Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Produk baru peneraju pasaran?

Saya terpanggil untuk berkongsikan pendapat saya bersama anda semua mengenai “adakah sesuatu produk baru itu akan menerajui pasaran?”Pastinya ada pelbagai pendapat yang akan menyokong atau menidakkan kenyataan di atas.Baiklah,mari kita cuba huraikan persoalan tersebut.

Adalah menjadi satu cabaran kepada usahawan untuk tampil memperkenalkan sesuatu produk atau perkhidmatan baru di pasaran.Ini kerana,sebelum sesuatu produk itu direka dan dipasarkan,usahawan tersebut perlu mengambil kira beberapa faktor tertentu sebelum boleh meneruskan cita-citanya.Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Menjalankan kajian permintaan produk tersebut di pasaran.
  • Mencipta satu sistem atau kaedah yang paling efektif untuk menghasilkan produk tersebut.
  • Bersedia dari segi emosi dan kewangan jika produk tersebut gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Kebiasaannya,produk yang telah berjaya lulus ujian “kadar permintaan” dan sememangnya pasaran memang sedia “dahagakan” produk tersebut,pasti akan berjaya dan akan memonopoli pasaran tersebut.Tetapi,satu permasalahan akan timbul iaitu,berapa lama produk tersebut akan menjadi “market leader”? 1 tahun,5 tahun atau 10 tahun?

Tetapi,di zaman ini sesuatu produk yang mengungguli pasaran pasti akan diberikan saingan yang secukupnya dan persaingan akan wujud dengan pantas.Sudah tentu akan ada usahawan lain yang akan cuba mewujudkan “produk pengganti” bagi berkongsi pasaran.Di sinilah,cabaran getir perlu dipikul oleh peneraju pasaran iaitu “bagaimana mengekalkan penguasaan” terhadap sesuatu pasaran dan tetap menjadikan ia sebagai produk pilihan no.1 pengguna.

Sebagai contoh mudah,anda pasti kenal dengan jenama Celcom.Ya,Celcom ialah salah satu jenama pembekal rangkaian telefon selular di Malaysia dan pada suatu masa dahulu syarikat inilah yang telah memberikan satu senario baru di kalangan rakyat Malaysia iaitu “membudayakan telefon di dalam poket”.Setelah sekian lama syarikat tersebut menjadi pilihan pengguna dan mengawal pasaran.Kini,pelbagai syarikat telekomunikasi telah muncul dan bersedia untuk berkongsi pasaran.Malah,sewaktu saya bekerja bersama Celcom dahulu,saya telah merasakan dan melihat bagaimana syarikat pembekal lain berlumba-lumba untuk menewaskan si no.1 dan seterusnya cuba untuk merampas gelaran sebagai peneraju pasaran.

Lagi satu perkara yang anda perlu berikan perhatian ialah,kebiasaanya pesaing akan mengkaji dahulu “bahagian pasaran”  dan mereka juga turut tidak lupa memerhatikan sistem yang anda wujudkan untuk menghasilkan dan memasarkan produk itu.Jadi, si pesaing akan cuba mencari kelemahan produk anda dan seterusnya akan datang bersama satu penyelesaian baru dan pastinya akan memberikan anda persaingan yang sengit.Jadi,nasihat saya ialah cuba hasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan dengan sehabis baik dan seterusnya akan menyukarkan pesaing menggugat kedudukan anda.

Jadi, jika anda sedang berkira-kira untuk memasarkan sesuatu produk baru di pasaran anda perlu mengambil kira contoh dan faktor-faktor penting di atas.Sememangnya anda dialu-alukan untuk mewujudkan satu pasaran baru bagi sesuatu produk.Cuma anda perlu bersedia mengekalkan momentum supaya dapat sentiasa menjadi no.1 dan tetap berada di fikiran pengguna.Sentiasa ingat bahawa produk baru bukan sentiasa menjadi peneraju pasaran.Bahkan anda sebenarnya sedang memberikan idea perniagaan kepada pihak lain.

Kredit Imej:http://www.cartoonstock.com/

Share/Save/Bookmark

Percaya pada diri sendiri

Percaya atau tidak bahawa kepercayaan kepada diri sendiri merupakan satu kuasa yang mampu mendorong kita untuk lebih maju kehadapan dari hari ke hari.Anda yang boleh menunggang basikal tentu masih ingat lagi kenangan bagaimana anda mula-mula belajar menunggangnya dahulu.Salah satu sebab mengapa anda boleh menunggang basikal ialah anda percaya kepada diri sendiri.

Saya mula belajar menunggang basikal ketika saya berumur 6 tahun.Pada waktu itu saya tidak faham pun langsung apa itu konsep percaya kepada diri sendiri.Apa yang saya tahu pada ketika itu ialah saya mesti pandai menunggang basikal supaya saya dapat berkawan dengan rakan-rakan di kawasan tempat tinggal saya dan berbasikal bersama-sama mereka pada waktu petang.Lagi satu,saya berharap supaya ayah dapat melihat  saya boleh menunggang basikal dan ayah akan tergerak hati membelikan sebuah basikal kepada saya kelak.

Jadi,setiap petang selepas ayah pulang dari kerja,saya akan mencuri peluang untuk meminjam basikal ayah dan belajar menunggang basikal.Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman belajar naik basikal untuk orang dewasa pada ketika berumur 6 tahun seperti saya.Pasti anda mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan.Akhirnya setelah bersusah payah dan banyak kali mencium tanah,akhirnya saya pun jadi pandai menunggang basikal.

Setelah saya agak dewasa dan sudah boleh mula berfikir,saya renung kembali basikal yang ada di depan mata saya..masa tue ayah dah belikan saya sebuah basikal :) Saya terfikir bagaimana basikal yang mempunyai 2 roda boleh menampung berat badan saya dan boleh bergerak tanpa jatuh?Ia sama sahaja seperti motosikal yang mempunyai 2 roda.Kenapa basikal tidak diciptakan dengan 4 roda supaya orang tidak perlu bersusah payah belajar mengimbangkan badan dan tidak perlu takut jatuh..? Persoalan itu bermain di fikiran saya sehingga saya mendapatkan jawapan dari sudut saintifik tentang teori imbangan ketika di sekolah menengah.

Semalam,ketika sedang berehat di taman permainan,saya terserempak dengan kanak-kanak yang sedang menunggang basikal.Tetapi di zaman ini mereka menunggang basikal dengan mempunyai 2 roda kecil di belakang dengan tujuan supaya tidak jatuh.Semasa saya kecil dahulu basikal ayah tiada roda kecil seperti itu :) Saya termenung sebentar,apa dia faktor yang menyebabkan saya boleh menunggang basikal tanpa bantuan 2 roda kecil itu?Akhirnya,setelah saya tenung basikal kanak-kanak itu dan cuba bandingkan dengan basikal ayah dahalu..ternyata,jawapannya tidak terletak pada basikal itu.Ianya terletak kepada kepercayaan kepada diri sendiri…Ya,percaya kepada diri sendiri merupakan satu faktor penting yang menyebabkan saya berjaya menunggang basikal dengan mengenepikan perasaan takut,sakit akibat jatuh dan dimarahi emak kerana tidak serik-serik pulang ke rumah dengan baju yang kotor.

Jadi,saya anggapkan bahawa jika kita mempunyai sesuatu keinginan atau cita-cita.Faktor yang paling penting dan perlu ada di dalam diri kita ialah “percaya pada diri sendiri”.Apabila kita sudah mempunyai elemen ini di dalam diri,nescaya tidak ada satu faktor halangan pun yang boleh menghalang anda dari berjaya.Sesuatu kejayaan itu akan lebih manis lagi apabila ia melalui pelbagai liku dan pengalaman pahit manis dan akan menjadi kenangan seumur hidup.

P/S:Terima kasih kepada “basikal ayah” yang bukan sahaja ayah gunakan untuk ke tempat kerja,malah memberikan saya pelajaran tentang erti hidup ini.


Share/Save/Bookmark

Trusted Seller

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,

Baru hari ini saya dapat siapkan kerja-kerja penukaran “theme” di blog saya dan saya harap anda sukakannya :) Di masa akan datang saya akan tambahkan “widgets” lain yang bersesuaian.

Oklah,saya pun tidak dapat nak menulis panjang kerana 2-3 hari nie saya agak sibuk mengemas kini beberapa blog saya.Cuma,apa yang saya nak beritahu di sini ialah saya sudah lancarkan satu “pages” khas untuk bekas peserta kursus “Workshop Rahsia Raja Lelong”.Ruangan khas tersebut saya namakan sebagai “Trusted Seller”.

“Pages” khas ini diwujudkan sebagai salah satu medium pengiklanan yang mana trafik dari blog ini diharap dapat “dibiaskan” kepada “store” yang terdapat di “pages” itu.Jadi,dengan ini saya cuba untuk membantu anda semua mendapatkan trafik tambahan dan seterusnya menghasilkan jualan.

Buat masa ini penyertaan di ruangan ini disediakan PERCUMA sahaja dan saya juga membuka peluang ini kepada para pembaca blog saya yang mempunyai “store” di lelong.com.my.Kenapa saya mensyaratkan mereka yang ada “store” sahaja yang boleh menyertai “Trusted Seller”.??Jawapannya ialah saya perlukan komitmen anda serta anda juga perlu komited memastikan yang “store” anda sentiasa dikemaskini.Untuk menyertai “Trusted Seller” anda hanya perlu KLIK DI SINI dan letakkan tajuk sebagai “Permohonan Trusted Seller” dan kemudian saya akan hubungi anda semula.Jangan lepaskan peluang untuk meletakkan “store” anda di sini :)

Oklah,setakat ini dahulu buat kali ini dan sampai kita berjumpa lagi di lain artikel.


Share/Save/Bookmark

Proses Penstrukturan Semula….

Salam sejahtera kepada pengunjung setia blog saya,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi singgah di blog saya.Tidak dapat saya nafikan kebelakangan ini saya agak sibuk dengan tugas rutin menguruskan bisnes di lelong.com.my dan pada waktu yang sama juga saya dalam proses untuk menaik taraf blog ini memandangkan sekarang nie dah bulan November…tidak berapa lama lagi akan menjelang tahun 2010.Pastinya,tahun tersebut akan dipenuhi dengan pelbagai kerja dan saya mesti menyiapkan segala kerja yang sepatutnya disiapkan pada tahun ini.Jadi,mudahlah sikit saya untuk merancang aktiviti pada tahun depan.

Kepada para peserta projek “underground seller”,saya ada rancangan untuk anda semua.Jadi,saya harap anda tunggu dan saya akan maklumkan kepada anda rancangan saya pada bila-bila masa sebelum penghujung bulan ini.Jadi,rajin-rajinlah semak e-mail anda.

Dalam kesibukkan yang saya dan anda lalui pada waktu ini,saya ingin menegaskan bahawa anda tidak boleh lupa untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan anda.Tambahan lagi jika anda ingin maju di dalam bidang ini.Anda dan saya sudah sedia maklum bahawa perkembangan internet ini adalah sangat pantas sehinggakan ia benar-benar tidak memberikan anda ruang untuk berehat.Setiap hari ada sahaja informasi yang perlu anda “telan” dan nasihat saya..jangan paksa diri anda.Cuba susunkan jadual anda supaya anda tidak terlebih “hadam” informasi tersebut dan pada masa yang sama anda mengambil terlalu banyak masa untuk tujuan “pembelajaran” sehingga anda lupa untuk melakukan kerja-kerja anda yang lain.

Saya juga pernah terjebak dengan situasi “ghairah” itu sehinggakan tidak sedar sudah beberapa jam masa berlalu.Jadi,cuba disiplinkan diri anda dan uruskan masa dengan bijak.Apabila sudah cukup waktu,berehat dahulu dan buat kerja-kerja anda yang lain.Elakkan diri dari masalah “menangguhkan kerja”.Semasa di sekolah,cikgu saya ada beritahu bahawa “bertangguh itu pencuri masa”.Jadi,cuba kita fikirkan bersama apa maksud yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut.



Share/Save/Bookmark

PERCUMA-Panduan Asas Lelong.com.my

PANDUAN ASAS LELONG.COM.MY
Edisi Percuma

Baiklah,Jika Anda Betul-Betul Ingin Mendapatkannya,Saya Dengan Rela Hati Akan Memberikannya Secara Percuma Kepada Anda.Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ialah
Daftarkan Diri Anda Dengan Memasukkan Nama & Email Anda Di Dalam Kotak Di Bawah.

Nama
Email


Mengapa Perlu Daftar Kalau Ia Percuma..!!??Ya,Satu Soalan Yang Baik…Biar Saya Jelaskan…Pendaftaran Ini Bukanlah Untuk Menuntut Bayaran,Tetapi Hanya Untuk Menapis Dan Memberikan Panduan Asas Ini Kepada Mereka Yang Berminat Sahaja.Jika Anda Masukkan Nama & Email Anda,Saya Akan Terus Menghantar Panduan Asas Tersebut Terus Ke Email Anda Dan Tugasan Anda Hanyalah Untuk Membaca Dan Anda Boleh Memberikan Panduan Asas Ini Kepada Mereka Yang Anda Fikir Berminat Sahaja.

Sedikit Informasi Mengenai “Panduan Asas Lelong.com.my”

Dapatkan Panduan Asas Mengenai Portal Lelong.com.my Yang Julung-Julung Kali Diedarkan Secara PERCUMA Di Malaysia.

Panduan Asas Dalam Bentuk Ebook Yang Amat Berguna Kepada Semua Lapisan Masyarakat Malaysia Tidak Kira Jika Anda Selama Ini Hanya Menjadi Pembeli Atau Sedang Berkira-kira Untuk Menjana Pendapatan Di Lelong.com.my.

Panduan Asas ini ditulis oleh Yuzafi yang merupakan seorang penjual berpengalaman di portal lelong.com.my.Beliau telah hampir 5 tahun berkecimpung di dalam perniagaan online di portal ini dan telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran baik dari segi pengalaman di dalam menguruskan karenah pelanggan dan juga prosedur pihak pengurusan lelong.com.my.Beliau telah membuktikan bahawa begitu banyak peluang yang tersedia di portal ini dan sememangnya benar bahawa jika anda berusaha secara konsisten dan “smart” tidak mustahil jika anda akan memperolehi pendapatan 5 angka sebulan.Apa yang anda perlukan ialah tindakan yang bijak serta konsisten.

Selain berpengalaman dalam menjalankan urusniaga di lelong.com.my beliau juga pernah terlibat dalam menganjurkan workshop “Rahsia Raja Lelong” di mana beliau menjadi salah seorang penceramah di workshop tersebut.Bukan setakat itu,beliau juga tidak jemu menambahkan pengetahuan dengan mempelajari selok belok perniagaan internet daripada pakar perniagaan internet samada dari Malaysia atau luar negara.

Menyedari terlalu ramai rakyat negara ini yang tertipu oleh skim-skim cepat kaya yang berasaskan internet.Maka,Yuzafi telah mengambil langkah untuk memberikan khidmat sosial dengan menerbitkan panduan asas ini dengan harapan ianya akan dapat membuka minda masyarakat tentang perniagaan internet yang sebenarnya.

Kepada mereka yang belum mendaftar sebagai ahli portal lelong.com.my tetapi ingin membeli sesuatu dari portal ini.Pesan saya….anda wajib memiliki panduan asas ini.Mengapa saya berkata demikian..??!!Tahukah anda,bahawa lelong.com.my adalah sebuah “market place” yang besar serta terdapat pelbagai barangan dan perkhidmatan yang di tawarkan pada harga yang sangat munasabah….Sebutlah sahaja apa barangan yang anda ingin cari daripada “gadget” terkini hingga ke perkhidmatan katering untuk majlis perkahwinan….pendek kata,semuanya ada di sini.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Mendapatkan Panduan Asas Lelong.com.my ini Sebelum Terlewat.Bila-Bila Masa Dari Sekarang Pengedarannya Mungkin Akan Dihentikan Atau Anda Akan Dikenakan Bayaran Untuk Memilikinya Di Masa Hadapan.Jadi,Bertindaklah Sekarang Sementara Ia Masih PERCUMA.

Ya,Saya Sangat Tertarik Hati Dan Ingin Mengetahui Dengan Lebih Lanjut Berkenaan Kehebatan Portal Lelong.com.my.Tetapi,Bagaimana Saya Boleh Mendapatkannya Secara PERCUMA..??!

Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ialah Isikan Butiran Lengkap Seperti Nama & Email Anda.Ya,Semudah Itu Sahaja.Jadi,Skrol Semula Ke Atas & Lengkapkan Maklumat Seperti Yang Di Kehendaki.

Selamat Maju Jaya & Segalanya Ada Di Lelong.com.my!!!

Share/Save/Bookmark

Tiada Lagi “Bad Rating”

Baru-baru ini,pihak lelong.com.my telah menarik balik fungsi “bad rating” yang diberikan kepada para penjual.Maka,dengan bahasa mudahnya para pembeli atau pembida tidak akan lagi menerima “bad rating” dari para penjual.Tetapi,fungsi-fungsi lain seperti memberikan “good” atau “neutral” rating masih lagi beroperasi seperti biasa.

Menurut pihak lelong.com.my,mereka telah kehilangan ramai para pembeli di laman web mereka gara-gara tindakan para penjual yang memberikan “bad rating” secara melulu.Menurut lelong.com.my lagi,mereka telah terlalu banyak memohon maaf kepada para pembeli yang menghubungi mereka bagi pihak penjual tanpa pengetahuan para penjual.Jadi,sebagai langkah untuk mengelakkan lelong.com.my kehilangan ribuan pelanggan maka fungsi “bad rating” telah “dihilangkan” dari skrin komputer para penjual.

Bagaimana jika ada para pembeli yang memang sengaja menimbulkan masalah?Antara masalah yang sering ditimbulkan oleh mereka ialah “joy bidder”-pembida palsu dan “Non-paying bidder”-Pembida yang tidak membayar.Pihak lelong.com.my telah menegaskan bahawa para penjual boleh mengelak dari berurusan dengan pembida seperti ini dengan mengaktifkan fungsi “blaklist bidder”.Kaedah ini akan menyebabkan “user name” pembida itu tidak akan mendapat akses untuk membida barangan di mana-mana “store” yang menyenaraihitamkan mereka.Walau bagaimana pun,fungsi “bad rating” masih lagi aktif dan boleh digunakan oleh pembida ke atas penjual.

Berkemungkinan anda sebagai penjual atau pembeli mempunyai pendapat masing-masing bagi isu ini.Jika anda rasakan tindakan ini akan memberikan impak yang berbeza kepada industri lelongan online sila kemukakan pendapat anda di sini.Saya akan cuba membawa segala usul anda kepada pihak lelong.com.my

Share/Save/Bookmark

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.