Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Selamat tinggal 2010, Selamat datang 2011

Artikel terkini akan menyusul, saya sedang bersiap untuk ke Melaka negeri bersejarah untuk bercuti dan menyambut tahun baru di sana. Anda bagaimana, di mana anda semua menyambut tahun baru 2011. Walau di mana pun anda menyambutnya, itu tidak penting kerana apa yang penting ialah anda bergembira dan dapat merencanakan sesuatu yang baik untuk tahun 2011.

Kebetulan hari ini ialah Cuti Umum- Sempena kejayaan pasukan Malaysia memenangi AFF Suzuki Cup 2010 (terima kasih PM dan pasukan Bola Sepak Malaysia). Jadi, kepada yang memandu, sila berhati-hati kerana dijangka bilangan kenderaan akan bertambah terutama bagi destinasi menarik untuk “count down” malam nanti. Saya berundur dulu dan akan upload gambar2 menarik semasa saya di Melaka nanti… Selamat menyambut tahun baru 2011.

————————————update 12.30pm 31/12/2010————————————-

Klik imej “photo badges” di bawah untuk melihat gambar yang saya upload semasa di Melaka.

malacca

Share

Facebook dan khidmat masyarakat

the_social_network1

Kebanyakkan dari kita kini rata-rata mempunyai akaun Facebook. Ianya satu trend kini dan tidak terbatas kepada sesuatu kelas umur atau kumpulan sosio masyarakat. Dari seorang pemimpin ke guru sekolah, murid-murid dan juga pelbagai profession lain menggunakan Facebook bagi tujuan tertentu. Bagi organisasi besar seperti bank, syarikat telekomunikasi, pembuat telefon bimbit sehingga ke peniaga pasar malam, penjual keropok lekor dan pelbagai lagi ..mereka menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran perniagaan. Ia ternyata berkesan serta lebih menjimatkan kos :)

Dalam pada kita sibuk mempromosi dan membina jaringan perniagaan, janganlah kita lupakan tanggungjawab kita sebagai manusia iaitu saling membantu sesama kita. Bukanlah maknanya “membantu” itu harus dengan duit. Tetapi, banyak lagi cara yang boleh kita lakukan asalkan mempunyai niat yang baik. Sebagai contoh, anda boleh membantu menyebarkan berita terkini yang dirasakan sesuai dan berguna kepada orang lain, contoh paling mudah ialah pemberitahuan mengenai jalan sesak, kemalangan atau apa sahaja yang difikirkan membantu orang ramai. Ada juga di kalangan kita yang meminta rakan-rakan di Facebook mendoakan kesejahteraan kepada rakan atau saudara mara mereka yang sedang sakit.

Sesungguhnya, terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membuat kebaikkan. Kita anggap sahaja wujudnya Facebook ini sebagai satu platform yang mempermudahkan kita merapatkan silaturrahim, menambahkan rezeki dan saluran untuk memberikan kebaikkan kepada manusia….renung-renungkanlah :)

Share

Kaedah Pembayaran

Maybank

Maybank

cimbclicks

cimbclicks

Salam,

Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya bagaimana nak membuat bayaran jika ingin membeli sesuatu dari laman Facebook saya?  Baiklah, di sini saya akan jelaskan bagaimana anda boleh berurusniaga dengan saya. Caranya mudah sahaja. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Anda perlu nyatakan mana satu produk yang ingin anda beli. Anda boleh nyatakan jenis item atau anda boleh copy dan paste sahaja tajuk item itu jika anda tak punya masa untuk menaip. Sebagai contoh, katakanlah anda nak beli jam tangan lelaki yang mempunyai tajuk seperti berikut: New Tag Heuer Monaco V4 Concept SKELETON PVD leather AUTOMATIC anda boleh copy dan paste sahaja tajuk tersebut. JIka anda boleh copy dan paste URL item tersebut lagi bagus. Contoh adalah seperti berikut: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=108389989232159&set=a.108389955898829.14331.100001834759412
  2. Selepas itu, anda boleh membuat bayaran di salah satu akaun bank berikut: Maybank 101468018148 Mohd Yuzafi Bin Yunos ATAU CIMB 01050113768528 Mohd Yuzafi Bin Yunos. Pembayaran boleh dilakukan samada menggunakan internet banking atau CDM (Cash Deposit Machine)
  3. Selepas bayaran dibuat, saya sangat galakkan anda simpan resit bayaran atau apa sahaja bukti pembayaran untuk rujukan di masa depan. Paling baik, jika anda dapat “attach” bukti pembayaran tersebut samada melalui email atau paste-kan di ruangan mesej Facebook ATAU anda boleh call/sms saya di 012-7744400-Yuzafi jika anda rasa nak bercakap dengan saya untuk memberitahu yang anda sudah membuat bayaran.
  4. Kemudian, sila sertakan nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon supaya barangan dapat dihantar dengan cepat.

Kesemua maklumat tersebut anda boleh hantar samada melalui ruangan “inbox” di Facebook atau boleh email ke yuzafi_inspirations@yahoo.com

Jika anda masih lagi memerlukan maklumat tambahan, sila call/sms saya di 012-7744400-Yuzafi

Sebarang pertanyaan boleh reply post ini di sini atau ajukan soalan anda ke talian 012-7744400-Yuzafi

Terima Kasih

Share

The Social Network

The Social Network

The Social Network

Salam,

Saya baru balik menonton filem “The Social Network” di GSC Alamanda. Saya memang bercadang nak menonton filem nie cuma baru hari nie sempat berbuat begitu..itu pun, saya tak dapat menonton awal..pukul 10:00 malam punya show.

Citer nie best tak..??? Bagi saya, pengikut atau mereka yang “ketagihan” facebook patut tengok filem nie..walaupun pada permulaan filem nie agak sukar nak difahami sebab “Mark Zuckerberg” bercakap laju sangat (mungkin orang2 genius bercakap laju agaknya pasal terlalu banyak yang ada dalam pemikiran mereka yang perlu diluahkan)..Tapi, makin lama semakin seronok tambah-tambah lagi bila “The Facebook” mula berkembang dan terjadi pertelingkahan sesama mereka (pengasas bersama-Eduardo) dan juga “musuh” dari luar(The Harvard Connection). Saya cadangkan, sebelum anda semua menonton filem ini..adalah lebih baik jika anda ambil tahu serba sedikit kisah si Mark Zuckerberg dan Facebook dari Wikipedia..ia sememangnya membantu anda untuk memahami jalan cerita tersebut dengan lebih mudah.

Saya boleh katakan, hampir semua yang datang ke panggung adalah “Facebook addicted” dan bagi anda yang masih belum menyaksikan filem ini..anda boleh pergi menonton dan tengok sendiri formula yang dihasilkan oleh “Facebook” untuk menewaskan rangkaian social network yang lain seperti Myspace dan Friendster.

Facebook telah membuktikan bahawa peneroka pasaran bukanlah sentiasa
pemenang :)

Share

Kenwood TK1118

kenwood TK1118

Salam sejahtera kepada semua pembaca/pengikut blog saya.

Di sini saya ingin maklumkan bahawa saya akan menghentikan penjualan walkie talkie model Kenwood TK1118. Ini kerana saya agak sukar untuk mendapatkan stok bagi model tersebut walaupun permintaannya agak tinggi. Buat masa ini saya akan menghabiskan stok yang ada sekarang. Tidak ada stok baru yang akan di bawa masuk menjelang Disember 2010.

Walaubagaimana pun, walkie talkie bagi model Kenwood TK3107 masih dijual dan untuk pengetahuan anda semua, model kenwood TK3107 telah mencatat jualan yang baik dan dari segi kemampuan dari juga prestasi serta mesra pengguna ia sememangnya terbukti sangat baik. Boleh saya katakan di sini bahawa model ini mempunyai “sifar” masalah dan 100% pengguna memberikan respon terbaik dan mempunyai kadar jualan berulang yang tinggi.

Anda boleh layari http://www.yuzafi.com/walkietalkie.html untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai walkie talkie.

Share

Mudah.my

[Klik DISINI jika anda ingin dibawa terus ke laman web yang menjual walkie talkie]

Salam sejahtera kepada semua pelawat blog saya…

Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya mohon maaf kerana agak lama juga saya tak dapat updatekan blog saya nie. Saya sedang sibuk menguruskan satu projek SEO dengan sebuah syarikat yang mengendalikan web tv untuk Tourism Malaysia.

Baiklah, kepada mereka yang pernah sampai ke sini, mungkin anda sedang mencari uhf set atau walkie talkie..so, anda jumpa saya di mudah.my dan seterusnya anda telah faham dengan maksud iklan saya di sana. Pihak mudah.my tidak membenarkan penjual untuk meletakkan alamat laman web atau url di bahagian “content”  atau tempat di mana anda meletakkan deskripsi jualan anda. Ini dilakukan supaya laman web mudah menjadi laman terakhir yang dilawati sebelum pembeli menghubungi penjual. Mereka tidak mahu laman web mereka hanya menjadi tempat penjual meletakkan iklan dan seterusnya, membawa trafik ke laman masing-masing. Ini mungkin menggangu sedikit pendapatan mudah.my dari segi pengiklanan Adwords/Adsense kerana pelawat mengambil masa yang terlalu sedikit berada di laman web mereka sebelum pelawat-pelawat itu dihalakan ke laman web penjual. Jadi, sebab itulah di sana saya terpaksa letakkan kenyataan seperti berikut “ log on to yuzafidotcom Please replace “dot” to .” harapan saya, agar anda faham dan dengan mudah dapat gantikan “dot”dengan “.” maka jadilah yuzafi.com

Di laman blog saya, anda boleh tanyakan soalan dan boleh melawat website saya yang dibangunkan khas utuk memberikan penerangan mengenai walkie talkie di samping itu anda boleh juga membeli dan membuat pesanan dari sana. Laman web yang perlu anda semua layari ialah http://www.yuzafi.com/walkietalkie.html anda juga boleh bertanyakan soalan atau menghantar komen menerusi email

Jadi, saya harap  selepas ini anda semua akan faham dan terus mengikuti blog saya ini kerana saya akan masukkan serba sedikit “tutorial” pantas bagaimana menggunakan dan menjaga walkie talkie khasnya model tk1118.

Sampai berjumpa lagi :)

Share

Ujian padang walkie talkie Kenwood TK3107

Salam sejahtera kepada pengunjung blog saya,

Hari nie saya agak sibuk sikit di mana tadi petang saya telah “turun padang” untuk berjumpa dengan pelanggan-pelanggan yang membeli walkie talkie sambil mengadakan “ujian” ke atas set tersebut.Rasa nak demam nie pasal tadi dah kena hujan :)

Sememangnya ini adalah pengalaman yang agak baru juga buat saya kerana sebelum ini saya memang selalu berurusan dengan pelanggan hanya melalui email dan kadangkala menggunakan telefon atau sms.Tetapi,sejak saya bina website khas untuk walkie talkie dan mula “memasuki” pasaran di Mudah.my,senario dan jadual waktu kerja saya mula berubah.Konsep yang diamalkan di Mudah.my nampaknya lebih memerlukan komitmen yang tinggi dalam berurusan dengan pelanggan.

Tapi,saya rasa seronok dan gembira bila melihat mereka berpuas hati apabila membeli sesuatu barang.Ini tidak dapat digambarkan oleh saya selama ini.Kebiasaannya,saya tidak tahu apa perasaan yang dilalui oleh para pelanggan saya sebelum ini.Bayangkanlah jika saya perlu uruskan hampir 50 bungkusan setiap kali sesi penghantaran barang ke Pos Laju dan itu adalah mustahil bagi saya untuk membayangkan perasaan setiap seorang dari mereka.Apa yang saya wajib pastikan ialah,setiap bungkusan atau parcel perlu selamat sampai ke tangan pelanggan pada waktu yang ditetapkan.Selepas itu pelanggan akan menghantar e-mail dan dari situ saya akan mengukur tahap kepuasan pelanggan.Tetapi,berbeza dengan urusniaga secara “live”,kepuasan pelanggan akan dapat kita lihat di depan mata dan keseronokkan itu sememangnya sukar digambarkan.

Walau bagaimanapun,tidak semua urusniaga dapat dilakukan secara “live”.Teknik ini hanya praktikal bagi pelanggan-pelanggan yang berada di kawasan “liputan” saya.Bagi pelanggan atau bakal pelanggan saya yang berada jauh seperti di Sabah dan Sarawak atau di mana-mana sahaja..anda jangan risau,kita masih lagi boleh berurusniaga seperti biasa.

Oklah,di bahagian bawah ini saya sertakan video yang saya rakam tadi bersama En.Helmi dari Klang dan jika anda nak tengok lain-lain video,anda klik sahaja pada logo youtube di bawah.

youtube1

Sampai jumpa lagi dan jika anda ada pendapat atau cadangan,sila “reply” sahaja artikel ini dan anda juga dibenarkan untuk berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda.Saya sangat berterima kasih untuk itu.

Share

Nokia E71 untuk dijual…

Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog saya,

Hari ini saya bercadang nak jual telefon bimbit saya-Nokia E71.So,tujuan saya letakkan di blog ini ialah supaya memudahkan anda semua “view” secara dekat gambar-gambar telefon bimbit itu dari pelbagai sudut.Ini kerana di Mudah.com saya hanya letakkan 3 imej sahaja.

Lagi satu,saya terima terlalu banyak panggilan telefon dan sms yang bertanyakan perihal telefon ini.Ada juga sms yang saya tak sempat balas.Bukannya sombong yer,sebenarnya jari jemari saya tak cukup pantas nak reply.

Oklah,memandangkan saya ada iklankan telefon bimbit ini di lelong.com.my dan juga Mudah.com.Saya kira ia pasti akan menarik ramai perhatian “peminat” Nokia.Kalau di Lelong.com.my,anda yang berminat dan mempunyai ID Lelong pasti boleh gunakan fungsi “QuickGrab” untuk mendapatkan telefon ini.Setelah “QuickGrab” berlaku maka telefon ini sudah tidak boleh diiklankan lagi dan saya juga akan mengeluarkan iklan ini dari Mudah.com.Kepada anda yang melihat iklan ini di Mudah.com,anda perlu cepat “contact” saya dan aturkan pertemuan.Boleh COD di Putrajaya dan jika anda nak dihantar gunakan POS juga saya boleh uruskan.Jangan risau,pelanggan dari Sabah & Sarawak juga mempunyai peluang yang sama rata.

Ok,sila klik gambar di bawah untuk melihat lebih banyak gambar telefon ini.Jika ada soalan,boleh call saya di 012-7744400(Yuzafi).

P/S:Nokia AVAXX Warranty sampai bulan August 2010.

Maklumat Terkini:

Tawaran jualan E71 telah ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada seorang pelanggan yang telah meletakkan deposit.Tempoh deposit akan tamat sehingga hari Ahad 30-05-10.Jualan akan dibuka semula pada tarikh itu jika pendeposit tidak melengkapkan urusniaga.

p5200535

Terima kasih:

Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En.Zulkifli kerana telah melengkapkan urusniaga ini.Kepada anda yang lain juga saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga di atas minat anda dan saya menerima banyak panggilan telefon,sms dan email.Saya berharap akan dapat berjumpa dan melakukan urusniaga dengan anda pula di lain masa.Di bawah ini saya ada sertakan video temuramah ringkas saya bersama En.Zulkifli.

Share

Bermula dengan sesuatu…

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya…

Saya telah terima satu maklumbalas dari salah seorang pelanggan saya mengenai satu isu yang memang boleh menjadi penyebab kepada runtuhnya moral seseorang untuk berniaga.Tidak kira berniaga di internet atau berniaga secara biasa/offline.

Persoalannya begini,“adakah saya patut untuk tidak memulakan perniagaan apabila saya menyedari adanya persaingan yang terlalu kompetetif di sesuatu pasaran?”Di sini saya mempunyai 2 jawapan.

1.Jawapan yang mudah dan tipikal ialah,berhenti saja dari memasang niat untuk berniaga apabila anda adalah seorang “new comer” atau “newbie”.Sudah pasti anda tidak akan mampu bersaing dengan peniaga lain yang mempunyai sistem dan pengalaman yang luas.Jika anda suka jawapan seperti ini..tamatkan saja pembacaan di sini  kerana jawapan yang kedua pastinya bukan untuk jiwa anda.

2.Jawapan yang ini bukan mudah untuk anda selami,ini kerana ianya memerlukan banyak kajian,pemerhatian,pencarian pengalaman dan perlu dapatkan maklumat yang paling baik mengenai barangan yang anda ingin jual dan kawasan pasarannya.Anda akan cepat mendapat ilmu kerana anda sedang bersaing dengan “lawan” yang cukup berpengalaman dan menguasai pasaran.Jadi,jika anda gagal untuk percubaan kali pertama,saya yakin anda telah mempelajari banyak perkara yang berharga dan saya jamin anda tidak akan berhenti di sini saja,Anda akan teruskan sehingga anda akan mendapat “rentak” dan mampu bersaing dengan pesaing anda.

Jadi,anda sudah nampak sekarang apa yang saya maksudkan?Saya pasti akan ada lebih 80% yang akan memilih jawapan tipikal(selamat).Selebihnya, ada di antara mereka yang baru cuba untuk memulakan perniagaan di internet.Saya sangat galakkan dan bagi saya,“bermula dengan sesuatu” itu adalah lebih baik…Jadi,teruslah berusaha dan jika ada apa-apa pertanyaan,silalah hubungi saya.Saya bersedia untuk membantu anda sedaya yang mungkin.

Share

Sebenarnya..tiada jalan yang terlalu mudah

Ada juga saya terima pertanyaan daripada kawan-kawan dan melalui email yang bertanyakan adakah benar “membuat duit” di internet satu kerja mudah…??

Jawapan saya ialah..”ia tidak semudah yang disangkakan”.Memang benar..saya sendiri telah melaluinya dan proses untuk mencedok pengalaman dan melakukan sendiri proses kerja tersebut adalah sangat lama tambahan lagi jika kita melakukannya sendiri…maksud saya ialah dengan mempelajari sendiri ilmu tersebut tanpa bantuan “mentor”.Saya tidak nafikan,ada juga yang telah berjaya dan telah memulakan bisnes online sepenuh masa dengan cara belajar sendiri.Tapi,saya boleh jamin,masa dan tenaga yang banyak perlu dicurahkan untuk tujuan itu.

Bukan sedikit yang menanam cita-cita untuk menjadi usahawan internet dan saya telah lihat sendiri perkembangan dan arus kebangkitan tersebut.Tetapi,kebanyakkannya akan kembali semula kepada soalan asas..”Betul ker mudah buat duit di internet”?..Ini terjadi kerana kerana mereka telah hampir berputus asa kerana pada masa itu baru mereka sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berjalan di alam yang tidak nyata.

Sememangnya,proses menghasilkan duit di dunia ini bagi orang yang biasa-biasa seperti kita memang tidak mudah.Malah,orang yang luar biasa juga telah melalui pengalaman “orang yang biasa-biasa” sebelum mereka mencapai tahap “luar biasa”.Jadi,sedarlah dari impian anda.Internet sememangnya boleh mendatang duit kepada kita asalkan kena dengan caranya.Tiada jalan pintas kerana sememangnya tiada jalan yang terlalu mudah untuk itu.

Jumpa lagi di artikel akan datang di mana,saya akan berikan serba sedikit panduan bagaimana memulakan perniagaan di internet yang sebenarnya.Kebanyakkan dari kita selalu “melangkau” proses asas dan akhirnya mereka “roboh” di tengah jalan.

Share
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.