Perniagaan Internet|Motivasi|Idea

Panduan Clickbank PERCUMA

Orang kata,benda yang baik dan berfaedah elok jika dikongsikan bersama-sama.Jika kita kongsikan ilmu.Maka,ilmu kita sendiri akan bertambah.Jika kita kongsikan rezeki.Maka,rezeki kita juga akan bertambah.

Sehubungan dengan itu,saya ingin berkongsi dengan pembaca setia blog dan “subsribers” saya mengenai peluang mendapatkan “Panduan Clickbank” secara percuma dan pada masa yang sama anda juga boleh mendapatkan pendapatan tambahan jika anda juga bertindak seperti saya…caranya ialah dengan menyebarkan “Panduan Clickbank PERCUMA” ini kepada saudara mara atau rakan-rakan anda.Maka dengan itu,anda sedang melakukan suatu kebaikan iatu memberi limu kepada orang lain dan memberikan pendapatan tambahan kepada diri anda sendiri dan sahabat serta saudara mara anda.Bukankah itu satu perbuatan yang mulia?

Walaubagaimana pun,tawaran ini tidak akan kekal buat selama-lamanya.Ia akan berakhir pada 3 Oktober 2009.Jadi,bertindaklah sekarang kerana perkara yang baik itu tidak sepatutnya dilengah-lengahkan.Saya sendri telah berjaya memperolehi pendapatan tersebut walaupun hanya beberapa jam selepas saya e-mailkan kepada rakan-rakan saya.Jadi,setelah saya melihat bukti tersebut,barulah saya galakkan anda semua menyertainya kerana perkara yang saya nyatakan mengenai pendapatan tambahan itu memang benar sebenar-benarnya.Apa yang penting ialah tindakan anda.Speed=Result.

Jika anda berminat untuk membuat kebaikan dengan berkongsi ilmu dan pada masa yang sama ingin mendapatkan pendapatan tambahan.Sila klik DI SINI
Atau anda boleh juga Klik pada banner di bawah.

Share/Save/Bookmark

Welcome back to school


Mungkin ada di antara sahabat dan pembaca blog saya yang baru sahaja mula bertugas pada hari ini setelah bercuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri.Selamat kembali bertugas dan tentunya anda menempuh pelbagai kenangan manis semasa di kampung halaman.

Saya juga faham perasaan anda bila mana dah bercuti panjang tentu rasa agak “liat” sikit semasa nak memulakan tugas.Saya juga seperti itu dahulu…Apa yang perlu anda fikirkan sekarang ialah cuba fokus kembali kepada kerja-kerja anda semula.Saya suka akan kata-kata seorang sahabat saya yang berbangsa Cina.Kata beliau…

kalau kita ada banyak wang..hari-hari pun boleh raya..Tapi,kalau kita tak cukup wang..hari raya pun macam tak mahu raya..

Cuba anda renungkan kata-kata tersebut.

Share/Save/Bookmark

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin

“Suasana Hari Raya”-Anuar & Ellina,TV3 1986

Saya dapat tahu ada rakan-rakan saya yang sudah mula bercuti pada hari ini dan akan memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung halaman masing-masing…Hanya pesan dan ingatan kepada mereka supaya berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi.Sudah tentu kepulangan anda semua dinanti-nantikan oleh orang tersayang.

Kepada anda yang masih bertugas dan mungkin akan pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat dan Sabtu…teruskan tugas anda seperti biasa.Saya faham,pada waktu-waktu begini tentu “mood” nak bekerja tu dah mula berkurang sikit.Maklumlah,suasana menyambut hari raya sudah mula terasa benar.

Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung pada tahun ini kerana bertugas atau atas sebab-sebab lain.Selamat menyambut hari raya juga buat anda..mungkin di tahun hadapan anda berpeluang untuk pulang ke kampung dan menyambut hari raya bersama sanak saudara.

Saya pula…akan bertolak pulang ke kampung halaman di Batu Pahat,Johor pada hari Sabtu selepas bersahur.Mungkin pada waktu itu kenderaan tidak banyak di lebuh raya.Jadi,mudahlah sikit perjalanan dan tidak tersekat-sekat akibat “traffic jammed”.

Jadi,walau bagaimana pun persiapan anda dalam menyambut hari lebaran saya harapkan anda dapat menyambutnya dengan cara yang terbaik dan bergembira bersama keluarga tersayang.Maka,dengan ini saya tidak akan menulis di blog ini buat sementara waktu sempena bercuti raya :)

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog,protege underground seller,citruscoaching dan semua pelanggan saya yang dihargai.Harap dimaafkan jika ada terkasar atau tersilap bahasa selama saya berkomunikasi bersama anda.

Share/Save/Bookmark

Celebrate kejayaan anda!

Bila kali terakhir anda merayakan atau “celebrate” kejayaan anda?Mungkin setahun lepas atau mungkin tidak pernah langsung..sila jawab persoalan ini dalam hati saja :)

Jika anda suka menonton perlawanan bola sepak di kaca tv..biasanya selepas gol dijaringkan para pemain akan bersama-sama berlari dan mengucapkan tahniah kepada penjaring gol..dan dalam keadaan yang begitu terdesak..bila gol berjaya dijaringkan..penjaga gol juga turut serta dalam meraikan gol tersebut..mengapa ianya begitu penting..?!kalau dah gol..ia tetap gol..mengapa perlu diraikan dengan begitu “happening” sekali…Jawabnya ialah..dengan meraikan sesuatu kejayaan ia akan dapat meningkatkan motivasi diri dan pasukan.Seterusnya akan mendorong untuk menghasilkan lebih gol.

Anda juga perlu begitu…setelah anda berjaya menyiapkan sesuatu kerja atau berjaya mendapatkan sesuatu “target”..anda wajib untuk merayakan kejayaan itu.”Reward youself” atau hadiahkan diri anda dengan sesuatu..mungkin cuti rehat selama 1-2 hari..belikan diri anda barang yang anda suka…semakin besar kejayaan anda maka semakin besar jugalah hadiah yang anda akan perolehi…walaupun cuma anda seorang yang raikannya…

Anda akan dapati,tenaga dan motivasi anda untuk bekerja akan menjadi lebih memberangsangkan setelah anda raikan kejayaan anda.Jika anda tidak “celebrate” kejayaan anda..anda akan terperangkap dalam situasi yang membosankan dan mula menganggap kerja anda adalah beban.Bila ini berlaku,saya yakin hasil kerja anda tidak akan memuaskan dan akan dilanda dengan sindrom kemurungan.Hal ini berlaku kerana jiwa anda tidak gembira dan pada masa yang sama anda menggerakkan fizikal dan mental anda untuk terus bekerja secara paksa.

Jadi,luangkan sedikit masa dengan meraikan kejayaan anda.Sesuatu kejayaan perlukan usaha dan komitmen yang tinggi dan anda tentu akan berasa keletihan di penghujung jalan.Jadi,dengan adanya program “Reward Yourself” anda akan berasa lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja-kerja anda.

P/S:Bagi mereka yang beragama Islam,tentu anda sedang menjalankan ibadah puasa pada waktu ini.Jadi,sebagai “reward” anda akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sepanjang bulan Ramadhan pula pelbagai “ganjaran” disediakan oleh-NYA.


Share/Save/Bookmark

Burung murai

Ketika saya sedang menyiapkan salespage untuk promosi Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi..saya terjumpa sebuah iklan Hari Raya di Youtube.Terhenti sekejap kerja saya bila mana iklan tersebut betul-betul menyentuh hati.


Ada banyak lagi iklan Hari Raya yang memberikan kesan yang mendalam kepada diri kita dan mungkin anda juga boleh kongsikan iklan Hari Raya kegemaran anda disini…


Share/Save/Bookmark

090909

Adakah anda sedang menetapkan sesuatu matlamat pada hari ini?Mungkin ada yang berbuat begitu dan mungkin ada juga yang menganggap ia sebagai tarikh yang biasa saja.

Menurut sumber-sumber yang saya ketahui,090909 memberi makna “kebaikkan yang berterusan”.
Apa pendapat saya?Bagi saya ia hanyalah satu tarikh yang biasa jika kita tidak menetapkan sebarang sasaran.Kenapa tidak meletakkan sasaran pada awal tahun?Bagi saya setiap masa,kita boleh tambah matlamat kita dan tarikh 090909 sangat sesuai kerana senang untuk diingat dan mungkin memberikan satu significant motivasi.Saya selalu memilih tarikh yang cantik atau senang diingat untuk memulakan sesuatu projek yang mempunyai jangkamasa setahun untuk dinilai semula.

Mungkin anda boleh juga mencubanya dan cuba lihat hasilnya nanti pada 090910 atau ada juga orang yang suka bermula pada 090909 dan menilai semula pada 101010.Kepada mereka yang sedang berkira-kira untuk membuat sesuatu projek atau “task” mungkin boleh gunakan keadah ini - From 090909 to 101010©


Share/Save/Bookmark

Berbaloi-baloi

Anda pernah dengar perkataan “berbaloi-baloi” sebelum ini…mungkin di TV atau di radio.

Ya,itulah tagline yang dicipta oleh Amy SEARCH dalam mempromosikan konsert jelajahnya bersama Celcom.Apa pendapat anda tentang konsert ini?Mengapa Celcom bersedia untuk menjadi penganjur kepada konsert ini dan apakah pula kena mengena perkataan “berbaloi-berbaloi” dengan bisnes lelong.com.my kita.

Ok,biar saya huraikan sedikit mengenai motif yang boleh kita guna pakai di sebalik tagline “berbaloi-baloi” ini.Pertama sekali,Jika anda adalah seorang seller baru dan tidak mempunyai banyak “transaction” dan “positive feedback” di lelong.com.my.Bagaimana anda ingin masuk sesuatu “niche” dan memberitahu bahawa anda wujud dipasaran “niche” tersebut?Anda boleh gunakan taktik “berbaloi-baloi” ini untuk mencuri perhatian pengunjung yang berada di “niche” tersebut.Bagaimana ia boleh dilakukan?Cuba anda perhatikan apa yang di berikan oleh pihak Celcom kepada pelanggan mereka yang ingin menyaksikan konsert Amy yang “berbaloi-baloi” tu..Yer..mereka akan dapat diskaun tiket jika mereka membeli top-up RM30.00 dan ke atas(saya kurang pasti fakta itu..tapi,lebih kurang macam tue lah..beli top-up dapat diskaun tiket)Saya sendiri kurang pasti mengenai Celcom prepaid kerana saya menggunakan servis dari operator “cap itik”.Ok,walaupun saya adalah pengguna servis cap itik..tetapi,saya nie peminat Amy..adakah anda fikir saya tergamak untuk membeli starter pack Celcom yang baru dan kemudian menambah nilai RM30.00?Sudah tentu kebarangkaliannya adalah 60%..jadi,60% juga adalah kebarangkalian sale yang boleh masuk ke poket Celcom.Apa hubungkait dengan anda di lelong.com.my?Jawabnya ialah,anda perlu memberikan “nilai” atau “value” kepada pelanggan dan bakal pelanggan anda.

“Value” yang dimaksudkan ialah bukan sahaja sebagai barang atau servis yang ditawarkan tetapi boleh jadi “nilai tambah” yang anda boleh wujudkan dan berikan kepada pelanggan anda.Sebagai contoh:

Jika anda menjual jam tangan di lelong.com.my anda boleh tawarkan diskaun jika pelanggan anda menambah satu lagi belian,memberikan perkhidmatan membungkus jam sebagai hadiah atau memberikan servis penghantaran percuma.Lebih “advanced” lagi jika anda dapat wujudkan keahlian kelab percuma kepada pembeli jam anda…(sangat jarang dibuat orang) juga forum sebagai tempat pembeli dan bakal pembeli berbincang dan bertukar pendapat..Dalam situasi ini anda adalah “host” atau perumah.Jadi,anda mempunyai hak ekslusif untuk mempromosikan lain-lain produk atau servis anda di samping anda dapat menjalinkan persahabatan sesama pelanggan anda dan menggalakkan pembelian berulang.

Jadi,saya harap anda dapat memahami konsep “berbaloi-baloi” yang juga boleh kita gunakan di dalam bisnes kita di Lelong.com.my

Kredit kepada Celcom di atas penggunaan gambar dan logo.

Share/Save/Bookmark

Apa nak dijual?

Apa nak jual?

Soalan itu sering ditanya kepada saya setiap kali saya berbual bersama rakan-rakan atau ketika menjawab e-mail dari subscribers.

Soalan berbentuk macam tue memang amat popular bagi mereka yang baru nak memulakan bisnes tak kira offline atau online.Adakalanya,mereka memang dah ada barang yang nak dijual cuma mereka kurang keyakinan dan bertanya sekadar untuk menambahkan “confidence level” atau….sememangnya mereka memang betul-betul takde idea untuk menjual apa pun…

Saya akan memberikan 2 tips berbeza dan anda boleh letak diri anda sendiri di dalam mana-mana kumpulan.

Kumpulan 1
Bagi mereka yang sudah mempunyai barangan yang nak dijual…nasihat saya ialah..cuba jual dahulu dan lihat bagaimana respon market.Selepas itu,barulah anda tahu di mana salah dan silapnya.Ibarat seorang mak cik yang menjual goreng pisang di tepi jalan.Dia pun tak tahu siapa yang akan membeli goreng pisangnya hari itu melainkan dia berani mencuba.Kemungkinan untuk menjual adalah 30% sahaja tetapi untuk mempelajari sesuatu yang baru ialah 70%.Tidak ada orang yang sekali mencuba sahaja akan terus berjaya.Begitu juga di lelong.com.my.Anda perlu masuk dahulu di dalam portal tersebut dan jadi sebahagian dari “seller”.Anda perlu fahamkan sistem yang diguna pakai serta kelebihan yang ada di portal tersebut dan kemudian barulah anda akan nampak bagaimana sebenarnya lelong.com.my bekerja untuk anda.

Kumpulan 2
Kepada mereka yang belum ada idea atau tiada barang yang nak dijual.Saya cadangkan anda kembali semula kepada hukum asas portal lelongan iaitu cuba cari barangan yang anda tidak perlukan lagi dan masukkannya di dalam portal lelong.com.my.Mungkin,bagi anda barangan tersebut tiada nilai lagi tetapi,siapa tahu ada orang di luar sana yang betul-betul inginkan barang tersebut dan sanggup untuk membida pada harga yang tinggi.So,dalam masa yang sama juga anda akan dapat mempelajari sistem di dalam portal lelongan lelong.com.my secara yang lebih berkesan.

Kesimpulan dari tips di atas ialah,anda hanya perlu lakukan dan mulakan sekarang juga…Just Do It dan selepas itu barulah anda dapat analisis..Anda kena selalu
faham bahawa tanpa eksperimen maka tiadalah hukum.

Kredit to Nike-Just Do It.

Share/Save/Bookmark

Mailing list

Saya telah memilih AirAsia sebagai case study untuk artikel pada kali ini.Kredit kepada AirAsia di atas penggunaan imej/logo atau tag line yang telah dipatenkan di bawah “AirAsia”.

Anda pernah dengar istilah “the money is in the list”?Oklah,maksudnya di sini ialah senarai subsribers anda adalah aset kepada anda dan sebagai aset ia tentunya berkemampuan untuk memberikan pulangan kepada anda.

Ramai newbies yang selalu lupa akan perkara ini.Hasilnya,jika anda mempunyai produk atau servis  yang baik sekalipun,anda sebenarnya telah mengurangkan potensi untuk menjual produk tersebut.Menurut kajian yang dilakukan oleh Getresponse®,anda sekurang-kurangnya telah kerugian separuh dari jumlah jualan anda jika anda tidak memanfaatkan kelebihan mempunyai database pelanggan atau mailing list.

Anda pernah terima e-mail dari AirAsia?Kemungkinan pernah jika anda ada membeli tiket penerbangan secara online dari mereka.Menurut kajian,AirAsia lebih berjaya dari MAS kerana AirAsia telah memanfaatkan penggunaan e-mail marketing dan mengoptimumkan kelebihan mempunyai database pelanggan.Ketika MAS sedang berusaha mengumpulkan data pelanggan mereka melalui mailing list,AirAsia telah melangkah setapak di hadapan dengan terus menghebahkan promosi melalui e-mail.Ini kerana AirAsia telah lebih dahulu nampak akan peluang tersebut dan ini memberikan kelebihan kepada mereka dalam mempromosikan produk mereka kepada market yang telah di-segment-kan.

Ketika anda sedang menonton sesebuah rancangan di TV dan tiba-tiba siaran diganggu oleh iklan dari MAS.Apa yang anda lakukan?kajian memberitahu bahawa 80% penonton akan menukar ke siaran yang lain dan ini mengurangkan kesan iklan tersebut di TV.Bagaimana jika anda menerima e-mail dari AirAsia yang bertajuk-“1,000,000 FREE SEATS”.Adakah anda akan terus delete e-mail tersebut?Sudah tentu tidak kerana anda sebelum ini pernah menaiki penerbangan AirAsia dan anda juga bersetuju untuk melanggan newsletter mereka.Jadi,anda rasa ini adalah peluang anda untuk mendapatkan tiket penerbangan PERCUMA atau sekurang-kurangnya anda akan buka e-mail tersebut dan baca maklumat yang disampaikan.Maka,dengan ini akan terlaksana matlamat AirAsia untuk menyampaikan promosi atau informasi kepada anda berbanding dengan MAS yang terpaksa berbelanja besar untuk iklan TV tetapi tidak dapat mencapai kumpulan sasaran.

Mungkin sekarang anda sudah faham serba sedikit kepentingan membina mailing list anda yang tersendiri.Walaupun anda bukan syarikat besar seperti AirAsia.Tetapi,konsep membina mailing list ini amat penting tidak kira apa status perniagaan anda.Ianya boleh dipraktikkan samada anda adalah usahawan internet atau usahawan konvensional.

Pada topik akan datang saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan “autoresponder” dalam mendapatkan mailing list yang berkualiti.


Share/Save/Bookmark

Fokus atau matlamat dahulu?

Saya selalu dengar tentang orang ramai bercakap mengenai fokus.Apa itu fokus sebenarnya?

Bagi saya fokus adalah satu “tools” atau teknik yang kita gunakan untuk mempercepatkan perjalanan atau “progress” ke arah mencapai sesuatu matlamat.Selalu juga saya terdengar tentang orang membincangkan mengenai matlamat dahulu atau fokus dahulu?

Bagi saya biarlah kita “setkan” dahulu matlamat dan kemudian baru kita fokus dan ada segelintir orang berpendapat bahawa tanpa fokus pun kita boleh mencapai matlamat.

Baiklah,biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak…ia berkenaan kanta pembesar yang saya gunakan untuk mengfokuskan cahaya matahari ke atas sekeping kertas.

Semasa zaman kanak-kanak,saya suka melakukan eksperimen dan antaranya ialah menggunakan kanta pembesar dan fokuskan cahaya matahari kepada kertas hingga terbakar.Pernah juga saya halakan kanta pembesar tersebut ke tangan saya dan hasilnya memang sakit.Malah, saya juga pernah halakan kanta pembesar tersebut pada kucing saya.Tapi,kucing itu tidak terbakar.Kenapa?Sebab ia lari.

Kesimpulannya di sini ialah,kalau kita fakus untuk mencapai sesuatu matlamat.Biarkanlah kita tetapkan matlamat dahulu dan kemudian baru kita fokus.Jika matlamat kita sering berubah-ubah ini akan menyukarkan kita untuk mengfokus.Jadi,ia akan sama seperti cerita saya dengan kucing tadi.

Mungkin anda pula mempunyai pengalaman dan pendapat yang lain atau berbeza.Jika anda rasakan pengalaman dan pendapat anda boleh membantu orang ramai.Sila postkan di sini.Saya sangat mengalu-alukannya.


Share/Save/Bookmark

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.