedang memberikan idea perniagaan kepada pihak lain.

Kredit Imej:http://www.cartoonstock.com/

Share/Save/Bookmark

Proses Penstrukturan Semula….

Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog saya,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah di blog saya.Tidak dapat saya nafikan kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas rutin menguruskan bisnes di lelong.com.my dan pada waktu yang sama juga saya dalam proses untuk menaik taraf blog ini memandangkan sekarang nie dah bulan November…tidak berapa lama lagi akan menjelang tahun 2010.Pastinya,tahun tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai kerja dan saya mesti menyiapkan segala kerja yang sepatutnya disiapkan pada tahun ini.Jadi,mudahlah sikit saya untuk merancang aktiviti pada tahun depan.

Kepada para peserta projek “underground seller”,saya ada rancangan untuk anda semua.Jadi,saya harap anda tunggu dan saya akan maklumkan kepada anda rancangan saya pada bila-bila masa sebelum penghujung bulan ini.Jadi,rajin-rajinlah semak e-mail anda.

Dalam kesibukkan yang saya dan anda lalui pada waktu ini,saya ingin menegaskan bahawa anda tidak boleh lupa untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan anda.Tambahan lagi jika anda ingin maju di dalam bidang ini.Anda dan saya sudah sedia maklum bahawa perkembangan internet ini adalah sangat pantas sehinggakan ia benar-benar tidak memberikan anda ruang untuk berehat.Setiap hari ada sahaja informasi yang perlu anda “telan” dan nasihat saya..jangan paksa diri anda.Cuba susunkan jadual anda supaya anda tidak terlebih “hadam” informasi tersebut dan pada masa yang sama anda mengambil terlalu banyak masa untuk tujuan “pembelajaran” sehingga anda lupa untuk melakukan kerja-kerja anda yang lain.

Saya juga pernah terjebak dengan situasi “ghairah” itu sehinggakan tidak sedar sudah beberapa jam masa berlalu.Jadi,cuba disiplinkan diri anda dan uruskan masa dengan bijak.Apabila sudah cukup waktu,berehat dahulu dan buat kerja-kerja anda yang lain.Elakkan diri dari masalah “menangguhkan kerja”.Semasa di sekolah,cikgu saya ada beritahu bahawa “bertangguh itu pencuri masa”.Jadi,cuba kita fikirkan bersama apa maksud yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut.



Share/Save/Bookmark

Welcome back to school


Mungkin ada di antara sahabat dan pembaca blog saya yang baru sahaja mula bertugas pada hari ini setelah bercuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri.Selamat kembali bertugas dan tentunya anda menempuh pelbagai kenangan manis semasa di kampung halaman.

Saya juga faham perasaan anda bila mana dah bercuti panjang tentu rasa agak “liat” sikit semasa nak memulakan tugas.Saya juga seperti itu dahulu…Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah cuba fokus kembali kepada kerja-kerja anda semula.Saya suka akan kata-kata seorang sahabat saya yang berbangsa Cina.Kata beliau…

kalau kita ada banyak wang..hari-hari pun boleh raya..Tapi,kalau kita tak cukup wang..hari raya pun macam tak mahu raya..

Cuba anda renungkan kata-kata tersebut.

Share/Save/Bookmark

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

“Suasana Hari Raya”-Anuar & Ellina,TV3 1986

Saya dapat tahu ada rakan-rakan saya yang sudah mula bercuti pada hari ini dan akan memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing…Hanya pesan dan ingatan kepada mereka supaya berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi.Sudah tentu kepulangan anda semua dinanti-nantikan oleh orang tersayang.

Kepada anda yang masih bertugas dan mungkin akan pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat dan Sabtu…teruskan tugas anda seperti biasa.Saya faham,pada waktu-waktu begini tentu “mood” nak bekerja tu dah mula berkurang sikit.Maklumlah,suasana menyambut hari raya sudah mula terasa benar.

Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini kerana bertugas atau atas sebab-sebab lain.Selamat menyambut hari raya juga buat anda..mungkin di tahun hadapan anda berpeluang untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama sanak saudara.

Saya pula…akan bertolak pulang ke kampung halaman di Batu Pahat,Johor pada hari Sabtu selepas bersahur.Mungkin pada waktu itu kenderaan tidak banyak di lebuh raya.Jadi,mudahlah sikit perjalanan dan tidak tersekat-sekat akibat “traffic jammed”.

Jadi,walau bagaimana pun persiapan anda dalam menyambut hari lebaran saya harapkan anda dapat menyambutnya dengan cara yang terbaik dan bergembira bersama keluarga tersayang.Maka,dengan ini saya tidak akan menulis di blog ini buat sementara waktu sempena bercuti raya :)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog,protege underground seller,citruscoaching dan semua pelanggan saya yang dihargai.Harap dimaafkan jika ada terkasar atau tersilap bahasa selama saya berkomunikasi bersama anda.

Share/Save/Bookmark

Burung murai

Ketika saya sedang menyiapkan salespage untuk promosi Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi..saya terjumpa sebuah iklan Hari Raya di Youtube.Terhenti sekejap kerja saya bila mana iklan tersebut betul-betul menyentuh hati.


Ada banyak lagi iklan Hari Raya yang memberikan kesan yang mendalam kepada diri kita dan mungkin anda juga boleh kongsikan iklan Hari Raya kegemaran anda disini…


Share/Save/Bookmark

Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-52

Sambutan hari merdeka di bulan puasa

Rasanya,ini adalah pengalaman pertama saya menyambut hari kemerdekaan pada bulan puasa.Memang berlainan sedikit perasaannya jika di bandingkan dengan sambutan yang lepas-lepas.Walauapa pun merdeka tetap merdeka dan kita sepatutnya menghargai dan fahami erti kemerdekaan ini.

Biasanya,di hari menyambut kemerdekaan kita akan disajikan dengan filem-filem yang ada unsur perjuangan.Tetapi,kebanyakkan filem baru tersebut tidak mendapat perhatian saya kerana saya lebih suka akan filem-filem lama seperti Prebet Lapok ,Sarjan Hassan atau Bukit Kepong.

Jadi,sempena menyambut hari kemerdekaan ini,saya ingin share bersama anda sedutan awal filem Bukit Kepong arahan Dato’ Jins Shamsudin.Enjoy :)


Share/Save/Bookmark

Kisah underground seller

Setelah hampir 4 tahun saya menjalankan bisnes di lelong.com.my dan beberapa “channel” lain di internet.Akhirnya,saya mengambil keputusan untuk keluar dari persembunyian saya di sebalik komputer.Maka dengan ini wujudlah laman blog yuzafi.com

Keputusan ini juga dibuat kerana pada 8hb Ogos 2009 yang lepas.Saya telah terlibat dengan menjadi penceramah jemputan di dalam “Workshop Rahsia Raja Lelong” anjuran saudara Eruwan Gerry Norsen-Raja Lelong.Beliau jugalah yang memberikan gelaran “underground seller” kepada saya.

Kesan daripada workshop tersebut,para peserta telah mula mengenali saya di samping saya mempunyai komitmen untk menjadi “personal coaching” bagi mereka selama 3 bulan.Mengapa 3 bulan sahaja?!Jawabnya ialah,itu adalah sebahagian daripada perjanjian saya dengan saudara Gerry untuk saya bersetuju menyertai beliau di dalam workshop tersebut kerana pada masa itu saya bimbang akan tergugatnya privasi saya.

Setelah itu,saya dapati ada peserta workshop yang telah updatekan blog masing-masing dan bercerita mengenai workshop tersebut.Jadi,blog-blog mereka telah di”crawl” oleh enjin carian dan secara tidak langsung profile saya juga sudah tidak lagi menjadi “underground”.

Jadi,oleh kerana itu saya telah  mengambil keputusan untuk terus mendirikan sebuah blog dan ini akan memudahkan lagi peserta workshop mendapatkan maklumat terkini daripada saya.

Setakat ini dahulu sebagai permulaan.Jumpa saya lagi di post akan datang.

Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan bermula dari basic.Anda juga boleh terus “follow” saya di sini.Saya akan memaparkan tips dan panduan yang selama ini saya simpan dan gunakan sebagai “underground seller”.

P/S: Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52-Satu Malaysia dan Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam.



Share/Save/Bookmark

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.