Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Benarkah anda tiada masa?

Saya seringkali juga mengalami konflik “masa” dan saya rasa tiap-tiap orang daripada kita juga pasti akan mengalaminya.Ya,setiap manusia di muka bumi ini mempunyai 24 jam sehari dan sebahagian dari jumlah masa itu digunakan untuk bekerja.

Saya suka bercerita konsep masa ini berdasarkan pengalaman hidup saya sekarang.Pada ketika saya menulis artikel ini pun saya sedang memikirkan apakah ada jalan atau teori yang membenarkan manusia bekerja menurut masa atau waktu yang dikehendakinya..

Tiba-tiba saya teringatkan kertas jadual waktu yang dahulunya saya tampalkan di dalam “kotak pensil” semasa sekolah.Ketika saya kecil,ayah saya juga telah menyiapkan jadual waktu untuk saya di mana ia merangkumi apa yang yang perlu saya buat selepas sekolah dan kemudian aktiviti yang perlu dilakukan pada malam hari.Apa yang saya masih ingat tentang jadual itu ialah tentang masa makan,subjek pelajaran yang perlu diulangkaji pada hari itu,waktu kena masuk tidur dan juga ada hari dan waktu yang dibenarkan menonton TV.

Sejenak saya terfikir,semasa ayah buatkan saya jadual waktu dahulu,saya agak meradang juga..maklumlah..ketika itu saya masih anak-anak sekolah dan lebih gemar bermain dan menonton TV.Jadi,bila ada jadual waktu tersebut saya terpaksalah ikuti kerana takutkan ayah :) Bila dah dewasa,baru saya sedar akan keperluan jadual waktu seperti itu.Mungkin ada di antara kita yang sedang meningkat dewasa dan malu untuk menampalkan jadual di dinding seperti yang ayah saya buat dahulu.Itu saya tak nafikan..saya juga pernah melalui usia remaja seperti anda.

Cuma,apa yang saya nak tekankan di sini ialah,bukan mudah untuk anda berjaya tanpa jadual waktu yang mengaturkan aktiviti harian anda.Tidak kira jika anda sekarang adalah pekerja atau menjalankan perniagaan.Anda perlukan jadual waktu untuk bekerja atau menguruskan aktiviti perniagaan dan ketika di rumah,anda perlu juga ada jadual untuk aktiviti bersama keluarga,jiran-jiran dan juga aktiviti keagamaan.Bagi mereka yang beragama Islam,anda boleh memperuntukkan masa anda untuk mengaji dan juga aktiviti di masjid atau surau.Jadi,dengan jadual waktu seperti itu,anda akan rasa kehidupan anda dalam sehari begitu bermakna dan banyak yang anda akan dapat lakukan secara berfaedah.

Jadual waktu harian juga tidak dapat lari dari pengaruh disiplin.Ini kerana,dengan adanya jadual sahaja tetapi tanpa disiplin,anda tidak akan kemana-mana.Jadi,mulai hari ini,cuba siapkan jadual waktu harian anda serta cuba patuhinya.Saya rasa dengan ini,anda akan dapat menggunakan masa secara berkesan dan tiada lagi istilah”wah..cepatnya masa berlalu..apa yang saya dah buat hari ini..??”..

Marilah kita sama-sama renungkan….


Share

Amaran kepada penjual

Baru-baru ini,pihak admin lelong.com.my telah membuat satu pengumuman yang bukan untuk kali pertama dan pengumuman itu lebih kepada amaran kepada para penjual di portal mereka.

Antara isu yang disentuh pada kali ini ialah berkaitan dengan masalah penghantaran iaitu para penjual tersalah hantar barang.Lain di “order” lain yang dihantar.Saya faham,mungkin ada di antara para penjual tidak sengaja melakukan perkara ini.Masalah boleh berlaku kepada para penjual yang mempunyai ramai pelanggan.Jika satu atau dua orang memang kita boleh katakan sebagai “sengaja”.Bagaimana jika penjual itu mempunyai lebih dari satu “store” dan setiap kali menghantar barang ke syarikat “courier” pasti melebihi 50 hingga ke 100 parcel.Kadangkala,masalah boleh berlaku di pihak syarikat “courier” di mana mereka mungkin tersalah “tagging” slip penghantaran…itu boleh jadi.Jika,ini berlaku,pasti anda bukan menghadapi satu masalah..tetapi 3 atau lebih masalah.Kenapa 3 atau lebih..??!Baiklah,yang pertama,jika berlaku satu kesilapan “tagging” slip,pasti akan ada duanya..Anda faham maksud saya..?Si A sepatutnya mendapat permainan kawalan jauh tetapi telah mendapat telefon bimbit..dan Si B, sepatutnya mendapat telefon bimbit tetapi,telah menerima permainan kawalan jauh..itu kita andaikan anda mempunyai 2 sahaja parcel.Bagaimana jika pada masa itu anda ada 50 parcel…Anda dapat bayangkan kesukaran yang anda bakal hadapi hasil daripada kesilapan “tagging” slip..??Anda anda mendapat kesusahan yang maksimum jika kesilapan itu telah bergerak secara rawak di antara bungkusan atau parcel anda tadi.Hasilnya,mungkin separuh daripada pelanggan anda akan menerima item yang salah.Itu belum lagi anda perlu berdepan dengan pihak lelong.com.my yang anda pun tahu dengan prosedurnya akhir-akhir ini.Jadi,nasihat ikhlas saya ialah,anda “tag” lah parcel anda sendiri di rumah dan kalau boleh anda perlu duduk di depan kerani syarikat “courier” yang menguruskan parcel anda.Itu sekarang adalah satu tugas wajib bagi anda jika anda ingin berada lama di lelong.com.my.Jangan tinggalkan sahaja parcel anda kepada kerani syarikat “courier” begitu sahaja…

Isu yang kedua ialah,anda bukan sahaja perlu menjual di lelong.com.my bahkan anda perlu memainkan peranan sebagai “inspektor” kepada setiap parcel yang anda hantar.Anda perlu pastikan ianya selamat sampai dan jika perlu,hubungi semula pelanggan anda sebagai tanda anda amat mengambil berat akan keselamatan parcel tersebut.Jika parcel tersebut lewat sampai,anda perlu semak dengan syarikat courier dan jika kelewatan berlaku oleh sebab mereka..anda yang perlu meminta maaf bagi pihak syarikat courier.Anda kena pastikan pelanggan gembira dengan perkhidmatan syarikat courier tersebut.Nasihat ikhlas saya ialah,anda sebenarnya banyak lagi kerja yang perlu dibuat selain daripada menjadi “inspektor” kepada parcel-parcel tersebut.Jika satu atau dua parcel takpe,bagaimana jika ada 100 parcel sehari?Anda boleh bayangkan tahap kesibukkan anda?Jadi,pilihlah syarikat courier yang cepat,selamat dan berhemah.

Isu yang seterusnya ialah,jangan sekali-kali cuba mengenakan bayaran kepada pelanggan anda akibat dari barang rosak atau barang perlu ditukar.Anda kena tanggung semuanya..pihak lelong.com.my tidak akan terima alasan anda yang mengatakan “semasa barang dihantar ia dalam keadaan baik.Tetapi,semasa diterima ia sudah rosak pula”.Jadi, anda tidak boleh menuntut bayaran atau kos penghantaran semula barangan tersebut kepada anda.Contohnya begini:Katalah anda menghantar satu set permainan kawalan jauh,semasa dihantar ia dalam keadaan baik dan berfungsi tetapi,apabila sampai ke tangan pelanggan ia rosak pula.Jadi sebagai penjual berhemah,anda bukan sahaja perlu menggantikan permainan yang rosak itu dengan permainan yang baru.Bahkan,anda perlu menanggung semua kos perjalanan iaitu,kos dari rumah pelanggan ke tempat anda,selepas itu dari tempat anda ke rumah pelanggan semula.Tiada istilah perkongsian kos lagi.Katalah,item di terima selepas sehari dan kemudian baru rosak dan pihak pembeli pula mengatakan barang atau parcel itu dibuka sehari selepas penerimaan.Semasa terima mereka tak bukak kerana mungkin si pembeli “berkursus” semasa itu.Jadi,sementara nak tunggu si pembeli sebenar pulang ke rumah parcel tersebut memang tidak diusik.Kebetulan pula,memang nak jadi cerita buka sahaja sampul parcel itu memang barang tersebut rosak..dan pembeli membuat aduan kepada pihak lelong.com.my dengan alasan seperti di atas.Maka,untuk kes itu,anda sebagai penjual tetap kena gantikan barang yang baru serta menanggung semua kos perjalanan barang tersebut.Jadi,untuk terus berada di dalam senarai penjual di lelong.com.my..anda perlu bersedia untuk semua risiko itu.bagaimana,jika barang yang dibeli dalam keadaan baik dan sehari selepas itu berlaku kerosakkan “akibat kegagalan manusia”..?Adakah ia akan dirujuk seperti contoh di atas?Pihak lelong.com.my belum lagi membuat apa-apa kenyataan tentang perkara itu :)

Jadi,kesimpulannya di sini ialah,anda perlu sedar bahawa tahap kompetetif pasaran online kini semakin sengit.Hanya penjual yang benar-benar berwibawa sahaja boleh berada di sini.Pada tahap ini,tugas anda bukan sahaja berusaha untuk melakukan jualan.Malah,anda juga perlukan satu sistem “after sale service” yang mantap.Bukan sahaja setakat menjawab email pertanyaan dengan pantas,anda perlu bertindak sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku akibat kegagalan syarikat courier.Anda perlu memberikan jaminan kepuasan kepada pelanggan ke tahap maksima.Bahkan,perlu lebih hebat lagi jika dibandingkan dengan perniagaan offline-saya belum pernah dengar lagi ada syarikat yang membayar duit minyak atau tol anda jika anda menghantarkan telefon bimbit yang rosak kepada mereka.Malah,urusan penukaran barang pun kadangkala mengambil masa yang agak lama.Tetapi,di sini..segalanya perlu cepat.Jika barang yang rosak dihantar hari ini,keesokan hari anda sudah mendapat email peringatan yang meminta anda menghantar semula barang yang baru.Inilah realiti dunia perniagaan online khasnya di lelong.com.my hari ini.

Walaubagaimana pun,anda tidak perlu berpatah hati atau semangat.Lebih baik khidmat yang anda tawarkan maka lebih keuntungan yang akan anda perolehi.Biarlah mereka yang lain “merajuk” dengan situasi ini.Tetapi,bagi saya ia bukan satu halangan….saya sudah hampir 5 tahun berada di lelong.com.my sebagai penjual.Bermacam barang yang telah saya jual di sini dan telah bermacam prosedur dan tindakan yang telah saya alami.Jika anda inginkan tips dan panduan bagaimana untuk memulakan atau menguruskan perniagaan di lelong.com.my,anda boleh hubungi saya…Sekali lagi ingatan saya..jangan patah semangat,ianya cuma satu cabaran..kerana lebih ramai orang yang keluar dari “permainan” ini..maka,lebih berpeluang besar anda untuk meningkatkan keuntungan.Ketahuilah,lelong.com.my sedang melakukan “saringan” dan hanya yang terbaik sahaja akan kekal bersama mereka.

Share

7 hari sudah berlalu


Masa berlari dengan begitu pantas….sedar dengan tidak,7 hari sudah kita berada dalam tahun 2010.Apakah anda semua sudah lakukan sesuatu yang “baru” atau masih lagi menjalankan rutin seperti tahun lepas.Saya bukanlah memaksa anda untuk menukarkan rutin hidup anda…Cuma,kepada yang cuba atau inginkan sesuatu yang baru pada tahun 2010 ini..rasanya memang belum terlambat untuk “mengejutkan” diri anda.Mungkin ada di kalangan anda merasakan tidak perlu untuk mengubah apa-apa…itu pun terpulang kepada anda juga.

Melakukan perubahan memang bukan sesuatu yang mudah.ia satu perkara yang akan menukar kelaziman atau cara hidup kita.Jika anda ingin lakukan perubahan,nasihat saya ialah,lakukannya secara beransur-ansur dan jangan dibuat secara mengejut jika tidak mampu.Bagi saya,biarlah ia bergerak walau seinci pun daripada tidak bergerak langsung.

Secara amnya,untuk melakukan perubahan bagi mengejar matlamat anda..anda sebenarnya memerlukan satu pelan kerja yang sistematik.Anda perlu bekerja di dalam “time frame” yang sudah anda rangkakan.Penilaian atau pencapaian perlu direkodkan.Tidak kira jika anda sedang berjaya atau rancangan anda sedang berada dalam masalah.Ini penting supaya anda dapat menganalisa di mana kehebatan dan kelemahan anda.Jika anda rasakan pelan anda sukses,anda hanya perlu ulang atau ikuti sahaja perancangan anda atau jika anda rasa anda sedang dalam masalah,inilah masa untuk anda “re-structure” dan perbaiki semula kesilapan supaya ia tidak berlaku lagi.

Bagi saya,tempoh 7 hari ini adalah terlalu “muda” untuk anda mengalah.Apa yang penting ialah,anda sedang melakukan apa yang anda telah rencanakan.Semoga tahun 2010 ini akan memberikan anda semua kejayaan!

Kredit imej:http://www.cartoonstock.com

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.