Ada juga saya terima pertanyaan daripada kawan-kawan dan melalui email yang bertanyakan adakah benar “membuat duit” di internet satu kerja mudah…??
Jawapan saya ialah..”ia tidak semudah yang disangkakan”.Memang benar..saya sendiri telah melaluinya dan proses untuk mencedok pengalaman dan melakukan sendiri proses kerja tersebut adalah sangat lama tambahan lagi jika kita melakukannya sendiri…maksud saya ialah dengan mempelajari sendiri ilmu tersebut tanpa bantuan “mentor”.Saya tidak nafikan,ada juga yang telah berjaya dan telah memulakan bisnes online sepenuh masa dengan cara belajar sendiri.Tapi,saya boleh jamin,masa dan tenaga yang banyak perlu dicurahkan untuk tujuan itu.
Bukan sedikit yang menanam cita-cita untuk menjadi usahawan internet dan saya telah lihat sendiri perkembangan dan arus kebangkitan tersebut.Tetapi,kebanyakkannya akan kembali semula kepada soalan asas..”Betul ker mudah buat duit di internet”?..Ini terjadi kerana kerana mereka telah hampir berputus asa kerana pada masa itu baru mereka sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berjalan di alam yang tidak nyata.
Sememangnya,proses menghasilkan duit di dunia ini bagi orang yang biasa-biasa seperti kita memang tidak mudah.Malah,orang yang luar biasa juga telah melalui pengalaman “orang yang biasa-biasa” sebelum mereka mencapai tahap “luar biasa”.Jadi,sedarlah dari impian anda.Internet sememangnya boleh mendatang duit kepada kita asalkan kena dengan caranya.Tiada jalan pintas kerana sememangnya tiada jalan yang terlalu mudah untuk itu.
Jumpa lagi di artikel akan datang di mana,saya akan berikan serba sedikit panduan bagaimana memulakan perniagaan di internet yang sebenarnya.Kebanyakkan dari kita selalu “melangkau” proses asas dan akhirnya mereka “roboh” di tengah jalan.



Komen Terkini