Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Selamat Tahun Baru 2012

The Pursuit of Happyness

Assalamualaikum dan salam sejehtera…

Tahun baru muncul lagi…

Biasanya, kita semua akan ditanya mengenai apa azam tahun baru..??
Saban tahun, itu adalah soalan yang wajib ditanya samada ditanya oleh orang lain kepada anda atau pun, soalan itu ditanya oleh fikiran anda kepada hati anda sendiri…

Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang mengenai tahun baru 2012.. Tetapi, bagi diri saya sendiri… saya sangat terkesan dengan filem ini “The Pursuit of Happyness” lakonan aktor hebat Will Smith…. “Don’t ever let somebody tell you, you can’t do something, you got a dream you got to protect it”

Mungkin anda juga ada mempunyai filem yang boleh memberikan anda semangat atau motivasi diri… jika tidak keberatan.. marilah berkongsi bersama saya :)


The Pursuit of Happyness

Share

Syabas Dato’ Lee Chong Wei

all england 2011 champion
Berbaloi jugak rasanya saya menyaksikan perlawanan badminton antara Dato’ Lee Chong Wei dari Malaysia dan Lin Dan dari China.

Memang sejak semalam saya dah agak yang Final All England 2011 kali ini akan mempertemukan Pemain No. 1 Dunia iaitu Dato’ Lee Chong Wei dengan Juara Dunia dan Olimpik Lin Dan. Walaupun untuk beberapa kali Lin Dan cuba untuk tidak bersemuka dengan Dato’ Lee Chong Wei dengan alasan-alasan yang meragukan dan mengecewakan penonton dalam beberapa siri termasuk Malaysia Open yang lalu. Tapi, di pentas All England memang pertemuan kali ini di nantikan ramai peminat badminton. Dato’ Lee Chong Wei cuba untuk mempertahan kejuaraan All England tahun lepas manakala Lin Dan pula cuba untuk muncul di kejuaraan besar seperti All England dan seterusnya cuba untuk membelasah Dato’ Lee Chong Wei dan mengekalkan “badi” di antara mereka.

Tapi, tadi persembahan Dato’ Lee Chong Wei nyata berbeza dan boleh saya kata ini adalah permainan terbaik beliau menentang Lin Dan yang pernah saya saksikan.

Apa pun, Tahniah Malaysia….tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei kerana berjaya mempertahankan kejuaraan All England dan seterusnya membuang “badi” Lin Dan…Permainan anda malam ini sememangnya “superb” serta tidak menghampakan penonton di tanahair dan di The Nia, Birmingham, London.

Syabas Dato’ Lee Chong Wei.

Share

Perubahan sedikit, kesan besar

Pernyataan yang umum adalah ibarat ‘mencurah air ke atas daun keladi’, ia tidak memberi kesan ke atas minda prospek. Untuk mengatakan bahawa “Terhebat di dunia”, “harga terendah” memang perkara yang mudah dilakukan. Malangnya, paten pernyataan berkenaan akan membawa kesan buruk terhadap imej perniagaan anda.

Ia membawa mesej ekspresi yang longgar, kemungkinan diperbesar-besarkan, dan penilaian yang ala kadar. Ia membuatkan pernyataan anda hampir tiada harga di mata pelanggan. Pengiklan wajar mengetahui bahawa setiap pernyataan ‘ter…’ akan diikuti oleh perasaan berhati-hati prospek.

Pelanggan Hari Ini Telah Berbeza

Minda bawah sedar mereka akan berkata “Memanglah kau kata barang kau yang terbaik sebab kau yang jual.” Pelanggan hari ini terdiri dari ahli masyarakat yang terdidik dan berpelajaran. Mereka akan menapis sesuatu maklumat dan tidak sewenang-wenangnya menerima sesuatu pernyataan, apatah lagi apabila sesuatu produk diajukan kepada mereka.

Sebagai perbandingan, prospek juga melihat bahawa pengiklan yang membuat pernyataan yang spesifik mungkin sahaja berkata benar mungkin juga bohong. Namun demikian, berita baiknya bagi penjual adalah prospek menjangkakan pengiklan tidak akan berbohong menggunakan media masa kerana sebrang pembohongan menggunakan media masa akan menjejaskan kredibiliti pengiklan.

Pernyataan Spesifik vs Pernyataan Umum

Pernyataan yang spesifik kebiasaannya akan diterima oleh prospek di mana figur-figur yang tepat akan diambil berat. Fakta spesifik, apabila dinyatakan, mempunyai impak yang besar terhadap minda prospek.

Bandingkan situasi-situasi berikut dan anda sendiri rasakan impaknya:
Pengedar mengatakan:
a. “Harga kami telah diturunkan”
b. “Harga kami telah diturunkan sebanyak 25 peratus”

Syarikat insurans mengatakan:
a. Kadar perlindungan telah dipertingkatkan”
b. Kadar perlindungan telah dipertingkatkan sebanyak RM10,000”

Syarikat latihan mengatakan:
a. “Teknik dan strategi yang kami ajar telah meningkatkan jualan pelanggan-pelanggan kami”
b. “Teknik dan strategi yang kami ajar telah meningkatkan jualan pelanggan-pelanggan kami sehingga 200 peratus”

Bolehkah anda nampak perbezaan impak pernyataan-pernyataan di atas? Paten pernyataan (a) biasanya hampir tidak memberi impak langsung kepada prospek, manakala pernyataan (b) mendapat perhatian penuh prospek.

Kepentingan Penggunaan Slogan Yang Tepat
Sebuah kisah tentang sebuah sebuah perniagaan menjual pakaian wanita di Amerika Syarikat yang menggunakan slogan “Harga terendah di Amerika” selama beberapa tahun. Malangnya, setelah melihat keberkesanan kenyataan berkenaan, pesaing-pesaing mula menggunakan kenyataan yang sama. Selepas itu syarikat berkenaan menjamin bahawa harga mereka adalah terendah, dan sekali lagi tindakan mereka ditiru oleh para pesaing.

Hampa dengan situasi berkenaan, mereka mengubah kenyataan kepada “Keuntungan kami hanya 3 peratus.” Pernyataan berkenaan adalah spesifik dan ia terbukti sangat mengagumkan. Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa harga mereka adalah minimum dan hampir tiada satu syarikat pun yang dijangkakan mampu untuk melakukan urusniaga dengan keuntungan di bawah 3 peratus. Tahun berikutnya perniagaan mereka mencapai pertumbuhan yang amat menggalakkan.

Pada suatu masa, dalam perniagaan automotif, terdapat tanggapan awal bahawa keuntungan syarikat-syarikat dalam industri berkenaan adalah keterlaluan. Memanfaatkan situasi berkenaan, satu syarikat pengiklanan keluar dengan pernyataan “Keuntungan kami hanya 8.5 peratus.”

Cerita di atas hanya sebagai contoh untuk menunjukkan keberkesanan pernyataan yang spesifik. Dari satu sudut yang lain, pakar-pakar pemasaran tidak menggalakkan anda terlibat dalam peperangan harga.

Terbaik dari: majalah niaga.

Share

Selamat tinggal 2010, Selamat datang 2011

Artikel terkini akan menyusul, saya sedang bersiap untuk ke Melaka negeri bersejarah untuk bercuti dan menyambut tahun baru di sana. Anda bagaimana, di mana anda semua menyambut tahun baru 2011. Walau di mana pun anda menyambutnya, itu tidak penting kerana apa yang penting ialah anda bergembira dan dapat merencanakan sesuatu yang baik untuk tahun 2011.

Kebetulan hari ini ialah Cuti Umum- Sempena kejayaan pasukan Malaysia memenangi AFF Suzuki Cup 2010 (terima kasih PM dan pasukan Bola Sepak Malaysia). Jadi, kepada yang memandu, sila berhati-hati kerana dijangka bilangan kenderaan akan bertambah terutama bagi destinasi menarik untuk “count down” malam nanti. Saya berundur dulu dan akan upload gambar2 menarik semasa saya di Melaka nanti… Selamat menyambut tahun baru 2011.

————————————update 12.30pm 31/12/2010————————————-

Klik imej “photo badges” di bawah untuk melihat gambar yang saya upload semasa di Melaka.

malacca

Share

Benarkah anda tiada masa?

Saya seringkali juga mengalami konflik “masa” dan saya rasa tiap-tiap orang daripada kita juga pasti akan mengalaminya.Ya,setiap manusia di muka bumi ini mempunyai 24 jam sehari dan sebahagian dari jumlah masa itu digunakan untuk bekerja.

Saya suka bercerita konsep masa ini berdasarkan pengalaman hidup saya sekarang.Pada ketika saya menulis artikel ini pun saya sedang memikirkan apakah ada jalan atau teori yang membenarkan manusia bekerja menurut masa atau waktu yang dikehendakinya..

Tiba-tiba saya teringatkan kertas jadual waktu yang dahulunya saya tampalkan di dalam “kotak pensil” semasa sekolah.Ketika saya kecil,ayah saya juga telah menyiapkan jadual waktu untuk saya di mana ia merangkumi apa yang yang perlu saya buat selepas sekolah dan kemudian aktiviti yang perlu dilakukan pada malam hari.Apa yang saya masih ingat tentang jadual itu ialah tentang masa makan,subjek pelajaran yang perlu diulangkaji pada hari itu,waktu kena masuk tidur dan juga ada hari dan waktu yang dibenarkan menonton TV.

Sejenak saya terfikir,semasa ayah buatkan saya jadual waktu dahulu,saya agak meradang juga..maklumlah..ketika itu saya masih anak-anak sekolah dan lebih gemar bermain dan menonton TV.Jadi,bila ada jadual waktu tersebut saya terpaksalah ikuti kerana takutkan ayah :) Bila dah dewasa,baru saya sedar akan keperluan jadual waktu seperti itu.Mungkin ada di antara kita yang sedang meningkat dewasa dan malu untuk menampalkan jadual di dinding seperti yang ayah saya buat dahulu.Itu saya tak nafikan..saya juga pernah melalui usia remaja seperti anda.

Cuma,apa yang saya nak tekankan di sini ialah,bukan mudah untuk anda berjaya tanpa jadual waktu yang mengaturkan aktiviti harian anda.Tidak kira jika anda sekarang adalah pekerja atau menjalankan perniagaan.Anda perlukan jadual waktu untuk bekerja atau menguruskan aktiviti perniagaan dan ketika di rumah,anda perlu juga ada jadual untuk aktiviti bersama keluarga,jiran-jiran dan juga aktiviti keagamaan.Bagi mereka yang beragama Islam,anda boleh memperuntukkan masa anda untuk mengaji dan juga aktiviti di masjid atau surau.Jadi,dengan jadual waktu seperti itu,anda akan rasa kehidupan anda dalam sehari begitu bermakna dan banyak yang anda akan dapat lakukan secara berfaedah.

Jadual waktu harian juga tidak dapat lari dari pengaruh disiplin.Ini kerana,dengan adanya jadual sahaja tetapi tanpa disiplin,anda tidak akan kemana-mana.Jadi,mulai hari ini,cuba siapkan jadual waktu harian anda serta cuba patuhinya.Saya rasa dengan ini,anda akan dapat menggunakan masa secara berkesan dan tiada lagi istilah”wah..cepatnya masa berlalu..apa yang saya dah buat hari ini..??”..

Marilah kita sama-sama renungkan….


Share

7 hari sudah berlalu


Masa berlari dengan begitu pantas….sedar dengan tidak,7 hari sudah kita berada dalam tahun 2010.Apakah anda semua sudah lakukan sesuatu yang “baru” atau masih lagi menjalankan rutin seperti tahun lepas.Saya bukanlah memaksa anda untuk menukarkan rutin hidup anda…Cuma,kepada yang cuba atau inginkan sesuatu yang baru pada tahun 2010 ini..rasanya memang belum terlambat untuk “mengejutkan” diri anda.Mungkin ada di kalangan anda merasakan tidak perlu untuk mengubah apa-apa…itu pun terpulang kepada anda juga.

Melakukan perubahan memang bukan sesuatu yang mudah.ia satu perkara yang akan menukar kelaziman atau cara hidup kita.Jika anda ingin lakukan perubahan,nasihat saya ialah,lakukannya secara beransur-ansur dan jangan dibuat secara mengejut jika tidak mampu.Bagi saya,biarlah ia bergerak walau seinci pun daripada tidak bergerak langsung.

Secara amnya,untuk melakukan perubahan bagi mengejar matlamat anda..anda sebenarnya memerlukan satu pelan kerja yang sistematik.Anda perlu bekerja di dalam “time frame” yang sudah anda rangkakan.Penilaian atau pencapaian perlu direkodkan.Tidak kira jika anda sedang berjaya atau rancangan anda sedang berada dalam masalah.Ini penting supaya anda dapat menganalisa di mana kehebatan dan kelemahan anda.Jika anda rasakan pelan anda sukses,anda hanya perlu ulang atau ikuti sahaja perancangan anda atau jika anda rasa anda sedang dalam masalah,inilah masa untuk anda “re-structure” dan perbaiki semula kesilapan supaya ia tidak berlaku lagi.

Bagi saya,tempoh 7 hari ini adalah terlalu “muda” untuk anda mengalah.Apa yang penting ialah,anda sedang melakukan apa yang anda telah rencanakan.Semoga tahun 2010 ini akan memberikan anda semua kejayaan!

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com

Share

Ada masanya,kita perlu “beransur”

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya.Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Saya masih lagi rasa teruja akibat kemenangan pasukan bolasepak Malaysia yang telah menang selesa ke atas pasukan Laos dalam perlawanan bolasepak peringkat separuh akhir Sukan SEA ke-25.Jumlah jaringannya pun agak baik,Malayisa 3 – 1 Laos.Tahniah Malaysia.

Oklah,hari ini saya ingin menulis mengenai satu perkara yang berlaku kepada diri saya baru-baru ini.Ia berkenaan beberapa projek yang saya belum siapkan dan terdapat jemputan untuk menyertai projek atau JV dengan rakan bisnes yang baru.Saya sebenarnya ingin memohon maaf kerana saya akhirnya terpaksa menolak beberapa jemputan JV di saat akhir.Bukan saya tidak berminat atau ingin menolak mentah-mentah…Tetapi,saya telah meletakkan diri saya supaya berada di dalam “baju saya sendiri”.Memang tidak dapat dinafikan,adanya projek bermakna akan adanya juga imbuhan.Tetapi,pada masa yang sama,tanpa saya sedari..masa begitu mencemburui saya..ternyata di saat berakhirnya tahun 2009 saya semakin sibuk dalam usaha untuk menyediakan rancangan untuk tahun depan dan pada masa yang sama saya juga perlu lakukan “post mortem” bagi menilai semula prestasi bisnes sepanjang tahun ini.Jadi,terpaksa juga saya katakan “tidak” kepada beberapa projek yang datang baru-baru ini.

Bagi saya,sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan cermat dan penuh perancangan.Jika anda hanya inginkan banyak “kerja” atau JV.Saya rasa,suatu hari nanti anda akan tenggelam di dalam dunia anda sendiri tanpa dapat mencapai apa-apa pun.Ini kerana anda akan ditimpa masalah “ketidakcukupan masa” dan hasil kerja yang dilakukan tidak akan mencapai tahap sebenar reputasi dan kebolehan sebenar anda.Jadi,nasihat saya,jika anda memang betul-betul mempunyai kemahiran dan di samping itu ada juga masa yang cukup..anda bolehlah terima tawaran JV.Tetapi,jika kerja anda sendiri kebetulan memang banyak dan pada masa yang sama anda ingin tambah lagi kerja..elok difikirkan masak-masak.Takut nanti,keyakinan orang atau rakan JV akan terhakis kerana sikap anda yang tidak mempunyai jadual kerja yang betul.

Kerja-kerja yang dilakukan secara tergopoh gapah sememangnya akan menghasilkan sesuatu yang punya banyak kelemahan.Anda perlu bijak mentafsirkan maksud saya,ia sememangnya berbeza antara bekerja secara “tergopah gapah” dengan “bekerja pantas”.Speed=income..more speed=more income..kalau tergopah gapah pula bagaimana..?apa pula bidalan yang sesuai diletakkan di sini?

Jadi,saya sekali lagi ingin memohon maaf kepada rakan-rakan saya yang baru..anda sebenarnya sudah menjadi rakan bisnes saya..Siapa tahu,di tahun 2010 kita akan dapat bekerjasama dalam satu projek..Cuma,buat masa ini..biarlah saya “beransur” dulu.

Kredit imej:Cartoon Stock

Share

Semangat yang hilang

Setiap benda yang bernyawa pasti mempunyai semangat…ada juga pendapat yang berkata bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai semangat.Jika tidak,tumbuhan atau pokok tidak akan berlumba-lumba untuk menjadi lebih tinggi bagi mendapatkan “lebih” cahaya matahari.Keadaan ini biasa kita nampak di kawasan hutan.

Bagi kita manusia,saya dan anda..tidak kiralah jika anda menjalankan perniagaan atau bekerja bagi pihak lain,semangat adalah satu faktor penting bagi mencapai kejayaan dan meneruskan kelangsungan hidup yang bermakna.Semangat juga mengandungi satu elemen penting iaitu “impian”.

Bagaimana jika kita kehilangan semangat?Sudah tentu anda hanya akan membiarkan hidup anda berlalu begitu sahaja.Ia akan sama sahaja seperti mesin yang hanya bergerak setelah diprogramkan.Tanpa program atau arahan ia adalah sebuah alat yang tidak berguna.Begitu juga manusia,semangat ingin tahu telah membawa manusia menjelajah angkasa lepas,menjejaki bulan dan pelbagai lagi pencapaian luar biasa.Contoh yang lebih mudah,tanpa semangat yang membara tidak mungkin seseorang pelajar mendapat “berbelas-belas” A di dalam peperiksaan SPM.Semua kejayaan itu bukan terjadi begitu sahaja,pastinya akan ada masalah atau halangan yang cuba menidakkan keinginan atau cita-cita tersebut.Semua perkara-perkara negatif itu hanya akan dapat diatasi oleh semangat juang yang tinggi dan perlu anda ketahui,tanpa semangat ingin tahu mengenai apa yang cuba saya sampaikan pada artikel kali ini..sudah tentu anda tidak akan membaca sehingga ke baris ayat ini :)

Saya ada beberapa kaedah yang saya sendiri praktikkan apabila saya mula merasakan yang semangat saya mula “bergoyang”.Biasalah,saya dan anda juga adalah manusia biasa.Jadi,mari kita sama-sama tengok apa yang selalu saya lakukan bagi mengatasi permasalahan ini.

  • Berehat sebentar dari kerja-Antara sebab semangat kita boleh bergoyang adalah kerana beban kerja yang terlalu mendesak atau anda telah bekerja terlalu lama tanpa rehat.Situasi ini akan membuatkan anda “stress” dan hilang tumpuan sekaligus anda akan kurang bersemangat dan semangat “malas” pula yang akan datang.
  • Cuba merehatkan mata dan melihat-lihat di sekeliling anda-Saya juga sering “mencuci mata” sebentar sambil memandang ke arah jalan raya atau pokok-pokok yang boleh di lihat dari ruang kerja saya.Seringkali saya rasa bersemangat semula untuk meneruskan kerja apabila ternampak tukang kebun yang begitu bersemangat mencari rezeki tanpa menghiraukan panas dan penat.Saya juga seperti mereka,perlu sentiasa bersemangat untuk mencari rezeki.
  • Dengar lagu-lagu motivasi-Saya memang menyimpan MP3 lagu-lagu motivasi di komputer saya kerana saya rasa ia adalah satu pencetus semangat segera.
  • Cuba berbual dengan orang yang tersayang-Saya sering juga menghubungi isteri saya dan bercerita serba sedikit mengenai hal-hal kerja saya yang terkini.Kadangkala, mendengar suara orang yang anda sayangi boleh membantu anda bersemangat semula bagi meneruskan kerja atau mencapai impian anda.Anda boleh juga menghubungi ibu bapa,suami,isteri atau anak-anak kerana pastinya anda bekerja keras untuk kebahagiaan mereka.

Mungkin anda juga punya cara tersendiri untuk membangkitkan semangat yang hilang.Jika anda tidak keberatan,silalah berkongsi dengan pembaca blog saya yang lain.Semoga,perkongsian idea anda itu akan dapat merubah kehidupan orang lain ke arah hidup yang lebih bermakna.

Kredit Video:YouTube

Share

Tiba-tiba anda diberhentikan kerja!!!

Saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama saya semalam yang bernama Halim…dan agak terkejut saya kerana berita yang disampaikan ialah satu berita sedih yang menimpa salah seorang kawan lama saya,Azmi yang pernah menjadi rakan sekerja saya semasa di Celcom dahulu.Berita sedihnya ialah,Azmi telah diberhentikan kerja dan menerima pampasan gaji 3 bulan sahaja setelah dia berkhidmat selama 15 tahun!!!

Saya dapat bayangkan betapa susahnya hati dia apabila ditimpa kesusahan ini.Begitu mudah seseorang itu hilang pekerjaan dan tambah memeritkan ianya secara mengejut.Menurut cerita halim,si Azmi hanya menerima e-mail pemberhentian kerja daripada majikan pada hari Jumaat dan diminta “surrender” semua barang milik syarikat pada hari Isnin berikutnya.Begitu sahaja layanan yang diterima setelah 15 tahun berkhidmat….

Baiklah,lupakanlah dahulu kisah kawan saya si Azmi tue…Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah,apa akan terjadi kepada pembaca blog saya yang lain jika perkara ini menimpa anda pula?Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam peringkat pemulihan,bermacam perkara yang di luar dugaan mungkin berlaku.Mungkin,jika anda bekerja di sektor awam perkara ini agak jarang terjadi.Tetapi,jika anda bekerja di sektor swasta yang selalu berada dalam keadaan kompetetif,perkara sebegini tidak mustahil terjadi jika syarikat atau sesebuah organisasi sedang cuba untuk mengecilkan operasi seterusnya mengurangkan kos.

Jadi,seharusnya anda sudah sediakan payung sebelum hujan.Jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak anda sudah tahu apa yang anda perlu lakukan.Di sini saya ada sedikit cadangan bagaimana anda boleh merancang pelan tindakan jika anda tiba-tiba ditawarkan untuk berhenti kerja(VSS) atau anda dipaksa berhenti kerja(MSS).

  • Mulai sekarang anda perlu mempunyai agihan simpanan atau tabung khas yang menyimpan dana untuk “pelan diberhentikan kerja”.
  • Cuba mencari-cari peluang kerja secara sampingan yang tidak mengganggu masa kerja utama anda seperti menjadi agen insuran pada hujung minggu,agen jualan langsung atau anda boleh melakukan perniagaan internet secara sambilan.
  • Anda perlu mula mencari satu kaedah pelaburan wang samada di unit amanah atau apa sahaja pelaburan yang dibenarkan kerajaan.Jika anda lakukan sekarang dan anda hanya diberhenti kerja selepas 10 tahun dari hari ini,tentu anda dapat bayangkan faedah yang bakal anda terima kelak.
  • Kepada anda yang pendiam dan takut untuk mempunyai ramai kenalan,nasihat saya ialah buangkanlah sikap itu.Mulai sekarang anda perlu ramaikan kawan dan membina “networking”.Kerana jika berlaku sesuatu masalah seperti anda diberhentikan kerja, anda tidak akan keseorangan dan mempunyai kawan yang ada pelbagai peluang yang lain.

Itu sahaja nasihat yang saya dapat berikan buat masa ini.Mungkin bagi anda situasi ini biasa sahaja kerana anda berasa anda tidak akan melalui perkara ini.Nanti dulu,cuba fikirkan semula keadaan di atas.Apa yang boleh saya katakan ialah,selagi anda masih lagi bekerja dan mendapat gaji bulanan,anda tidak boleh meletakkan diri anda di “comfort zone”.Selalulah berfikir kemungkinan-kemungkinan yang jarang berlaku kepada anda tetapi tidak  mustahil untuk terjadi.

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com/

Share

Selagi anda masih ada talian internet!!!

Tiba-tiba saya terfikir,apa akan jadi kepada saya jika pada suatu pagi apabila saya “hidupkan” komputer dan tiba-tiba komputer saya tiada lagi sambungan internet?Ah..pening jugak nie…sedangkan saya sememangnya betul-betul bergantung harap kepada internet untuk mencari “makan”.Mungkin anda tidak pernah terfikir kerana mungkin anda tidak pernah mengalami masalah tersebut atau anda sememangnya tidak mahu berfikir ke arah itu.

Kepada mereka yang menggunakan internet sebagai sumber pendapatan kedua atau sampingan mungkin tidak akan tersentuh dengan perkara ini.Bagaimana jika anda adalah orang seperti saya yang bukan sahaja menggunakan internet untuk tujuan bersosial di facebook atau mana-mana laman sosial yang lain atau sekadar membalas e-mail daripada kenalan.Apa akan jadi jika usahawan internet tidak lagi mempunyai sambungan internet?Mari kita fikirkan bersama….

Maksud yang ingin saya sampaikan di sini ialah,jika anda adalah seorang usahawan internet tidak kira sepenuh masa atau separuh masa…lebih baik anda gunakan sambungan internet yang ada pada komputer anda dengan berfaedah.Saya ingin berkongsikan perkara ini kerana saya juga pernah mengalami situasi ini-“Tiada internet=Tiada wang”.

Saya ada satu kisah yang mana saya sudah lupa dari mana saya baca dan saya mohon maaf kerana saya tidak dapat berikan “detail” mengenai siapa empunya kisah dan biar saya cuba olahkan mengikut kefahaman saya tetapi motif cerita tetap berkisar kepada bagaimana kita menghargai sumber internet yang ada pada kita.Kisahnya begini…

al-kisah,ada seorang pemuda yang benar-benar berada dalam keadaan kesusahan kewangan yang amat teruk,mempunyai hutang yang bertimbun dan sering menerima panggilan telefon serta surat menyurat dari pihak bank yang menagih hutang.Tiada apa yang tinggal pada beliau melainkan serba sedikit kemudahan asas sekadar untuk meneruskan nafas dan tempat berteduh yang menunggu untuk dilelong oleh bank.Tetapi,pemuda ini masih lagi mempunyai komputer dan talian internet yang akan dipotong 30 hari lagi jika pembayaran tidak dilakukan.Akhirnya,beliau cuba untuk mengadu nasib dengan mencuba menghantar e-mail kepada beberapa orang “internet guru” meminta sedikit nasihat tentang apa yang boleh dia lakukan sementara menunggu 30 hari lagi sebelum talian internet dipotong.Akhirnya,setelah beberapa hari e-mail-email yang dihantar kepada “internet guru” tersebut dibalas.dan apa yang paling menyentuh perasaan ialah ada satu saranan daripada seorang “internet guru” yang mengajar supaya pemuda ini menganggap bahawa dia sudah tiada pilihan lagi,samada dia perlu berusaha dalam masa 30 hari yang ada atau mati pada hari yang ke-31.Akhirnya,pemuda ini memilih untuk berusaha dengan sumber internet yang ada dalam masa kurang daripada 30 hari.Tetapi,bagaimana caranya..?? Dia bertanya kepada “internet guru” tersebut…”internet guru” tersebut bertanya,sudah berapa banyak email yang dia perolehi hasil daripada pertanyaan mengenai permasalahan beliau kepada “internet guru” yang lain?Pemuda itu memberitahu bahawa ada terdapat beberapa nasihat berguna yang diterima daripada beberapa orang “internet guru” melalui email.Akhirnya,guru tersebut mencadangkan kepada pemuda itu,kenapa tidak jika dia mengumpulkan nasihat-nasihat berguna tersebut dan dijadikan sebuah ebook yang bertajuk “Internet 30 hari atau mati”.Akhirnya,selepas menurut nasihat “internet guru” tersebut,pemuda itu berjaya menjual ebook itu dan menyelamatkan dirinya daripada mati pada hari yang ke-31.

Begitulah kisahnya serba sedikit yang saya ingat.Tetapi,jika anda mempunyai kisah atau versi yang sebenar,sila beritahu saya kerana saya ingin dapatkan “detail” mengenai siapa penulis dan dari mana asalnya cerita ini.Tapi,apa yang penting di sini ialah bagaimana kita menggunakan internet secara bijak dan jangan selalu hilang kawalan apabila anda menggunakan internet.Tidak salah jika anda memperuntukkan sedikit masa untuk tujuan bersosial atau berhibur dengan permainan online di internet.Tetapi,anda mesti siapkan segala tugasan anda terlebih dahulu.Bayangkanlah jika anda berada dalam kisah seperti “pemuda” di atas yang hanya mempunyai 30 hari sahaja sambungan internet…..

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.