Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Percaya pada diri sendiri

Percaya atau tidak bahawa kepercayaan kepada diri sendiri merupakan satu kuasa yang mampu mendorong kita untuk lebih maju kehadapan dari hari ke hari.Anda yang boleh menunggang basikal tentu masih ingat lagi kenangan bagaimana anda mula-mula belajar menunggangnya dahulu.Salah satu sebab mengapa anda boleh menunggang basikal ialah anda percaya kepada diri sendiri.

Saya mula belajar menunggang basikal ketika saya berumur 6 tahun.Pada waktu itu saya tidak faham pun langsung apa itu konsep percaya kepada diri sendiri.Apa yang saya tahu pada ketika itu ialah saya mesti pandai menunggang basikal supaya saya dapat berkawan dengan rakan-rakan di kawasan tempat tinggal saya dan berbasikal bersama-sama mereka pada waktu petang.Lagi satu,saya berharap supaya ayah dapat melihat  saya boleh menunggang basikal dan ayah akan tergerak hati membelikan sebuah basikal kepada saya kelak.

Jadi,setiap petang selepas ayah pulang dari kerja,saya akan mencuri peluang untuk meminjam basikal ayah dan belajar menunggang basikal.Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman belajar naik basikal untuk orang dewasa pada ketika berumur 6 tahun seperti saya.Pasti anda mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan.Akhirnya setelah bersusah payah dan banyak kali mencium tanah,akhirnya saya pun jadi pandai menunggang basikal.

Setelah saya agak dewasa dan sudah boleh mula berfikir,saya renung kembali basikal yang ada di depan mata saya..masa tue ayah dah belikan saya sebuah basikal :) Saya terfikir bagaimana basikal yang mempunyai 2 roda boleh menampung berat badan saya dan boleh bergerak tanpa jatuh?Ia sama sahaja seperti motosikal yang mempunyai 2 roda.Kenapa basikal tidak diciptakan dengan 4 roda supaya orang tidak perlu bersusah payah belajar mengimbangkan badan dan tidak perlu takut jatuh..? Persoalan itu bermain di fikiran saya sehingga saya mendapatkan jawapan dari sudut saintifik tentang teori imbangan ketika di sekolah menengah.

Semalam,ketika sedang berehat di taman permainan,saya terserempak dengan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal.Tetapi di zaman ini mereka menunggang basikal dengan mempunyai 2 roda kecil di belakang dengan tujuan supaya tidak jatuh.Semasa saya kecil dahulu basikal ayah tiada roda kecil seperti itu :) Saya termenung sebentar,apa dia faktor yang menyebabkan saya boleh menunggang basikal tanpa bantuan 2 roda kecil itu?Akhirnya,setelah saya tenung basikal kanak-kanak itu dan cuba bandingkan dengan basikal ayah dahalu..ternyata,jawapannya tidak terletak pada basikal itu.Ianya terletak kepada kepercayaan kepada diri sendiri…Ya,percaya kepada diri sendiri merupakan satu faktor penting yang menyebabkan saya berjaya menunggang basikal dengan mengenepikan perasaan takut,sakit akibat jatuh dan dimarahi emak kerana tidak serik-serik pulang ke rumah dengan baju yang kotor.

Jadi,saya anggapkan bahawa jika kita mempunyai sesuatu keinginan atau cita-cita.Faktor yang paling penting dan perlu ada di dalam diri kita ialah “percaya pada diri sendiri”.Apabila kita sudah mempunyai elemen ini di dalam diri,nescaya tidak ada satu faktor halangan pun yang boleh menghalang anda dari berjaya.Sesuatu kejayaan itu akan lebih manis lagi apabila ia melalui pelbagai liku dan pengalaman pahit manis dan akan menjadi kenangan seumur hidup.

P/S:Terima kasih kepada “basikal ayah” yang bukan sahaja ayah gunakan untuk ke tempat kerja,malah memberikan saya pelajaran tentang erti hidup ini.


Share

Celebrate kejayaan anda!

Bila kali terakhir anda merayakan atau “celebrate” kejayaan anda?Mungkin setahun lepas atau mungkin tidak pernah langsung..sila jawab persoalan ini dalam hati saja :)

Jika anda suka menonton perlawanan bola sepak di kaca tv..biasanya selepas gol dijaringkan para pemain akan bersama-sama berlari dan mengucapkan tahniah kepada penjaring gol..dan dalam keadaan yang begitu terdesak..bila gol berjaya dijaringkan..penjaga gol juga turut serta dalam meraikan gol tersebut..mengapa ianya begitu penting..?!kalau dah gol..ia tetap gol..mengapa perlu diraikan dengan begitu “happening” sekali…Jawabnya ialah..dengan meraikan sesuatu kejayaan ia akan dapat meningkatkan motivasi diri dan pasukan.Seterusnya akan mendorong untuk menghasilkan lebih gol.

Anda juga perlu begitu…setelah anda berjaya menyiapkan sesuatu kerja atau berjaya mendapatkan sesuatu “target”..anda wajib untuk merayakan kejayaan itu.”Reward youself” atau hadiahkan diri anda dengan sesuatu..mungkin cuti rehat selama 1-2 hari..belikan diri anda barang yang anda suka…semakin besar kejayaan anda maka semakin besar jugalah hadiah yang anda akan perolehi…walaupun cuma anda seorang yang raikannya…

Anda akan dapati,tenaga dan motivasi anda untuk bekerja akan menjadi lebih memberangsangkan setelah anda raikan kejayaan anda.Jika anda tidak “celebrate” kejayaan anda..anda akan terperangkap dalam situasi yang membosankan dan mula menganggap kerja anda adalah beban.Bila ini berlaku,saya yakin hasil kerja anda tidak akan memuaskan dan akan dilanda dengan sindrom kemurungan.Hal ini berlaku kerana jiwa anda tidak gembira dan pada masa yang sama anda menggerakkan fizikal dan mental anda untuk terus bekerja secara paksa.

Jadi,luangkan sedikit masa dengan meraikan kejayaan anda.Sesuatu kejayaan perlukan usaha dan komitmen yang tinggi dan anda tentu akan berasa keletihan di penghujung jalan.Jadi,dengan adanya program “Reward Yourself” anda akan berasa lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja-kerja anda.

P/S:Bagi mereka yang beragama Islam,tentu anda sedang menjalankan ibadah puasa pada waktu ini.Jadi,sebagai “reward” anda akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sepanjang bulan Ramadhan pula pelbagai “ganjaran” disediakan oleh-NYA.


Share

090909

Adakah anda sedang menetapkan sesuatu matlamat pada hari ini?Mungkin ada yang berbuat begitu dan mungkin ada juga yang menganggap ia sebagai tarikh yang biasa saja.

Menurut sumber-sumber yang saya ketahui,090909 memberi makna “kebaikkan yang berterusan”.
Apa pendapat saya?Bagi saya ia hanyalah satu tarikh yang biasa jika kita tidak menetapkan sebarang sasaran.Kenapa tidak meletakkan sasaran pada awal tahun?Bagi saya setiap masa,kita boleh tambah matlamat kita dan tarikh 090909 sangat sesuai kerana senang untuk diingat dan mungkin memberikan satu significant motivasi.Saya selalu memilih tarikh yang cantik atau senang diingat untuk memulakan sesuatu projek yang mempunyai jangkamasa setahun untuk dinilai semula.

Mungkin anda boleh juga mencubanya dan cuba lihat hasilnya nanti pada 090910 atau ada juga orang yang suka bermula pada 090909 dan menilai semula pada 101010.Kepada mereka yang sedang berkira-kira untuk membuat sesuatu projek atau “task” mungkin boleh gunakan keadah ini – From 090909 to 101010©


Share

Fokus atau matlamat dahulu?

Saya selalu dengar tentang orang ramai bercakap mengenai fokus.Apa itu fokus sebenarnya?

Bagi saya fokus adalah satu “tools” atau teknik yang kita gunakan untuk mempercepatkan perjalanan atau “progress” ke arah mencapai sesuatu matlamat.Selalu juga saya terdengar tentang orang membincangkan mengenai matlamat dahulu atau fokus dahulu?

Bagi saya biarlah kita “setkan” dahulu matlamat dan kemudian baru kita fokus dan ada segelintir orang berpendapat bahawa tanpa fokus pun kita boleh mencapai matlamat.

Baiklah,biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak…ia berkenaan kanta pembesar yang saya gunakan untuk mengfokuskan cahaya matahari ke atas sekeping kertas.

Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.

Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.

Mungkin anda pula mempunyai pengalaman dan pendapat yang lain atau berbeza.Jika anda rasakan pengalaman dan pendapat anda boleh membantu orang ramai.Sila postkan di sini.Saya sangat mengalu-alukannya.


Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.